Oh dunia
Oh dunia
Kenapa prejudis?
Adakah hanya kerana aku tidak berbulu?

 

Oh dunia

 

Oh dunia

 

Aku juga comel
Aku semestinya juga manja
Kenapa takut padaku?
Hanya kerana aku tidak berbulu?

 

Kau laung hak samarata
Tapi jelik dengan fitrahku
Kau kata kau suka membelai
Kenapa memilih siapa-siapa?
Kau kata mahu yang gemalai
Eh, eh, kenapa lari dariku?
Aku tidak menggigit, miawku lunak
Apakah sebab hanya aku tidak berbulu?
Kau jauh dariku?

 

Tolong terima aku
Aku juga ciptaan tuhan
Kau menolakku
seolah kau menolak tuhan
Atau memang kau menolak tuhan?
Kau mencipta idea elit
Tapi tidak cukup elitkah aku?

 

Ohhh,
Kau prejudis, untuk sphinx sepertiku

 

 

 

::

 

Ini sajak lama, aku tak ingat bila aku tulis (baca: dah tua). Rasanya sajak ini aku hantar untuk zine Mantra si Azwan Ismail. Tapi tidak melepasi saringan.

 

This entry was posted on Thursday, July 19th, 2007 at 4:59 pm and is filed under karya. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments so far

amirMukh
 1 

kau simpan sajak ni elok-elok.
nanti, kalau ada event apresiasi tokoh macam
event pak samad yang lepas, bolehlah
kau deklamasi sajak kucing lagi.

July 21st, 2007 at 12:31 am
shemod
 2 

tapi kucing tu mahal…

July 21st, 2007 at 1:54 pm
fadz
 3 

ohh, kau sphinx. aku doraemon, bulat, hihihihihi!

July 22nd, 2007 at 12:01 am
 4 

Salaam bro..

tompang lalu.. aku terbaca kat majalah KLue psl website/contest nih!… dateline 24july!… cepattt!

http://www.apostrophegallery.com/

July 22nd, 2007 at 11:52 pm
nazri
 5 

Amir = Ya, aku akan simpan

Nana = Kalo murah nak beli ke pun?

Fadz = Err…err…err…

Ajami = Terima kasih.

July 23rd, 2007 at 5:07 pm

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment