ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for June, 2008

Okey, entri ini bersifat seksis.

Dan aku tahu ramai kaun hawa yang tidak memandang saiz alat pancutan kaum Adam sebagai faktor ideal dalam perhubungan mereka. Jadi janganlah buat rusuhan di blog aku, aku tak kata semua.

Tapi ada juga sesetengah wanita Melayu alaf baru yang bersorak kata lelaki Melayu, alat pancutannya pendek dan bwekkk! Tak best macam alat pancutan bangsa lain.

Entah, aku tak pernah dapat baca data statistik saiz alat pancutan lelaki Melayu.

Tapi hey,

Perempuan Melayu pun majoritinya saiz bebola lembut mereka tidaklah besar mana (kalau besar pun datang dengan pakej lemak-lemak dibahagian lain) dan rupa bentuk bebola lembut itu tidaklah selawa kaum lain. Makna kata perumpamaan ibarat agar-agar terhidang di atas talam tu tak dapat dikaitkan dengan rata-rata perempuan Melayu.

Jadi,

Fairlah tu, si lelakinya alat pancutan yang pendek dan si perempuannya bebola lembut yang kecil.

Lagi mau komplen?

Tak sedar diri.

Kehkeh...

Ahad ni aku akan adakan sesi taklimat menulis novel chick-lit untuk PTS ONE SDN BHD. Sesiapa yang berminat bolehlah datang. Amat dialu-alukan. Tak kisahlah pernah menulis atau tak tahu menulis, asalkan minat.

Aku copy/paste dari blog Pn. Ainon;

PTS akan terus meneroka Laut Biru buku Melayu, kali ini dengan memperkenalkan novel-novel pop yang syariah-compliant. Ini adalah sektor novel yang masih belum diterokai.

Selepas berjaya meneroka sektor novel awal remaja, PTS ONE akan membuka dan menekuni sektor chicklit pula. Sektor chicklit ini penting supaya peminat-peminat PTS One terus mendapat bekalan novel-novel yang bagus cerita dan mesejnya.

Puluhan ribu kanak-kanak perempuan yang mula membaca novel awal-remaja PTS ONE semasa berusia 10 tahun pada 2000, hari ini mereka sudah berusia 18 tahun. Mereka sudah masuk dunia awal-dewasa.

Mereka sekarang mahukan novel-novel yang menerangkan dunia alam pekerjaan kerana mereka sudah mula mengikuti kursus-kursus aliran profesional di kolej dan universiti. Justeru mereka mahu tahu bagaimanakah senario di tempat kerja dalam bidang-bidang yang mereka akan ceburi nanti.

Novel-novel chicklit menggambarkan kehidupan dunia perempuan moden, dalam dunia moden, yang penuh dengan warna-warni kehidupan moden dan persoalan serba moden.

info lanjut di Universiti PTS (termasuk waktu dan peta ke tempat taklimat).

Adik aku dan bakal adik ipar aku bergotong royong angkat barang ke rumah baru.

Masuk ke dalam rumah sudah nampak dapur dan di sebelah kiri adalah bilik air yang tembus terus ke bilik aku.

Sedang aku mengemas bilik, terdengar adik aku bersuara di depan pintu bilik air dengan nada yang selamba dan girang tanpa sebarang niat atau prejudis;

"Wah, design dapur dengan bilik air ni macam dalam filem-filem hantu Korea"

Pada mulanya aku dah tersengih, membayangkan filem-filem romantik komedi Korea macam My Sassy Girl dan sebagainya. Peh,aku tak sedar rumah aku se-cool itu.

Tapi yang fail bila terdengar perkataan "Filem-filem HANTU Korea"

"Macam cerita The Ring...bla bla (sebut beberapa tajuk filem seram yang sebenarnya bukan datang dari Korea, tapi dari Jepun)," tambah adik aku. Gambaran-gambaran ikonik hantu-hantu tersebut menjelma dalam kepala otak aku.

Okey, malam tu aku tidur seorang diri kerana housemate aku belum pindah lagi.

Kadang-kala aku terfikir kenapa adik aku belajar Sains-Politik?

nana-samad2.jpg

Adik aku di booth Wira Bukit semasa KLIBF '08 bersama Pak Samad.

nana-samad.jpg

Novel pertama aku, Aliya Elyana pernah bergerak sehingga Sydney, Australia, terima kasih kepada Ise yang membaca buku itu di lapangan terbang semasa program residensinya dulu.

Itu yang aku tahulah. Kalau ada orang dari Afrika Selatan yang pernah memesannya, aku tak tahu.

Opera Angkasa juga sudah mula menapak jauh.

Dia sudah berada di Singapura.

Tengok sini

Aku menjangkakan akhir tahun ini dia akan bergerak ke Perancis, semasa aku dinner-date dengan Audrey Tautou.

Aku ingat nak post senaskah kepada Pablo Aimar supaya aku boleh cakap novel aku sudah sampai Buenos Aires.

*info ni sebenarnya diberi oleh Kangaq. Aku rasa dia google buku dia dulu.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.