THE SIMPSONS

simpsons_movie_ver4_001.jpg

The Simpons Movie dibuat untuk peminat yang sudah ikut siri TV sejak berbelas tahun dahulu dan untuk budak-budak yang dilahirkan lambat beberapa tahun (baca: peminat baru). Lawak-lawaknya boleh dihadam oleh sesiapa sahaja.

Satu kejayaan Simpsons adalah menyuntik rasa cool dikalangan orang-orang yang meminatinya. Ia adalah simbol rasa anarkis, berontak dan keterasingan budak-budak muda yang mahu dinilai unik dari masyarakat sekeliling. Dan The Simpons adalah kartun berani menghina sesiapa sahaja yang mereka suka (mungkin tak sehebat South Park, mungkin la).

 

lisa-simpsons.jpg

The Simpsons adalah apa yang terkandung dalam darah aku sekarang. (baca: aku cool).

 

 

 

Aku sendiri tak tahu apa yang patut aku tulis terhadap filem tersebut. Dari montaj 20Th Century Fox lagi aku sudah ketawa terbahak-bahak sampailah ke kredit penghabisan. Antara filem yang menyemai rasa puas umpama seorang lelaki dibenarkan kahwin lain (Contoh saja, aku tak berniat pun, hikhik). Semua rasa anarkis, berontak, keteransingan, cool dan hina yang aku tengok sejak bertahun lamanya ada di dalam filem ini.

Itu point aku. The Simpsons tak mempersembahkan benda yang baru. Adunannya sama seperti siri TV, cuma lebih panjang.

 

maggie-simpsons.jpg

 

Terdapat beberapa plot yang bersangkutan. Plot Homer membawa balik Babi sebagai ahli keluarga baru, Bart pula mula sedar tentang Homer sebagai bapa paling bangsat di dunia, Lisa cuba sedarkan orang-orang kampung pasal pencemaran membawa kepada plot utama bila Springfield dikuarantin kerana Homermembuang sisa najis babi ke dalam tasik. Keluarga itu terpaksa melarikan diri kerana orang-orang kampung menuduh mereka sebagai punca kesialan. Bla bla bla, tengok sendiri.

Tapi mungkin kerana genius si pengadun itu, mereka tak perlu lagi buat benda baru. Kerana genius itu yang membuatkan aku tepuk tangan selepas habis filem dan semua orang berdekatan pandang aku. Bila sahaja filem selesai, aku seakan tidak puas, laksana makan nasi goreng separuh kerana separuh lagi sudah dicuri oleh kawan serumah yang brengset (baca: Bart yang bermain Ice Skating bersama wanita idamannya sambil berpegangan tangan, dia kini bekerja sebagai PR di PineApple - tiada kaitan dengan Bart Simpson - Celaka, aku ada kawan yang nama Bart yang tidak ambil peduli pun pasal kewujudan filem yang ada karakter ikonik berdasarkan nama dia).

 

simpsons_cast.png

 

Erti kata lain, The Simpsons best. Mungkin sekali filem animasi yang paling best sejak beberapa tahun ini, tapi…aku rasa The Simpons bukan lagi dalam kategori animasi. Dia kategori lain. Kategori Dewa dari Venus, atau Marikh atau Jupiter atau Planet Nobokov.

Aku tak peduli dengan beberapa karakter orang kampung yang tidak ditonjolkan atau langsung tak ada. Kita dah tengok selama berbelas tahun karakter-karakter itu.. Kelima-lima anggota keluarga tersebut berkongsi moment mereka sendiri termasuklah Maggie, si kecil yang memberi kejutan pada bahagian kredit nanti. Muahahaha.

Sekian.

Kredit Gambar: Dicuri tanpa izin dari myspace Simpsons.

Laman Web: http://www.simpsonsmovie.com

 

Myspace: http://www.myspace.com/simpsonsmovie

IMDB: http://www.imdb.com/title/tt0462538/

This entry was posted on Monday, July 30th, 2007 at 2:50 pm and is filed under Filem. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “THE SIMPSONS”

fadz July 30th, 2007 at 3:31 pm

aku suka aku suka… filem CERIA aku kalau aku mood cam sial..BEST PART:
HOmer tunjuk jari tengah masa masuk dlm quicksand.

samurai August 1st, 2007 at 5:56 pm

Terlalu best. Aku ketawa tak berhenti. Kalau keluar DVD aku nak beli. Tgk lagi & lagi.

GAIA August 5th, 2007 at 3:23 pm

Dah tak hengat cmana tv series dia(lama tak ikut)…tapi rasanya versi filem dibuat dengan aura yg lebih epic…

Leave a Reply