19 Jul 2007 TANGIS SEEKOR KUCING SPHINX (Dipandang Hina Hanya Kerana Tidak Berbulu)
 |  Category: karya

Oh dunia
Oh dunia
Kenapa prejudis?
Adakah hanya kerana aku tidak berbulu?

 

Oh dunia

 

Oh dunia

 

Aku juga comel
Aku semestinya juga manja
Kenapa takut padaku?
Hanya kerana aku tidak berbulu?

 

Kau laung hak samarata
Tapi jelik dengan fitrahku
Kau kata kau suka membelai
Kenapa memilih siapa-siapa?
Kau kata mahu yang gemalai
Eh, eh, kenapa lari dariku?
Aku tidak menggigit, miawku lunak
Apakah sebab hanya aku tidak berbulu?
Kau jauh dariku?

 

Tolong terima aku
Aku juga ciptaan tuhan
Kau menolakku
seolah kau menolak tuhan
Atau memang kau menolak tuhan?
Kau mencipta idea elit
Tapi tidak cukup elitkah aku?

 

Ohhh,
Kau prejudis, untuk sphinx sepertiku

 

 

 

::

 

Ini sajak lama, aku tak ingat bila aku tulis (baca: dah tua). Rasanya sajak ini aku hantar untuk zine Mantra si Azwan Ismail. Tapi tidak melepasi saringan.

 

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses

  1. 1
    amirMukh  
    Saturday, 21. July 2007

    kau simpan sajak ni elok-elok.
    nanti, kalau ada event apresiasi tokoh macam
    event pak samad yang lepas, bolehlah
    kau deklamasi sajak kucing lagi.

  2. tapi kucing tu mahal…

  3. ohh, kau sphinx. aku doraemon, bulat, hihihihihi!

  4. Salaam bro..

    tompang lalu.. aku terbaca kat majalah KLue psl website/contest nih!… dateline 24july!… cepattt!

    http://www.apostrophegallery.com/

  5. Amir = Ya, aku akan simpan

    Nana = Kalo murah nak beli ke pun?

    Fadz = Err…err…err…

    Ajami = Terima kasih.

Leave a Reply