Bila hidup kita dirombak, ingat untuk membawa benda berharga sekali bersama kita.
Pagi jumaat, seperti pagi jumaat yang lain, aku bangun dari katil empukku, menari sambil burung-burung berkicau, menyanyi dengan iringan vokal tambahan dari bambi, anak kucing dan beberapa haiwan comel yang lain.
Aku hidupkan enjin kereta sambil meneruskan nyanyian dengan jiran-jiran keluar ikut menari dan menyanyi dengan rentak sekata. Irama berkumandang dan akhir sekali satu batalion pancaragam memainkan musik dan melambai-lambai pemergian Kancilku.
Alif Firdaus kata jalan jam sejurus selepas keluar kesas terus ke MRR2. Aku ambil jalan lain, Sayup-sayup aku nampak jalan yang sepatutnya aku guna banjir dengan mesin-mesin pemusnah ozon Bumi. Aku ketawa sekuat hati kerana bajingan-bajingan itu akan terus terperangkap sementara aku boleh menyanyi track nombor dua dalam OST kehidupan Nazri M.A
Aku guna lebuhraya Putrajaya-Bukit Jalil yang akan tembus ke Jalan Tun Razak (dengan tol RM1.50).
Nyanyian lagu latar kehidupan Nazri M.A baru masuk track nombor 4 bila tiba-tiba ia terpadam. Ia berganti dengan orkestra lagu suspen. Bisikan viola laju dengan sekali sekala hentaman cymbal dan gendang besar.
Read the rest of this entry »

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 3 Mei 20008
Masa: 830 malam hingga habis
Hari: Hari yang gelap, kini sudah terang…err…SABTU
Juru acara: Mat Jin, eh, MAT JAN
Menampilkan;
- Marsli N.O (pemikir, penyair, aktivis sastera dan bloga)
- Nazri M. A (Lelaki cute pada era selepas zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah)
- Azwan Ismail (Berikan dia gula)
- Basri D.S (Othello oh Othello, di manakah kau sembunyikan cinta?)
- Derrick Jaramilo (penyanyi axe-rock dari bandar perkataan kesukaan Dr. Mahathir (panama) iringan kugiran THE JUNK.
- Salhan K. Ahmad (Biarkan dia dengan notanya, mahu dilukis erti gelisah, tapi pen tiada)
- Taf Teh (Kalau dia Carbonara, Kuala Lumpur adalah pinggannya).
JUGA;
Jualan buku baru keluar dari mesin cetak:
SABOTAJ 3 (Himpunan catatan tanpa seluar dalam 10 Sol-Jah kacak)
GANGGUAN TEKSUAL (Himpunan catatan tanpa segan silu oleh bloga-blogga tempatan yang hot dan seksi, awww, muah! muah! muah!)
DATANG ITU WAJIB.
Posted by: nazri in karya
”Kuasa kedua Nazri terletak dalam melakarkan watak-watak yang warna-warni, walaupun karikatur tetapi memberi pendapat bahawa pembaca harus merasa ‘terikat’ akan watak-watak ini. Membuat kita ’sayang’ dan senang mengiktiraf keberadaan watak. Kuasa sebegini ada dalam tulisan Charles Dickens dalam menggambarkan perwatakan, sifat, dan aksi sebuah watak dalam novelnya. Kita sedar, Nazri di sini lebih mengeksplotasi plot dan watak yang (nyaris saduran) dekat menghomaj Firefly, drama siri advencer koboi Joss Whedon. Tetapi dengan dialog-dialog mencuit hati (walaupun buat pembaca yang serius) yang diguna oleh Nazri, budaya dalam lingkungan cerita (lebih-lebih lagi Bumi Baharu dan madrasah Tuan Guru, Faridah Hanom) serta ketentuan Nazri yang pasti terhadap lukisan watak-wataknya yang terjaga teliti kesinambungan psikologi, sejarah dan pilihan mereka, novel ini sememangnya patut dijadikan filem sahaja kerana keberkesannya dalam setiap konflik dan aksi.”
“Opera Angkasa sebuah karya yang tidak akan merugikan, baik kepada pembaca yang hanya mahu membaca suatu hasil hiburan kerana gaya “page turner“nya, juga kepada pembaca yang ingin mencari satu kelainan dalam sastera. Ia sebuah “joyride” buat kedua-duanya.”
Bacaan lanjut: Kubu Buku

Opera Angkasa semasa promosi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 20008
Posted by: nazri in Filem
TIME adalah filem Kim Ki-Duk yang kelima aku tonton selepas 3 Iron, The Bow, Spring, summer, autum, winter…and Spring dan Samaritan Girl). Time juga merupakan filem Kim Ki-Duk yang paling kaya dengan dialog (perbandingan antara 5 buah filemnya yang aku tonton). Kontradik dengan 3 Iron dimana aku rasa 98% adegannya tiada dialog.

