May 29th, 2008 nazri
Ini adalah filem pendek pertama yang berjaya aku siapkan. Produksi ini memakan masa 4 jam penggambaran dan 2 hari editing menggunakan software budak sekolah (Adobe Premiere Elements). Lepas upload ke youtube baru nampak beberapa masalah teknikal yang kronik.
Selamat menonton
Terima kasih kepada Saharil yang sudi membenarkan karyanya dibikin filim. Ini cerita asalnya yang aku ubahsuai.
Terima kasih kepada Naga yang meminjamkan kamera dan tripod.
Terima kasih kepada OneOne Coco Talent Agency sebab pinjamkan minah gedik ni.
Terima kasih kepada Nina kerana pinjamkan katak.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Lepas ni ada lagi...
Posted in jurnal | 24 Comments »
May 26th, 2008 nazri

Kadang-kadang aku melawat adik aku di rumahnya. Selalunya aku datang untuk bermain dengan dua orang anak perempuannya, Faqeeza (4 tahun) dan Damia (2 tahun). Dua-dua ekor anak buah aku ini merupakan kanak-kanak yang paling comel di muka bumi ketika entri ini ditulis. Selain Elyana, tapi dia orang besar, bukan kanak-kanak. Pernah jadi kanak-kanak suatu ketika dulu, mungkin.
Bacaan selanjutnya:
Read the rest of this entry »
Posted in jurnal | 8 Comments »
May 24th, 2008 nazri
Selepas pengalaman pertama masuk TV, ditemuramah wartawan akhbar, membuat persembahan depan A. Samad Said, satu lagi pengalaman yang cukup berharga buat aku ialah berpeluang masuk konti radio dan ditemuramah oleh DJ.
Menerusi rancangan GENX kelolaan DJ Nazi, aku bersama Firdaus Ariff datang sempena promosi novel Sai-Fai kami. Pusing-pusing dalam Wisma Radio mencari di manakah konti KLFM membuatkan secara tidak sedar kami sudah menjelajah hampir keseluruhan kawasan konti melibatkan radio-radio lain.

Sampai di konti KLFM ketika rancangan akan bermula 5 minit lagi. DJ Nazi mempersilakan kami masuk dan terus duduk di depan mic. Rasa teruja kerana masuk radio memadam rasa debaran. Aku tengok Firdaus Arif pun macam selamba saja.
Tambah bermakna bila lagu pertama yang dipasang untuk memulakan rancangan tersebut adalah lagu Kanta Cinta nyanyian penyanyi serba comel se-Malaya, Cik Elyana.
Rancangan selama satu jam itu berjalan dengan lancar. Rasa macam tak cukup pula. Kalau boleh aku nak bercakap depan mic sampai pukul 8 malam. Tapi aku diamkan saja. Soalan diberikan secara spontan dan aku cuba menjawab sebaik yang mungkin. Berpeluang melayan panggilan pendengar, di mana ada seorang brader ini mengatakan loghat bahasa pasar karakter Niki dalam Opera Angkasa semacam gaya cakap orang Sabah.
Berada di dalam konti juga seolah memberi satu kepuasan dan melengkapkan perca kecil hiudp aku yang suatu ketika dahulu berangan-angan mahu jadi DJ Radio. Mungkin harapan menjadi DJ radio itu boleh dilupakan sahaja tapi berada dalam rancangan radio sudah cukup puas.

Secara peribadi, Opera Angkasa dan beberapa karya indie yang aku usahakan sejak dua menjak ini membawa aku ke banyak lokasi yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Muka masuk Selamat Pagi Malaysia, buku di-previu dalam akhbar, muka masuk Sinar Harian dan dinobatkan sebagai antara penulis generasi baru (setara dengan Sinaganaga, Tok Rimau, Sufian Abas dan lain-lain).
Terima kasih yang mendengar rancangan petang itu.
Terima kasih kepada semua yang terlibat membawa aku sehingga tinggi ini.
---------------------
Laporan Firdaus Arif
*Gambar dicuri dari blog Firdaus Arif.
--------------------
Kangaq YM aku setelah melihat gambar dalam blog Firdaus.
Kangaq: Baju merah tu sapa?
Aku: Baju merah tu Firdaus la, bukan ko dah kenal dia ke?
Kangaq: Bukan gambar Firdaus tu, gambar satu lagi, awek pakai baju merah tu,
Aku: 00000!
Posted in jurnal | 5 Comments »