ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for February, 2008

Aku memang berkira-kira nak tulis mengenai filem Dunia Baru.

duniabaruwallpaper01_800_600.jpg

Seperti yang kamu agak, aku peminat siri TV Dunia Baru. Bagi aku, kalau seberang jauh sana ada OC, ada Beverly Hills nombor-nombor dan bermacam cerita bersiri remaja yang lain, kita patut bangga sebab Dunia Baru adalah sebuah produk yang berkualiti boleh dikatakan hampir hebat juga dengan siri-siri yang aku sebut tadi.

Sudah tentu ia adalah siri TV gedik. The OC pun gedik juga. Memang itulah format untuk teen series. Kalau tak mahu gedik sila tengok rancangan Mengaji bersama Ustaz Zawawi.

Sang Sutradara dalam Dunia Baru adalah Hitler yang juga bertanggungjawab menjayakan 2 musim pertama Dunia Baru. Premis agak lari sedikit sebab majoriti cerita bukan berkisar di kolej Unisel. Tapi kali ini mereka bergerak di jalanraya Malaysia kerana mahu mencari Anizah yang diculik oleh mamat gila bayang. Elyana (comel), Mohd Adif, Tajol, Suzanna dan kawan-kawan bergerak mengejar Anizah dalam pengembaraan yang riang ria ribena.

Dunia Baru boleh aku kira post-modernis sebab menggabungkan banyak unsur. Satu benda yang menarik ialah jarang-jarang pembikin filem sudi membuat Road Movie. Maka layaklah Dunia Baru aku masukkan dalam kategori Road Movie Remaja sama seperti Road Trip, Harold And Kumar Go To White Castle, Y Tu Mama Tambien dan Sideways.

Okey, aku pasti ada yang tembak aku bila Dunia Baru disamakan dengan Sideways.

Adapun, aku menganggap penulis skripnya, Wan Hasliza setaraf dengan Homer (ya, nama Homer Simpson itu diambil dari si dia ini), pencipta Odyssey, moyang kepada segala Road Movie (okey, dia bukan movie, dia puisi).

Read the rest of this entry »

I

Aku kira peminat aku sudah lari. Mereka sudah jumpa syurga di tempat lain.

Tidak mengapa kerana gadis-gadis pakai baju nampak pusat masih bersorak di depan mata halusinasi aku.

II

Aku sudah berada di dunia baru (bukan, bukan dalam siri tv medan onaniku itu). Masa membuatkan kemaskini tiada dapat dilaksanakan.

III

Filem Cuci itu bagus. Tapi tidak sebagus Buli atau Baik Punya Cilok. Katanya arahan Hans Isaac tapi bau badan Afdlin di setiap inci imej filem ini. Tidak mengapalah, nanti mungkin dia ada sentuhan sendiri.

Malah elemen sukan dalam Cuci tak dapat menandingi Sumolah. Yang menyelamatkan Cuci ialah dia lari dari filem kehendak Polis Moral Malaysia (baca: orang jahat mesti kalah). Dalam Cuci, orang jahat menang. Mereka dapat apa yang mereka hendak. Tapi penonton tetap puas hati sebab hero dapat sesuatu yang lain. Polis Moral Melayu meraung sebab orang jahat dalam filem ini tidak main kotor.

Tapi pergilah tengok. Lebih bagus dari filem...ummm...tak nak sebutlah sebab orang Melayu senang merajuk.

IV

Aku dengar Aliya Elyana (novel aku tu) dapat 5 second of fame. Hero dalam siri tv Gaia baca buku itu dalam scene terakhir episod dua minggu lepas.

Ya, hebat.

V

Sudah ada komen untuk Opera Angkasa. Terima kasih.

Sesiapa yang belum membelinya, sila beli sebab aku dengar sudah hendak habis. Dengarnya la.

Berikut adalah beberapa komen yang aku jumpa:

UlasBuku

Waris Jagat

Bayan

opera-di-giant-jb.jpg

Opera Angkasa di Giant Johor Bahru.

VI

Aku cintakan Elyana

VII

Jangan lupa pergi ke Maskara 7 pada 1 Mac 2008, Hari Sabtu Jam 830 malam di Rumah Pena. Tok Rimau ada. Ada gadis comel. Mungkin juga malam itu aku mengambil keputusan untuk membuka baju di depan khalayak ramai. Mungkin juga.

VIII

Dalam hari yang sama, aku dan nama aku muncul dalam TV dan akhbar. Tok Rimau kata aku hebat. Aku riak.

namagah.jpg

Video penampilan aku di RTM akan menyusul kemudian.

IX

Piliharaya sudah datang. Siapa menang itu kita sudah tahu.

X

Rakan penulis, Panaharjuna dijemput Ilahi. Aku sempat melawat ibunya dan pergi menjenguk bilik yang melahirkan karya-karyanya. Kagum dengan sifat terurus beliau (sampai bil-bil bulanan pun ada fail tersendiri). Laporan lanjut di Blog Mat Jan.

image019.jpg

image022.jpg

image018.jpg

image020.jpg

image021.jpg

Snap dengan kamera telefon. Gambar tak lawa.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.