ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for June, 2008

Syarikat Resensi Sdn Bhd beberapa bulan yang lepas telah mengalami kejatuhan yang amat teruk akibat pengkhianatan yang dilakukan oleh salah seorang board of directornya. Syarikat Resensi nyaris-nyaris jatuh bankrupt tetapi pihak pengurusan berjaya juga sekurang-kurangnya menstabilkannya. Lantas pihak pengurusan Resensi Sdn Bhd mengambil langkah berhati-hati dengan sebarang tawaran kerjasama dengan sebarang syarikat lain pada masa-masa yang akan datang. Pengkhianatan yang terjadi bukan kali pertama dan Resensi Sdn Bhd sudah agak serik dengan kejadian-kejadian yang asyik berulang ini.

Namun kemudian muncul Syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd. Pada awalnya tiada sebarang tanda untuk Resensi Sdn Bhd berurusan dengan Ahli Sihir Sdn Bhd. Tetapi prospeknya ada, itu tidak dinafikan oleh Resensi Sdn Bhd.

Satu perbincangan awal mula diadakan. Pihak syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd menghubungi pihak Resensi Sdn Bhd. Dari situ beberapa komunikasi terhasil dan nampak seperti pihak Ahli Sihir Sdn Bhd berminat untuk membuat kerjasama. Namun disebabkan sejarah kerjasama yang kurang berjaya pada masa-masa lampau, pihak Resensi Sdn Bhd cuba untuk tidak membuat sebarang keputusan drastik terhadap proposal yang diberikan oleh Syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd. Malah hingga satu tahap, pihak pengurusan Syarikat Resensi seperti mahu sahaja menamatkan komunikasi dengan pihak Ahli Sihir Sdn Bhd kerana bimbang sebarang kerosakan yang mungkin berlaku di kemudian hari.

Tetapi proposal yang diberikan oleh syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd tampak menyakinkan. Lagipun proposal tersebut tidaklah menjanjikan sebarang kerjasama berbentuk urusan berbillion dollar, cuma sekadar perancangan peringkat R&D. Dari R&D itu, mereka akan lihat ke mana jalan yang bakal membawa kedua-dua syarikat tersebut. Syarikat Resensi Sdn Bhd akhirnya bersetuju.

Segalanya nampak menarik dengan kedua-dua syarikat memberi kerjasama atas dasar yang sudah dipersetujui.

Tetapi nampaknya Syarikat Ahli Sihir sejak akhir-akhir ini kurang memberi kerjasama terhadap projek yang dijalankan. Ini menggusarkan pihak Resensi Sdn Bhd kerana pelaburan yang telah dikeluarkan. Walaupun masih diperingkat pertama, pelaburan itu sebenarnya sudah dirangka untuk jangka masa yang lebih panjang.

Syarikat Resensi masih kurang pasti pokok pangkal situasi yang berlaku ini. Mungkin terdapat kecacatan pada struktur syarikat Resensi, atau mungkin syarikat Ahli Sihir mula mendapat 'second-thought' atau ada syarikat yang lebih besar lain yang sebenarnya sudah mula merangka perancangan untuk merger dengan Ahli Sihir Sdn Bhd.

Comitte penasihat Resensi Sdn Bhd sudah berkali-kali memberi nasihat agar projek ini dihentikan sahaja sebelum lebih banyak kerugian pada pihak Resensi Sdn Bhd. Pihak atasan Resensi Sdn Bhd juga sudah mula berkira-kira untuk menamatkan kerjasama projek dengan pihak Ahli Sihir Sdn Bhd. Walaupun Ahli Sihir Sdn Bhd menerangkan masih tiada masalah dengan projek ini, tetapi masa tetap berjalan dan projek ini semakin berkembang. Kebimbangan terhadap Ahli Sihir Sdn Bhd menarik diri dikemudian hari harus diambil kira sebagai faktor yang nyata.

Pihak Resensi Sdn Bhd masih menunggu penjelasan...

Tamat

Tarikh: 5 Julai 2008

Masa: 830 Malam

Hari: Sabtu

Masuk: Percuma

Apa ada: Orang

maskara9dd8.jpg

Info lanjut sila hubungi gua atau mana-mana Sol-jah. Jangan malu nak datang, kita boleh berkenalan. Saya single lagi. Pipiyapong juga. Mat Jan sudah berpunya, begitu juga Amir Mukhriz, Samurai, Sinaganaga, Tok Rimau, OP, Spyz dan Jigo. Tapi Mat Jan cakap kalau sekadar nak berkawan boleh saja. Ini nombor telefon dia: 016-6611

Jangan lupa untuk add facebook Soljah.

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Dapat sms dari Opie, ajak lepak Rasa Sayang.

Disebabkan aku kurang belaian kasih sayang dan belaian manja seorang yang tiada alat pancutan di tubuhnya, aku pun setuju.

Bawa laptop dan menyudahkan sedikit kerja.

Malam ini sepatutnya (rasanya) ada game Jerman lawan Austria. Nak juga tengok Philip Lam berkejar-kejaran. Lepak punya lepak akhirnya segmen pra-game bermula dengan Shebby dan mamat ESPN yang dah lupa namanya tu kencing antara satu sama lain.

Aku ingat game Jerman lawan Austria.

Alih-alih tunjuk game Czech lawan Turki.

Aku ingat highlight saja.

Tapi siap tunjuk adegan menyanyi lagu kebangsaan, ni apa benda pulak ni?

Bukan game Czech lawan Turki semalam ke?

Ke sebenarnya senyap-senyap ada orang install mesin masa kat Kancil aku dan aku berpatah balik pada hari semalam?

Atau isteriku adalah time traveller's wife? link: http://www.imdb.com/title/tt0452694/

Game Jerman lawan Austria pukul berapa sebenarnya ni?

[UPDATE] 

Bangkai! Macam mana boleh kalah dengan Turki?

Dah leading 2-0 pulak tu?

Anak panda atas kerusi (ni ayat mencarut).

Aku rindukan era Nedved-Poborski.

Ni semua salah Arsenal, sapa suruh beli Rosicky? Bla la lu Pipiyapong. Dah la main bola facebook pun guna taktik kotor. (alasan orang kalah, hakhak)

Report Soccernet

[original posting] 

Aku belum ada entri mengenai bola.

Khasnya sempena Euro 2008.

Jadi untuk memuaskan nafsu diri sendiri, aku muatkan entri mengenai bola.

Khasnya mengenai Euro 2008.

Aku menyokong penuh Argentina untuk menjuarai Euro 2008.

Dan memandangkan mustahil untuk Argentina menjuarai Euro 2008 atau sebarang Euro melainkan ada dukun hikmat yang memindahkan keseluruhan tanah Argentina menghempap negeri Inggurlanddd, aku memanjat doa agar Czech menang.

Hadiah untuk hero aku, Pavel Nedved, walaupun dia tak bermain sebab dah tua.

Sementara itu, tatapi gambar dua gadis hot yang cuba untuk add facebook aku, tapi aku buat tak layan.

ana_ivanovic_2008.jpg

502px-daniela_hantuchova_in_us_open_2004.jpg

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.