Penuh dengan spoiler. Penuh Dengan spoiler. Penuh dengan spoiler. Penuh Dengan spoiler. Penuh dengan spoiler. Penuh Dengan spoiler.
Sejak akhir-akhir ini aku kurang suka dengan filem fantasi kanak-kanak. Kanak-kanak jadi hero, seolah-olah satu masturbasi impian si pembikin karya semasa beliau kecil. Bila kanak-kanak jadi hero, seakan satu limitasi kepada apa genre fantasi boleh buat.
Oh, The Golden Compass.
Aku seharusnya menceritakan perihal filem tanpa ada bias terhadap bukunya. Lagipun aku bukan orang yang hendak sesebuah cerita mesti mengikut buku seratus peratus. Aku suka ada perubahan. Lord Of The Rings berjaya sebab Peter Jackson mengubahnya. Henry Potter tidak berjaya sebab…err..sebab memang ceritanya tak best? (Larikkkkkkkkkkkk!!!).
Oleh itu aku berharap mereka ubah Golden Compass. Benar, akan ada suara berkata “Buku lagi best”. Selalu kita dengar itu. Tapi kadang kala mereka keliru, berharap buku ‘diterjemah’ sebijik-sebijik ke bentuk filem. Sebenarnya tiada isu perbandingan di sini. Buku adalah buku dan filem adalah filem. Sedikit sebanyak, perlu pandang sebagai entiti yang berbeza. Cukup tidak adil untuk pembikin filem adaptasi kalau kita sebagai peminat terlalu merujuk kepada buku.
Oh, aku sepatutnya cerita mengenai The Golden Compass.
Ingat, penuh dengan spoiler.
Ingat, Spoiler!!!!!
Spoiler!
Serius aku cakap ni, di bawah ada spoiler besar. Tolonglah! Jangan baca kalau tak mahu spoiler. Nyah! Nyah!
Spoilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
YANG AKU SUKA
- Plot berserabut.
- Adegan masa orang-orang tua magisterium berkumpul dalam bilik rahsia. Salah sekor cakap “kita sebagai orang tua bertanggungjawab membentuk orang muda”. Hah! Itu memang perangai orang-orang tua yang memegang kuasa.
- Orang jahat dibentuk ‘bulat’. Mereka bukan Sauron. Mereka ada agenda untuk menjadikan dunia lebih baik, dengan cara yang tidak dipersetujui oleh orang muda.
- Ada adegan beruang ais berlawan. Si beruang ais baik pergi tampar beruang ais jahat sampai tertanggal rahang. Whoaaaaaaaaaa!
- Beruang ais. Kombo comel dan ganas.
- Aku tabik Dakota Richards sebab bawa karakter Lyra dengan bagus disebalik inilah pengalaman pertamanya dalam dunia lakonan.
- Protagonis (Lyra) kaki penipu.
- Daemon dibuat dengan bagus. Comel jugalah si Pan tu bila dia jadi kucing.
- Lyra mati di akhir cerita. Hahahaha, aku dah kasi amaran bukan? Padan muka.
- Okey, ayat di atas adalah gurauan. Bukan Lyra tapi beruang ais yang ada dalam poster tu. Dia mati masa perang.
AKU TAK SUKA
- Agak slow untuk sebuah filem fantasi epik seperti ini.
- Adegan perang yang tidak epik.
- Lagu latar yang, err…tak best.
- Screen time Daniel Craig bawah 10 minit.
- Apa yang kita nampak di trailer, itulah yang ada dalam filem. Tak ada surprise lain. Malah semua adegan lawan sudah pun ditunjukkan dalam trailer.
- Lagu latar yang tak best (oh, aku dah tulis di atas).
- Karakter-karakter kurang menarik. aku tak peduli pun kalau ada orang baik yang mampus. Malah kalau Lyra mampus pun aku tak peduli.
- TAK ADA karakter utama yang mampus. (okey, mungkin ini salah buku, jadi siapa suruh adaptasi buku budak-budak?).
- Penghujung cerita di buat tergantung, tapi aku tak ada rasa untuk mahu ikut pengembaraan Lyra seterusnya.
Secara keseluruhan, The Golden Compass jauh lebih bagus dari Narnia tapi jauh ketinggalan berbanding Lord Of The Rings. Malah endingnya juga ada bau-bau Fellowship Of The Rings. Aku rasa 3 filem ini agak dekat isinya untuk dibuat perbandingan.
Okey, sekarang tolonglah pilih novel fantasi dewasa yang lebih berat dan lebih ‘dark’ untuk dijadikan filem. Aku nak tengok adegan perang ganas, pecah perut, kepala tercabut dan kena pijak dengan raksasa.
Gambar-gambar dicuri dari outnow.ch.







Thursday, 6. December 2007
fuh.. buat aku tak nak tgk je felem ni!
Thursday, 6. December 2007
untuk sebuah genre epik-sc.fiction-fantasy….TEMPO filem ini agak mendatar….mulanya ingat slow di permulaan saja……memang ada kat beberapa scene ia cuba menaik(sepatutnya begitu la)…tapi mcm lelaki yg lemah tenaga batin, naik nya tak sempurna…tak berjaya….akhirnya terus menerus “flat” je sampai ke akhir cerita tanpa seminit pun mencapai tahap Orgasme…
Friday, 7. December 2007
Hah, mana gambar kekasihku, Ms. Eva?
Friday, 7. December 2007
fadz - tgk je
Gaia - masturbasi kecewa la nih. Hehe.
WJ - Aku sudah upload dan mahu letak, tapi ada masalah teknikal dan aku sudah putus asa.
Sunday, 9. December 2007
Novel fantasi orang dewasa yer? Aku nominate Stephen King’s Dark Tower, boleh guna official comic dia sebagai visual guide. Tak pon komik Fables.