cerita tentang dunia, yang cuma ada saya…dan kamu.

TANPA TAJUK, UKRAINE MENJADI TIDAK MERDEKA

May 20th, 2008 nazri

Si suami bekerja sebagai pengarah besar untuk sebuah firma konsultan kewangan terkemuka di ibu negara;

Si isteri pula adalah pengurus besar untuk sebuah institusi kewangan yang terkuat di ibu kota;

Mereka sudah berkahwin selama beberapa tahun;

Malam Jumaat lepas, seperti kebanyakan malam-malam yang lain, kedua-duanya ada keinginan.

Lantas salah seorang, sama ada si isteri atau si suami, akan memujuk rayu dengan soalan berikut;

"Yang, jom merge"

Fin

MENCI UNTUK MENCHENTA

May 18th, 2008 nazri

Naif adalah ngeband Indo yang aku minat. Musik ala retro cukup asik.

Lagu di bawah adalah antara feveret aku. Mungkin dengan situasi sekarang, lagu ini amat sesuai menceritakan apa yang sedang aku rasa. Tajuknya Benci Untuk Mencinta;

Dipetik dari albumĀ  Retropolis yakni BUKAN album terkini mereka.

MUKA BUKU

May 14th, 2008 nazri

Okey, aku sudah ada facebook (ini kali kedua sebenarnya).

Facebook kali ini strictly untuk tujuan profesional. Untuk networking aku sebagai penulis. Jadi jangan add aku kalau sekadar mahu dilihat kalian punya ramai teman. Juga bukan tempat untuk menggatal. Melainkan kalian sudah sedia kenal aku di alam nyata. Awek seksi yang bodoh juga jangan add aku. Aku tak suka kebodohan kamu mencemar facebook aku.

Klik sini (rasanya).

Add le aku, akan kucurahkan separuh kasih sayang yang tiada bandingnya.

Juga, ajak le aku main scrabbles.