23 Apr 2007 Spider-Man 3
 |  Category: jurnal

Aku sebenarnya sudah tidak sabar lagi nak melihat diri sendiri (baca: Spider-Man) di panggung wayang. Superhero pujaan aku selepas Captain Malcolm Reynolds (hmm, salah kategori).

Kemudian;

Ada satu ruangan di dalam media bercetak Malaysia mencatat nota  mengenai filem Spider-Man.

Antara lain ia menulis mengenai (dengan tanda “?”) Spider-Man yang meniru Cicakman. Aku telitikan tulisan di ruangan tersebut.

Ada dua kemungkinan di situ iaitu;

A- Si penulis mahu bersikap sinikal dengan Cicakman (kira ala-ala read between the lines)

B- Si penulis memang bodoh.

Maka, aku amat berharap agar rencana pendek itu masuk dalam kategori kemungkinan A, jika sebaliknya, jelas nampak yang si penulis itu memiliki ciri-ciri satu (atau lebih, atau semuanya):

1- Tak pandai buat kajian.

2- Pemalas

3- Tak pernah baca komik

4- Patriotik tak kena tempat (konon-konon nak support filem Malaysia la sampai claim Spider-Man tiru cicakman).

5-  Kaki kipas bos

6- Terencat akal

7- Dan sebagainya.

Jadi, harapnya dia masuk dalam kategori A.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses

  1. 1
    amirMukhriz  
    Monday, 23. April 2007

    kalau kau maksudkan siti jarum dalam mingguan malaysia tu, dia sinikal.

  2. post la artikel tu weh

  3. 3
    Nazim Masnawi  
    Tuesday, 24. April 2007

    Siti Jarum memang sinikal; tapi mengenangkan dia tu sebenarnya Ku Seman Ku Hussien, I guess the joke was on him all along.

  4. woo hooo..dah hidup kembali, huhuh, woi, aku dah baca kewoski (susah sgt) cerpen tu, wahhhh, ko dah tahap sasterawan sekarang ya..!

  5. 5
    tifani teh  
    Tuesday, 24. April 2007

    Waaa.. vovin dilahirkan semula dalam wordpress!

    Ya, orang bijak tidak akan membiarkan cinta-tak-jadi menghukum kreativiti.

    ps: Aku benci giler kebijaksanaan wordpress ni.

  6. i wish i was siti jarum

    hahahaha

  7. hehehe…

  8. vov, siti jarum kah yang menulis tu?. nama pena pun siti jarum, memang kerjanya buat fitnah jeklah. ha ha ha

Leave a Reply