Siapa tak kenal hang Tuah.
Semua kenal wira Melayu tu.
Tapi aku semakin jengkel dengan nama itu sekarang.
Filem Hang Tuah, Teater hang Tuah, itu okey.
Tapi bila nak buat cerita zaman purba sahaja, mesti ada hang Tuah.
Aziz M. Osman ‘time travel’ dalam XX-RAY II ke zaman Hang Tuah.
Filem animasi yang terawal, buat cerita berunsurkan hang Tuah.
Ada pula reimagining kawan-kawan berlima Hang Tuah di TV9 sekarang.
Ada teater kisah zaman Hang Tuah.
Siri TV Ejen 016 sedang berlangsung sekarang. Karakter Apek itu aku agak bakal ‘time travel’ ke zaman purba. Teka siapa dia akan jumpa? Berdasarkan kredit pada akhir siri…ya, Hang Tuah.
Bila cerita purba saja, bila cerita mengenai keperkasaan dan keperwiraan sahaja, Hang Tuah, Hang Tuah, Hang Tuah.
Aku keliru, sama ada orang Melayu tak ada hikayat lain selain Hang Tuah atau orang Melayu zaman sekarang tak imaginatif langsung. Atau pengkarya sekarang malas nak buat kajian hikayat lain? Atau orang Melayu keseluruhannya akan berdosa dan masuk nerakabila mengabaikan Hang Tuah dan menggantikan dengan hero purba lain?
Yang aku tahu, sekali lagi elemen Hang Tuah ada dalam karya seterusnya, aku tutup TV sahaja.
Ini bukan fasal tidak patriotik. Ya, kami generasi muda sudah tahu Hang Tuah itu hero. Kamu semua sudah kemukakan point kamu.
Beri peluang hikayat lain untuk diperkenalkan.
Atau mungkin, 100 tahun dari sekarang, Hang Tuah akan terus berada di mana-mana.
Takut nak berubah…
Itu perangai kita kot? Patutlah mereka terus berkuasa lebih dari separuh abad.

Saturday, 17. November 2007
tu la orang melayu (termasuk aku kadang2) suka membiarkan diri mereka jadi hamba kelaziman
kau tengok Ejen 016? wah wah wah
Thursday, 22. November 2007
Hang Tuah kan macam King Arthur bagi orang Melayu..