ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for March, 2008

Ini adalah video persembahan band Dewangga Sakti semasa acara Kata Suara yang berlangsung dua minggu lepas.

Ya, aku pasti sangat isu politik lebih dibincangkan di segenap pelusuk Malaya. Malah kalau la nak ditakdirkan video seks Siti Nur tiba-tiba tersebar di internet, orang lebih memilih isu politik dan pasca-piliharaya sebagai topik bualan (sekadar beri metafora, Siti Nur tak ada video seks, dia baik, tapi Elyana lebih baik, malam tadi ada Elyana di TV1, macam biasalah, comel nak mampus, kalau aku jadi pengerusi DBP aku akan masukkan daftar comel = Elyana).

Okey, okey, kembali ke topik asal.

Isu Semasa;

1- Pakatan PKR-DAP-PAS

Aku tertarik dengan komen-komen di beberapa blog dan borak-borak kedai kopi tentang rapuhnya pakatan triniti ni. Pandangan aku, ya, memang rapuh.

Tapi seharusnya gambaran itu harus dipandang dengan lebih besar lagi. Triniti ini harus bijak mempermainkan isu pakatan ini. Kes di Perak aku pandang bukan sebagai kemelut. Ramai mungkin tak sedar kes di Perak merupakan satu 'advantage' besar buat pakatan ini. Pakatan triniti di Perak seolah-olah meraih petak terdepan dalam peperangan psikologi politik.

Kalau dilihat pada mata kasar, nyata pakatan tiga parti perkauman Bee End lebih kukuh. Tapi itu pada dasarnya sahaja. Kes di Perak, kalau pihak Triniti ini pandai menguruskannya akan dilihat sebagai satu pakatan yang cukup ampuh sekali. Kenapa aku berkata demikian?

Umum mengetahui, dalam pakatan Bee End, MCA dan MIC seolah-olah membontot segala kelakuan Bee End. MCA dan MIC dilihat tidak mampu nak memperjuang nasib orang-orang di bawah naungannya. Itu tidak menjadi masalah dalam pakatan triniti tersebut. "kemelut", kalau itulah istilah yang digunakan oleh media umum, mencerminkan semangat mahu memperjuangkan nasib kaum yang bernaung di bawah parti masing-masing.

Kita lihat senario begini;

Andai kata kerusi yang dimenangi oleh DAP itu digantikan dengan wakil-wakil MCA, kerusi PKR pula digantikan dengan wakil-wakil MIC dan begitu juga PAS digantikan dengan Amno? Kemudian wakil Amno dilantik sebagai menteri besar walhal MCA yang menang banyak kerusi. agak-agaknya mampukah MCA melawan seperti mana yang dilakukan oleh DAP? Sikap senyap dan tolenrasi MCA (seperti yang kita lihat sebelum ini) bakal membuatkan rakyat dibawah naungannya (majoritinya Cina) berasa wakil yang mereka pilih tidak sekental mana untuk memperjuangkan nasib mereka.

Ini berbeda dengan perangai DAP yang lantang menyuarakan hal mereka. Lantas sebenarnya kalau dilihat lebih jauh, DAP sebenarnya lebih sayangkan rakyat berbanding MCA yang hanya ikut telunjuk Amno.

Lantas aku tidak memikirkan isu di Perak sebagai satu kemelut. Ia satu isu yang bijak dan seharusnya ketiga-tiga parti yang berkenaan berbuat demikian. Kes di Perak juga sebenarnya menjadi satu simbol Chek and Balance yang amat ideal sekali. Makna kata tiada sebarang pihak pun yang berani membuat onar kerana pakatan triniti ini memerhati antara satu sama lain.

Kesimpulannya rakyat mendapat faedah dengan kes yang berlaku di negeri itu. (Tapi sudah tentulah Bee End akan menyuntik isu perkauman, kita sendiri tahu parti mana yang paling racist di Malaysia ini).

aku petik pandangan berikut;

"Despite the political dramas that are unfolding in Perak in the past few days, there are reasons to believe that the partnership between PAS, DAP and PKR is not as shaky as it appears to be.

According to a report in Financial Times on Monday, political analyst Bridget Welsh of John Hopkins University said there was “tremendous goodwill among them to succeed”.

Despite their differences, the three parties are unlikely to throw away their victory after an election that proved voters were willing to cross ethnic lines to support them.

Some political observers even believed that what transpired in the past few days were just “political theatres” or posturing by the different parties to placate their respective supporters.

Whatever their ideological differences, PAS, DAP and PKR are pragmatic political actors that understood the need to work together."

sumber: The Edge Daily

Ini membawa kepada point aku yang kedua;

2- Kemarahan Lim Kit Siang.

Aku anggap Lim Kit Siang sebagai pencatur politik yang genius. Puluhan tahun pengalaman dalam arus politik tidak dapat melawan otak-otak muda kita yang membuat telahan dia sudah nyanyuk.

Kenapa aku berkata begitu?

Naiknya menteri Besar dari orang PAS akan sedikit mencetuskan rasa kurang senang dari komuniti orang Cina (mungkin). Mungkin akan datang rasa "alamak, aku undi DAP pun tak guna, DAP bukan nak support orang Cina,".

Lantas Lim Kit Siang menyuarakan protes terhadap perlantikan tersebut. Pada gambaran kasar, dia dilihat biadap dan kurang ajar. Tapi psikologinya, dia telah memenangi hati orang Cina sendiri. Dia tidak lagi dilihat sebagai pembelot bangsa. Dia sanggup melawan siapa sahaja demi hak perjuangannya.

Mampukan pemimpin MCA berbuat demikian?

3- "Pertelingkahan menteri besar Perak".

Kes Di Perak dilihat sebagai ketidakupayaan triniti ini membentuk kerajaan. Kenapa? Sebab menteri Besar lambat dilrantik dan perjalanan menamakan calon MB pun memakan masa dan ranjau.

Ramai lupa, beberapa negeri lain pun masih belum ada MB lagi. Malah sehingga MB Perak sudah dilantik, terdapat sekurang-kurangnya DUA negeri naungan Bee End yang mempunyai kemelut hampir sama.

Siapa yang rapuh sekarang?

4- Anwar Sebagai PM

Kemelut (kalau nak guna istilah itulah) di atas sebenarnya satu ujian awal untuk Anwar. Kalau dia mahu jadi PM, inilah masanya dia menonjolkan bakat menyatukan tiga parti itu. Mahathir hebat kerana berjaya membuatkan tiga parti tidak bergaduh. Aku tak nampak Anwar ke arah itu lagi (buat masa sekarang).

5- KJ-Mukhriz-Najib-Hishamuddin

Aku suka kalau KJ jadi menteri. Mungkin boleh bermula dengan Menteri Luar atau Menteri Belia dan Sukan. Sikit masa, naik menjadi menteri Kewangan. Bak kata orang putih, Plot Thickens. Mukhriz dah buat sepertimana yang bapaknya buat dulu. Sekarang semua memandang antara satu sama lain. Ada orang yang bakal cantas tangganya. Ada orang yang bakal jatuh. Ada orang yang sekarang asyik beri komen di media, konon-konon dia semacam buat kerja.

Betulkan aku kalau aku salah, dalam 4 tokoh di atas, semacam Najib yang paling diam sekarang? Kenapa ya? Orang diam orang yang paling merbahaya. Hahahaha. Wish you luck Najib. Bagus juga kalau anda jadi PM seterusnya. Lebih drama.

Membawa kepada point seterusnya;

6- AMNO dan rebel

Amno akan kembali kuat dan Malaysia akan kembali makmur jika seorang lagi rebel muncul. Seperti Mahathir pada zaman Tunku.

Pada waktu ini, tiada seorang pun pemimpin Amno yang rebel. Semuanya mengampu dan tidak berani nak menentang. Aku ingin lihat Mukhriz sebagai seorang rebel dalam Amno. KJ takkan lama jika dia meneruskan tabiinya menjadi proxy Pak Lah. Dia mungkin ada rancangan. Dia semacam Anakin sebelum jadi Darth Vader. Ramai ludah KJ, tapi aku percaya masih ada trick di lengannya (haahahahahaha, plagiat).

Begitu juga Mukhriz. Kalau dia dibuang Amno, aku hampir pasti percaya dia bakal menjadi PM suatu hari nanti dan sekali lagi Amno akan memakmurkan Malaya.

Penutup;

Adapun entri ini hanyalah pandangan naif seorang rakyat. Aku tidak berharap semua bersetuju dan molek sahaja tulis pendapat di ruangan komen. Tapi aku berpegang kepada pandangan ini. Biasalah, politik memang kotor. Kita sebagai rakyat tersepit.

Tapi sebagaimana kata-kata aku sendiri dalam entri selang tiga di bawah; aku percaya 4 tahun ini Malaysia akan makmur. Dan tolong jangan cerita pada aku tentang orang Melayu akan jatuh sebab isu ini. Kalau malas berusaha memang la akan jatuh. Kalau sudah perangai nak harap subsidi.

Ada satu parti tu cakap mereka tidak racist.

Tapi setiap kali perhimpunan agung, merekalah parti paling racist di lembah ini.

Kemudian datang semangat Melayu.

Hari Isnin lepas aku baca ruangan surat pembaca di dalam akhbar kawalan gomen. Dia tulis perihal pilihanraya dan kehancuran Bee End. Dia sedih (menangis la kot) dengan sikap orang Melayu yang benci Bee End (terutamanya parti Melayu tu). Dia kata sekurang-kurangnya parti Melayu itu terdiri dari orang Melayu. Hendaklah kita sokong orang Melayu agar Melayu tidak ditindas.

Aku kata;

Kalau si penulis surat ini seorang ayah, aku kasihankan anak-anak dia dapat ayah yang tiada otak ini. Kalau dia seorang lelaki bujang, aku kasihankan bakal anak-anak dia yang akan dapat ayah yang tiada otak ini.

Satu;

Apa, sebab mereka Melayu, kita mesti sokong mereka dan beri mereka tiket untuk tindas orang-orang Melayu?

Dua;

Apa, PAS bukan parti yang wakil rakyatnya terdiri dari orang Melayu ke?

.

Zaman generasi yang perasan Melayu sebagai bangsa paling agung di muka bumi dan berakhir. Sebab terlalu dibuai dengan rasa bangsa paling agung itulah menyebabkan mereka malas berusaha. Menangis takut negara jatuh ke tangan Cina dan jadi Singapura konon. Masa tindas orang Melayu tak ada pula nak menangis. Tak pula sedih melihat bangsa sendiri kena tindas.

Pungkoqpakhang.

Nota Kaki;

1- Koh Tsu Koon telefon lawan dia pada malam keputusan ucap tahniah, kemudian hadir pada majlis angkat sumpah orang yang telah mengalahkannya, serahkan fail-fail pentadbiran secara peribadi dan buat urusan pertukaran kerajaan dengan lancar. Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang telah tewas? Sudah tentulah sebagai bangsa yang lebih mulia dari bangsa Cina, mereka akan buat lapan kali lebih bagus dari apa yang telah Koh Tsu Koon buat, kan?

Kan?

Kan?

Kan?

Tapi iyalah, Bangsa Melayu bangsa paling agung kan?

Adik aku yang tinggal di Serdang sms:  Mintak tolong beli drypers dan brs.

Drypers tu aku tahulah, jenama lampin pakai buang.

Brs tu apa?

Adik aku sms balik: beras.

oooo...

Malam selepas kerja aku bergegas ke Giant Wangsa Melawati untuk membeli Drypers saiz XL pakej paling besar dan beras 10 kg.

Kamu akan nampak seorang lelaki berambut panjang dengan beg laptop di bahu kanan, beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya) hendak ke kereta keluar dari pintu Giant Wangsa Melawati.

Ada seorang perempuan yang agak cantik, kawan kepada kawan* tiba-tiba terserempak dengan aku yang  membawa beg laptop di bahu kanan, beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya) hendak ke kereta keluar dari pintu Giant Wangsa Melawati.

Kami bertegur sapa.

Dia tanya tentang  beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya).

"Untuk adik, dia pesan untuk anak-anak dia," jawab aku.

"Ohhh"

Perlu aku jelaskan Ohhh ini datang dengan nada sederhana perlahan, seperti perempuan menyebut "whatever". Aku amat percaya dalam hatinya dia berkata, "lelaki miang, masih tak nak mengaku" atau "penipu" atau "Kantoi dah berkahwin" atau "taktik lelaki buas" apa sahajalah makna "ohh" tersebut.

Kami bertukar salam dan aku bergerak melaksanakan rancangan aku yang tergendala sambil terkial-kial membawa beg laptop di bahu kanan, beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya).

Ohhh?

*Dia berada dalam kasta ketiga kawan-kawan aku. Kasta pertama kawan-kawan rapat yang tahu mungkin 70% tentang diriku atau lebih, kasta kedua mungkin tahu 50% atau lebih tentang diriku dan kasta ketiga mungkin sekali 30% atau lebih tentang diriku. Makna kata, dia tak tahu samaada aku bercakap bohong tentang diriku yang bujang atau tidak.

Ohh?

Mula-mula video-video ini aku letak dalam entri bawah. Tapi rasanya macam flow dia kacau pula.

Aku buat entri baru.

Nah;

Aku hadiahkan kalian dengan dua video yang dirakamkan semasa malam keputusan pilihanraya. Bertempat di daerah Nurul Izzah.Selamat menonton.

TIDO! TIDO! TIDO!

SORAK! SORAK!

Menonton keputusan malam itu cukup indah sekali. Lebih indah berbanding penggal piliharaya '99. Barulah seronok nak tengok. Ada "fight".

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.