24
Oct

STARDUST

   Posted by: nazri   in jurnal

Yaaaaa, novel Stardust aku ada signature Neil Gaiman semasa dia datang ke Singapura dua tahun lepas. Yaaaaa!!!

stardust.jpg

Seingat aku, inilah filem pertama adaptasi sebarang karya Neil Gaiman.

Oh ya, Neil Gaiman juga adalah dewa aku. Segala bentuk tulisan dia menjadi satu simbol keagungan yang tiada taranya. Dia adalah raja alam mimpi dan segala-galanya. Pehhhh…

 

Kalau kamu tidak tahu, ia adalah adaptasi dari novel dan juga novel bergambar (ilustrasi Charles Vess) terbitan tahun 1999.

 

claire1.jpg

Latar cerita ini sekitar 150 tahun dahulu di sebuah kampung bernama Wall. Kampung itu dikelilingi dinding batu paras pinggang dan tiada siapa pun yang boleh menjangkau keluar tanpa kebenaran. Tapi ada seorang lelaki bernama Dunstan Thorne yang degil dan keluar dari Wall. Dia pergi ke satu pasar dan berkenalan dengan seorang puteri raja yang dijadikan hamba. Mereka lalu beromen di dalam karavan tanpa menggunakan kondom.

Dunstan membuat apa yang menjadi idaman lelaki seluruh dunia, beromen dan balik kampung tanpa kembali kepada perempuan yang diromennya. Tapi Dunstan juga menerima apa yang lelaki seluruh dunia terima kalau beromen tanpa guna kondom, yakni seorang bayi yang dinamakan Tristan di muka pintu.

 

claire2.jpg

Tristan membesar menjadi seorang jejaka tidak berapa popular dan bekerja di kedai runcit. Dia tidak sedar diri kerana mencintai Victoria, gadis ala cheerleader (cantik + paling mendapat perhatian lelaki + bodoh). Victoria kata, kalau nak kahwin dengan dia, Tristan mesti cari fallen star yang mereka lihat. Si dungu Tristan, buta dengan cinta bersetuju dan memulakan pengembaraan mencari fallen star tersebut.

Tapi fallen star itu bertukar menjadi (antara) gadis yang paling comel (di mataaku) iaitu Claire Danes…err..maksud aku Yvaine. (Claire Danes bapak comel gile, jauh lagi comel dari Elyana). Tapi ramai rupanya yang kejarkan si ‘bintang’ ini. Lamia, si ahli sihir tua yang perlukan Yvaine untuk rawatan kecantikan muka ala Ponds serta beberapa adik beradik yang perlu dapatkan Yvaine untuk naik tahta sebagai King.

claire4.jpg

Jadi kesimpulannya? Aku kata orang Amerika memang bodoh (ini ada kaitan dengan filem ini yang tidak mendapat sambutan di sana, sama bodoh dengan mereka yang mengagungkan Nascar dan ‘World Series’, WTF).

Filem ini agak dekat dengan novelnya. Apa yang dikekalkan, dibuang, ditambah semuanya secukup rasa. Cayalah Matthew Vaugh (mamat yang buat Layer Cake dan bertindak bijak meninggalkan produksi X-Men)

Apa pun, ini filem fantasi yang aku suka. Di sebalik obsesi kompeni filem buat adaptasi fantasi kanak-kanak, Stardust datang dengan gaya yang lebih dewasa dan tak ada benda-benda budak-budak. Ya, aku akan ditembak tapi Stardust meninggalkan kesan lebih mendalam (sebagai sebuah filem fantasi) berbanding Harry Potter, Narnia dan beberapa fantasi budak-budak lain. satu rasa yang kali terakhir aku alami selepas tengok Lord Of The Rings.

claire5.jpg

Aku suka Yvaine a.k.a Claire Danes a.k.a awek comel yang lebih comel dari Elyana dan Mandy Moore. Dia jadi Yvaine, seekor bintang yang jatuh ke bumi dan bertukar menjadi manusia.

Aku suka juga dengan Capt. Shakespeare (De Niro). Dia…err..aku tak mau spoil kamu semua.

Perhatikan juga karakter-karakter 7 adik beradik anak raja yang berebut nak naik tahta sambil sanggup membunuh antara satu sama lain. Bila mati diorang jadi hantu dan mereka menyumbang kekuatan komedi dalam filem ini. Cara masing-masing nak tikam saudara sendiri memang bangsat dan itulah yang menyebabkan penonton ketawa. Juga karakter bapak mereka, king yang sedang tenat.

Jangan salah sangka, Stardust bukan sebuah filem komedi, tapi lawak-lawak dalam filem ini memberinya kehebatan tersendiri.