Sebagai seorang pengarah yang menempah reputasi antara yang terbaik di dunia (mungkin, dan tak hairan kalau 30 tahun lagi namanya disebut sebagaimana peminat filem sebut nama Godard atau Truffaut, agaknya la), Time aku anggap filemnya yang dibikin separa pop (juga berbandingan hanya dalam lingkungan 5 filem yang aku tonton).
Time adalah sebuah filem tentang obsesi. Temanya menyentuh isu obsesi orang Korea untuk mencantikkan muka dengan pembedahan. Dalam satu reviu, dikhabarkan 50% wajah wanita Korea dalam lingkungan umur 20-an pernah ditoreh oleh doktor untuk kelihatan cantik. Statistik yang cukup menakutkan. Bagaimana pula senario di Malaysia?
Obsesi kedua adalah seorang perempuan bernama See-Hee yang terlalu sayangkan pakwenya, Ji-Woo. Sebagai seorang wanita normal, dia mempunyai tabiat cemburu dan tak senang duduk kalau ada awek cun (dan tak cun) yang lalu lalang di depan Ji-woo. sifat cemburu See-Hee kadang kala menyusahkan bila tak pasal-pasal pelayan kedai kopi pun kena maki dengannya kerana senyum pada Ji-woo.
Read the rest of this entry »
Video ucapan Anwar Ibrahim di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru pada 14 April kira-kira 930 malam.
Aku off ruang komen. Cukup-cukuplah kalian maki Pak Lah. Ya, aku tak demokrasi.
Video diambil dari jarak yang jauh dan bergoncang.
Bahagian 1
::
Selanjutnya:
Read the rest of this entry »
Posted by: nazri in karya
Opera Angkasa mencatatkan sejarah peribadi apabila masuk dalam senarai top ten jualan tertinggi fiksyen dewasa PTS untuk Pesta Buku Antarabangsa 2008.
Berikut adalah senarai penuh;
1. Salju Sakinah
2. Tunnels - Terowong
3. Warkah Cinta Berbau Syurga
4. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
5. Laskar Pelangi

6. Syahadat Cinta
7. Sang Pemimpi
8. Edensor
9. OPERA ANGKASA
10.Tariq: Menang ataupun Syahid
Nota: Opera Angkasa juga berada nombor 2 di belakang Salahudin: Penakluk Jerusalem untuk kategori imprint Fortuna. (Baca: Mengalahkan Takluk Jagat si Zaki Zainol, weh Kangaq, round 1 gua menang, kita tunggu round 2, so kau kena tulis sambungan yang 800X lebih best dari Takluk Jagat 1, Muahahaha!).
Tahniah kepada Arman, Faridah Hanum dan kawan-kawannya.
Ini entri mengenai Pesta Buku.
Mundar mandir di sekitar booth, aku perasan satu benda. Kepala aku bermentol, menyala terang.
Kalian mahu tulis buku hit?
Guna formula ini;
Pilih salah satu perkataan berikut;
1. Surau
2. Sujud
3. Takbir
4. Jamak
5. Ihram
6. Ustazah
7. Tajwid
8. Istikarah
9. Wudhu’
10. Akad
11. Sejadah
12. Moreh
13. Khutbah
14. Mukjizat
15. Dhuha
16. Serban
17. Tudung Labuh
18. Aurat
19. Akhlak
20. Taubat
21. Mikrofon Surau
22. Tok Siak
23. Tok Kadi
24. Selipar Kena Curi Selepas Solat Jumaat
Tambahkan dibelakangnya dengan perkataan “CINTA”
voila!
anda sudah mendapat tajuk “masterpiece”
ayuh, gabungkan seperti contoh dibawah;
1. Surau-Surau CINTA
2. Sujud-Sujud CINTA
3. Takbir-Takbir CINTA
4. Jamak CINTA
5. Ustazah-Ustazah CINTA
6. Tajwid-Tajwid CINTA
dan sebagainya…
KEDUA,Tukar nama anda, seperti mana aku bakal menggunakan nama berikut:
Nazrirulrazi An Muhamedannuary.
Fenomena! Fenomena!
Hoh!
Pengumuman;

Sesi beramah mesra dan tandatangan autograf bersama Nazri M Annuar serta rakan-rakan penulis Sai Fai PTS (Zaki Zainol, Kusyi Hirdan, Firdaus Arif) akan berlangsung di booth PTS sempena Pesta Buku Antarabangsa.
Berikut adalah info acara;
Tarikh: 5 April 2008
Masa: 11 hingga 1 petang
Tempat: Booth PTS, TR2, PWTC
Datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana. Aight!
Posted by: nazri in bodoh
Enter your password to view comments
Ini adalah drama pendek sempena promosi novel Dunia Ini Sederhana Kecil karya Bahruddi Bekri. Lebih menarik kerana aku terlibat sebagai jurukamera ke-2 serta proses input idea (sedikit saja).
Agak kontradik dengan video Opera Angkasa, drama pendek Dunia Ini Sederhana Kecil satu titik tolak PTS dot TV untuk menghasil sebuah filem blokbuster tahap karma. Masa tu aku percaya Rashid Sibir pun tangkap respek.
Tapi masih banyak perlu belajar lagi.
Selamat menonton.
Belilah novel ini ya.
Info lanjut: PTS ONE