ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for March, 2008

Ya, kalau dibandingkan dengan produksi George Lucas, memang bagai planet Bumi dan planet di gugusan Andromeda.

Tapi aku agak suka dan menghargai usaha yang dibuat oleh kawan-kawan di PTS.

Cayalah!

Aku tekad tak nak tulis kalau-kalau ia berlaku lagi.

Dan ia berlaku juga,

Tapi aku rasa mahu tulis.

Cerita cinta aku yang cukup bahagia sudah berakhir.

Seratus peratus kesalahan di bahu aku. Aku yang terlalu kejam dalam hal ini.

Aku mohon, selepas ini;

Mana-mana Blogger atau gadis-gadis yang aku cuba pikat ingat perkara ini;

Aku adalah seorang lelaki yang paling jahat dan takkan dapat menghargai kamu. Aku adalah Firaun, Hitler, Augustus dan segala bentuk ikon kejahatan yang pernah kamu tahu.

Jangan terima aku. Aku takkan ikhlas menerima kamu, aku akan mempermainkan kamu, aku adalah tipikal lelaki. Kamu akan sengsara dan berharap tidak pernah bertemu denganku.

Untuk kawan-kawan, aku tak mahu membincangkan perkara ini.

Blog akan berjalan seperti biasa dengan entri-entri seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Salam Ceria

Seorang teman berhadapan dengan insiden racism level 1 di tempat kerjanya.

Untuk mengelakkan sentimen kaum disentuh, aku ganti dengan analogi berikut;

Teman aku berbangsa Zerg, sedang duduk di kubikel. Sementelah datang seorang penolong pengarah kreatif di tepi mejanya, berbangsa Terran.

Si Penolong Pengarah Kreatif, berbangsa Terran ini lalu bercakap kepada teman saya, berbangsa Zerg;

"I hate Zerg"

Si teman, berbangsa Zerg sekadar tersenyum dan meneruskan kerjanya.

Apa yang kalian buat, kalau kalian berhadapan dengan situasi itu?

Nota: Sila main game Starcraft untuk mengetahui apa itu Zerg dan Terran.

Nota dua: Sendiri pikul tanggungjawab kalau letak komen racisme. Kalau aku tak padam pun, akan ada orang yang maki anda.

Ini adalah isu MB Kedah beri tiket percuma kepada penyokong pasukan bolasepak Kedah.

Berikut adalah petikan dari laporan online Utusan Malaysia;

KUALA LUMPUR - Persatuan bola sepak negeri yang memberikan tiket percuma bagi perlawanan bola sepak dalam liga tempatan perlu membayar levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM berkata, tindakan persatuan bola sepak negeri yang menawarkan tiket percuma kepada peminat bola sepak khususnya di Kedah dikhuatiri mengundang masalah.

‘‘Inilah masalahnya bila pembangkang mengambil alih persatuan bola sepak negeri, semua mereka hendak berikan secara percuma tetapi perkara ini perlu mengikut perjanjian yang ditetapkan,’’ katanya kepada media dalam sidang media klinik penyerang Ian Rush di sini, semalam.

Jelasnya, persatuan bola sepak negeri perlu membayar levi kepada FAM jika mereka memberikan tiket percuma kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak liga tempatan.

‘‘Mengikut perjanjian yang telah ditetapkan setiap persatuan bola sepak negeri perlu menjelaskan bayaran levi sebanyak 10 peratus kepada FAM mengikut komisen penjualan tiket yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau akan menghantar wakil untuk meninjau setiap perlawanan yang diberikan tiket percuma kepada orang ramai.

‘‘Wakil FAM akan dihantar bagi memantau di setiap perlawanan tiket percuma untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,’’ kata Azzuddin.

Hadiah percuma itu sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Alternatif (BA).

Berita di atas sebenarnya sungguh kelakar. Aku membayangkan Deja-Vu.

Satu; ayat-ayat tersebut selalunya dikeluarkan oleh pihak pembangkang (DAP/PAS/PKR atau yang sewaktu dengannya).

Kita sedia maklum tugas DAP/PAS/PKR atau yang sewaktu dengannya (selepas ini dipanggil pembangkang) ialah mengutuk setiap tindakan kerajaan (baca: Bee End). Bee End buat apa sajalah untuk rakyat, mesti ada angle yang cuba diputar oleh pembangkang untuk membuatkan rancangan Bee End itu nampak jahat. Buat jambatan kena kutuk, buat masjid kena kutuk, buat rumah kena kutuk, beri itu ini pun kena kutuk. Memang menjadi pembangkang ini syaratnya tidak puas hati dengan semua benda.

Tabiat itu nampaknya sudah terbalik.

Sebaliknya berlaku di Kedah. Kedah ditadbir oleh PAS (yakni pembangkang). PAS adalah kerajaan sekarang. Oleh itu dia pun buat keputusan untuk beri tiket percuma.

Maka sudah menjadi tugas orang-orang Bee End (sebagai pembangkang di Kedah) ataupun penjilat bontot Bee End untuk membangkang/menegur tindakan MB Kedah itu.

Sebab isu lebih besar sudah tak ada, isu kasi tiket percuma pun jadilah supaya masih boleh dibangkang.

Orang yang membangkang itu sudah sedia maklum, MB Kedah mestilah berotak untuk fikirkan kesan tindakannya. Mestilah sudah sedia maklum duit yang perlu dikeluarkan. Tapi tak mengapalah, asalkan boleh bangkang.

Dua;

Serangan manipluasi media akhbar dan televisyen kini semakin terdesak dengan konsep "kita putar belit apa sahaja isu yang ada".

Akhbar dan Televisyen Malaysia kini laksana seorang askar di dalam kubu, di mana kawan-kawannya semuanya sudah mati, peluru sudah habis, meriam sudah rosak. Tentera musuh sudah mara, apa yang boleh dia buat hanyalah membaling epal dan pisang ke arah musuh sebab itu sahaja yang dia ada.

Lawan tetap lawan kan? Hahaha...

Bagus juga, sekurang-kurangnya terhibur hidup aku dengan drama-drama sebegini.

Pada suatu malam yang sama seperti malam lain, di sebuah kedai makan.

Sedang aku asyik menjamah nasi lemak yang sederhana tak sedap sementara teman aku membebel mengenai hidupnya yang serabut.

Hasil bebelan itu akhirnya membawa kepada satu soalan yang paling agung dalam sejarah umat manusia, aku kira soalan "erti kewujudan manusia" oleh mamat-mamat falsafah yang tulis buku berbelit-belit pun takkan dapat menandingi soalannya;

"Weh, Degree tu diplomakan?"

Erk...kalau gelak karang terasa hati pula. Aku cuba control riak wajah.

Humfff...

Nota: Istilah Degree selalu digunapakai bagi merujuk kepada istilah Ijazah Sarjana Muda.

Aku gelak juga lepas tu. Bwahahaha.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.