Claire Danes berjaya membawakan watak Yvaine dengan cemerlang sekali. Dia adalah awek comel yang jaug lebih comel dari awek dalam siri KAMI itu. Ohhh, aku dah cerita pasal Claire Danes ya?

Oh adegan Si ahli sihir Michelle Pfeifer tukar dua ekor kambing menjadi lelaki dan seorang perempuan juga kelakar. Lelaki (yang asalnya kambing) masih mengekalkan perwatakan sebagai kambing dan… segala-galanya kelakar.

claire31.jpg

Secara keseluruhannya, Claire Danes memang co..ohhh, mengenai filem ini, kamu mesti tengok sebab ia memang menghiburkan dan berbaloi. Peminat Neil Gaiman mesti tengok sekurang-kurangnya tiga kali dan peminat Claire Danes mesti tengok lebih banyak dari itu.

Bak kata pengacara Quikie, GAIman (sebut dalam bunyi melayu).

Aku dah cerita pasal Claire Danes bukan?…

 

This entry was posted on Wednesday, October 24th, 2007 at 11:59 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 comments so far

haley
 1 

dalam Fragile Things ada The Fairy Reel.quite similar to Stardust.u think?

October 25th, 2007 at 12:46 am
nazri
 2 

Ummm, alamak, lupa la stuff dalam fragile things.

Tapi similarity antara stuff gaiman banyak juga.

Witch bertiga dalam Stardust juga ada dalam Sandman, masa episod awal Sandman, masa dia cari barang-barang dia balik. Satu contoh la.

October 25th, 2007 at 12:52 am
aoshi
 3 

If I’m not mistaken, the first adapation is MirrorMask. Kat Astro pun ada movie nie. I hope they have plan to do the movie adaptation of Neverwhere soon!

October 25th, 2007 at 2:17 pm
 4 

bukan ke Mirrormask terbitan UK tu yg pertama? Ohhhhh, hebat kau ya, tapi aku baca, kau sengaja jadi bias dan langsung tak cerita sebenar-benarnya inti pati cerita ni tapi claire danes claire danes dan claire danes, hehehe (aku pun suka, tapi tak lah macam mana aku suka Natalie Portman atau beberapa pelakon wanita yg dah veteran seperti Sigourney Weaver).. ok, cayalah, aku akan pegi tgk, dan aku pun rasa filem ni bagus … Jangan Hook Spielberg sudah…

October 25th, 2007 at 3:30 pm
nazri
 5 

Mirrormask bukan adaptasi.

Gaiman tulis screenplay dengan McKean khusus untuk filem tersebut.

October 25th, 2007 at 4:08 pm
Jackie Puta
 6 

Neil Gaiman is sooo 90’s goth chix. Are you a goth chix?

October 26th, 2007 at 4:06 pm
Nazri
 7 

Ya

dan kalau pun Gaiman so passe, tidak luntur cintaku padanya.

Pehhh!

October 26th, 2007 at 4:31 pm
kartika
 8 

ya! kalau neverwhere di filemkan it would be fantastic!

*sigh*

October 27th, 2007 at 3:26 pm
Sameon
 9 

Comic book geeks discovered Gaiman first, it’s only later that it became uncool to like him when goth chicks started to pretend to read his books.

I still love him.

October 29th, 2007 at 4:10 pm
ayobkelubi
 10 

okeh, aku lost, aku kenal neil giaman melalui SandMan sahaja.yang lain-lain korang ckpkan tu,haram aku tak tahu.

ok,sebagai permulaan, mana yang perlu aku cari untuk dibaca dulu sebagai refresh balik obsesi aku terhadap gaiman ni?.

p/s : malam ni gie Kedai Kuning kat Sg Udang, kot-kot stardust dah ada. hahaha

October 30th, 2007 at 4:25 pm
 11 

habislah kau, mlm ni aku tgk stardust..siap kau, siap! hjeheheheh

October 30th, 2007 at 5:46 pm
 12 

aku kenal geiman dari Vovin, selalin beliau byk menulis komik Hellraiser…

October 30th, 2007 at 5:47 pm
fadz
 13 

dah tengok… one of the most all round, charming, entertaining and feel good movie to come out this year… a delight..! Kalau Pan’s Labyrinth untuk orang tua dan gelap, Stardust untuk orang tua tetapi penuh warna-warni…gelak, tersentuh, tepuk tangan tengok, langsung tak bosan..! antara filem fantasi terbiak tahun ni.

October 31st, 2007 at 1:02 am
jackie Puta
 14 

Gua kenal Gaiman sebab dia tulis biografi duran-duran.

November 4th, 2007 at 1:36 am

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment