ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for April, 2008

Bila hidup kita dirombak, ingat untuk membawa benda berharga sekali bersama kita.

Pagi jumaat, seperti pagi jumaat yang lain, aku bangun dari katil empukku, menari sambil burung-burung berkicau, menyanyi dengan iringan vokal tambahan dari bambi, anak kucing dan beberapa haiwan comel yang lain.

Aku hidupkan enjin kereta sambil meneruskan nyanyian dengan jiran-jiran keluar ikut menari dan menyanyi dengan rentak sekata. Irama berkumandang dan akhir sekali satu batalion pancaragam memainkan musik dan melambai-lambai pemergian Kancilku.

Alif Firdaus kata jalan jam sejurus selepas keluar kesas terus ke MRR2. Aku ambil jalan lain, Sayup-sayup aku nampak jalan yang sepatutnya aku guna banjir dengan mesin-mesin pemusnah ozon Bumi. Aku ketawa sekuat hati kerana bajingan-bajingan itu akan terus terperangkap sementara aku boleh menyanyi track nombor dua dalam OST kehidupan Nazri M.A

Aku guna lebuhraya Putrajaya-Bukit Jalil yang akan tembus ke Jalan Tun Razak (dengan tol RM1.50).

Nyanyian lagu latar kehidupan Nazri M.A baru masuk track nombor 4 bila tiba-tiba ia terpadam. Ia berganti dengan orkestra lagu suspen. Bisikan viola laju dengan sekali sekala hentaman cymbal dan gendang besar.

Read the rest of this entry »

maskara8yj5.jpg

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 3 Mei 20008
Masa: 830 malam hingga habis
Hari: Hari yang gelap, kini sudah terang...err...SABTU

Juru acara: Mat Jin, eh, MAT JAN

Menampilkan;

- Marsli N.O (pemikir, penyair, aktivis sastera dan bloga)
- Nazri M. A (Lelaki cute pada era selepas zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah)
- Azwan Ismail (Berikan dia gula)
- Basri D.S (Othello oh Othello, di manakah kau sembunyikan cinta?)
- Derrick Jaramilo (penyanyi axe-rock dari bandar perkataan kesukaan Dr. Mahathir (panama) iringan kugiran THE JUNK.
- Salhan K. Ahmad (Biarkan dia dengan notanya, mahu dilukis erti gelisah, tapi pen tiada)

- Taf Teh (Kalau dia Carbonara, Kuala Lumpur adalah pinggannya).

JUGA;

Jualan buku baru keluar dari mesin cetak:

SABOTAJ 3 (Himpunan catatan tanpa seluar dalam 10 Sol-Jah kacak)

GANGGUAN TEKSUAL (Himpunan catatan tanpa segan silu oleh bloga-blogga tempatan yang hot dan seksi, awww, muah! muah! muah!)

DATANG ITU WAJIB.

 "Kuasa kedua Nazri terletak dalam melakarkan watak-watak yang warna-warni, walaupun karikatur tetapi memberi pendapat bahawa pembaca harus merasa 'terikat' akan watak-watak ini. Membuat kita 'sayang' dan senang mengiktiraf keberadaan watak. Kuasa sebegini ada dalam tulisan Charles Dickens dalam menggambarkan perwatakan, sifat, dan aksi sebuah watak dalam novelnya. Kita sedar, Nazri di sini lebih mengeksplotasi plot dan watak yang (nyaris saduran) dekat menghomaj Firefly, drama siri advencer koboi Joss Whedon. Tetapi dengan dialog-dialog mencuit hati (walaupun buat pembaca yang serius) yang diguna oleh Nazri, budaya dalam lingkungan cerita (lebih-lebih lagi Bumi Baharu dan madrasah Tuan Guru, Faridah Hanom) serta ketentuan Nazri yang pasti terhadap lukisan watak-wataknya yang terjaga teliti kesinambungan psikologi, sejarah dan pilihan mereka, novel ini sememangnya patut dijadikan filem sahaja kerana keberkesannya dalam setiap konflik dan aksi."

"Opera Angkasa sebuah karya yang tidak akan merugikan, baik kepada pembaca yang hanya mahu membaca suatu hasil hiburan kerana gaya "page turner"nya, juga kepada pembaca yang ingin mencari satu kelainan dalam sastera. Ia sebuah "joyride" buat kedua-duanya."

Bacaan lanjut: Kubu Buku

dsc_0096.JPG

Opera Angkasa semasa promosi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 20008

TIME adalah filem Kim Ki-Duk yang kelima aku tonton selepas 3 Iron, The Bow, Spring, summer, autum, winter...and Spring dan Samaritan Girl). Time juga merupakan filem Kim Ki-Duk yang paling kaya dengan dialog (perbandingan antara 5 buah filemnya yang aku tonton). Kontradik dengan 3 Iron dimana aku rasa 98% adegannya tiada dialog.

time-poster.jpg

Sebagai seorang pengarah yang menempah reputasi antara yang terbaik di dunia (mungkin, dan tak hairan kalau 30 tahun lagi namanya disebut sebagaimana peminat filem sebut nama Godard atau Truffaut, agaknya la), Time aku anggap filemnya yang dibikin separa pop (juga berbandingan hanya dalam lingkungan 5 filem yang aku tonton).

Time adalah sebuah filem tentang obsesi. Temanya menyentuh isu obsesi orang Korea untuk mencantikkan muka dengan pembedahan. Dalam satu reviu, dikhabarkan 50% wajah wanita Korea dalam lingkungan umur 20-an pernah ditoreh oleh doktor untuk kelihatan cantik. Statistik yang cukup menakutkan. Bagaimana pula senario di Malaysia?

Obsesi kedua adalah seorang perempuan bernama See-Hee yang terlalu sayangkan pakwenya, Ji-Woo. Sebagai seorang wanita normal, dia mempunyai tabiat cemburu dan tak senang duduk kalau ada awek cun (dan tak cun) yang lalu lalang di depan Ji-woo. sifat cemburu See-Hee kadang kala menyusahkan bila tak pasal-pasal pelayan kedai kopi pun kena maki dengannya kerana senyum pada Ji-woo.

Read the rest of this entry »

Video ucapan Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru pada 14 April kira-kira 930 malam.

Aku off ruang komen. Cukup-cukuplah kalian maki Pak Lah. Ya, aku tak demokrasi.

Video diambil dari jarak yang jauh dan bergoncang.

Bahagian 1

::

Selanjutnya:

 

Read the rest of this entry »

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.