July 30th, 2008 nazri
Budin budaknya baik. Tak suka bermusuh.
Budin budaknya lurus, bukan kerana terencat akal, tapi dek sekolah tak tinggi. Perbendaharaan kata Bahasa Inggeris memang kurang. Budak darjah satu yang baru tahu apa makna Chicken pun rasanya konfiden bila bercakap BI dengan Budin.
Perasan tak iklan New Straits Times di mana pelancong asing bertanya arah dan budak-budak sekolah jadi gabra tak tahu nak menjawabnya? Ha, Budin boleh berlakon menjadi diri sendiri.
Budak-budak pakat nak gaduh. Katanya rumah sana pukul budak rumah sini. Mencuri dema kata. Budak Palapes dah turun. Budak-budak skin pun dah ramai. Rempit-rempit pun dah pakat bersemangat. Setakat nak menggulingkan jajahan kampung barang sehari dua tu dah boleh sangat. Tinggal tak ada bendera saja nak pacakkan.
Budin budak baik tak mahu gaduh. Semua orang suka padanya. Dan dia tak mahu orang lain bergaduh. Dia tak peduli kalau dirinya dipukul sebab tak mahu gaduh.
Dia ambil kanvas besar buat tutup motor vespa kawan. Diambil spray lalu diconteng satu ayat tanda protes.
Kanvas tu direntangkan depan rumah.
Tak lama kemudian budak-budak tak jadi gaduh. Palapes balik tempat dia. Budak skinhead entah ke mana.
Tak pasti sebab apa.
Mungkin mereka nak balik menangis tersedu-sedu dalam kehibaan dalam bilik masing-masing bila melihatkan kain kanvas Budin yang tertulis "MAKE WAR NOT LOVE".
Budin dah arwah.
Posted in jurnal | 4 Comments »
July 29th, 2008 nazri
karya dibawah enak dibaca dengan musik klasik Ride Of The Valkyries ciptaan Wagner (ada di bawah)
-----------------------------------------------------:::
Maka terbeliaklah mata pelancong dari Russia, pengsanlah lelaki Bangladesh tukang sapu sampah, lari mencicit pasangan muda yang sedang bercengkerama, seorang eksekutif muda tertelan telefon bimbitnya dan Mak Datin ketawa terbahak-bahak sehingga tertanggal gigi palsunya.
Semua gara-gara melihat kucing-kucing terbang di sekitar KLCC.
Ada berwarna kelabu, ada berbulu oren, ada juga campuran warna hitam di bahagian atas, putih di bahagian bawah. ada jantan, ada betina, ada jantan yang baru sedar dirinya betina dalam bulu-bulu jantan dan ada jantan yang baru sedar dirinya suka jantan.
"Apa tu?" tanya seorang budak lelaki yang baru selesai membeli kasut sukan hanya kerana suka heronya yang bermain dalam kelab bolasepak terkemuka Eropah (baca: England) walhal dirinya tidak berminat bermain bolasepak sungguhpun begitu emosi bila ada orang mengata kelab kegemarannya.
"Itu kucing," jawab ibunya separa sedar, masih bingung adakah ini kesan sampingan pil kurus yang ditelannya sejak tahun 1997.
"Kucing mana boleh terbang!" jerit seorang nyonya yang sedang memegang botol bir cap harimau.
"Syaitan! Syaitan!" tingkah seorang pakcik yang usianya sama dengan kemerdekaan Malaysia lantas terjun ke dalam kolam KLCC dengan harapan air pancut itu dapat mencuci dosanya.
"Ini semua kerja Amerika. Amerika sedang menyerang kita, Allahuakbar!" laung pemudi bertudung hijau yang sedang membaca majalah hiburan mukasurat rencana tentang pelakon wanita di mana filemnya sedang hangat ditayangkan dipawangam ditangkap pencegah maksiat dengan bekas pelajar rancangan realiti tv yang terkeluar pada minggu ke-2.
"Do not stereotyping Americans!" pintas seorang lelaki kulit putih.
"Ini semua salah awak!" lelaki bersongkok biru menjerit.
"Salah awak!" perempuan berjubah hijau membalas.
"Bukan salah kami!" lelaki India tukang baik jalan menyampuk.
"Aku ingin menjadi kucing, terbang bebas mencapai langit, girang bergomol dengan awan..." seorang penyair mendepakan tangan, menutup mata dan bersajak sebelum dia dilanggar oleh sebuah teksi NGV dimana pemandunya sedang asyik membetulkan meternya.
Kucing-kucing itu terus terbang bermain disekitar KLCC sebelum beredar menghilangkan diri di celah-celah awan.
Peristiwa itu mendapat liputan akhbar, masuk ke dalam buletin televisyen, parlimen membahaskannya, cerdik pandai berforum, penyanyi membuat lagu, penulis menghasilkan memoir dan apa-apa sajalah.
Tapi sehingga seruling penamat ditiupkan pun, tiada manusia yang tahu dari mana, ke mana dan untuk siapa kucing-kucing itu terbang,
Lagipun, seminggu kemudian, satu Malaysia sudah lupa ada kucing yang pernah terbang di sekitar KLCC.
Fin
The Ride of the Valkyries
Posted in jurnal | 4 Comments »
July 28th, 2008 nazri
Downfall adalah antara sebuah filem bagus sepanjang zaman. Pertama kali aku tonton semasa program Kakikino di studio Finas. Program tersebut tamat kerana ada si bijak pandai yang mengadu filem-filem di dalamnya "tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia".
Antara sebab kenapa Downfall bagus kerana potrasi (potrayal? ahahahaha) Hitler tak macam filem lain. Kalau filem lain berlumba-lumba nak menunjukkan Hitler ini syaitan dari neraka, Downfall menunjukkan sisi manusia Hitler. Kenapa dia mahu menguasai dunia dan bagaimana Hitler melayan orang yang dia sayang seperti manusia lain melayan orang yang dia sayang.
Salah satu adegan yang 'berkuasa' (powerful, hahaha!) ialah semasa Hitler memaki anak buahnya kerana tidak mengikut arahan beliau. Tanpa disedari, adegan tersebut telah dijadikan parodi di internet.
Parodi pertama yang aku tonton melibatkan Hitler marah anak buahnya beli motorsikal.
Kemudian datang 3 parodi untuk adegan yang sama melibatkan 3 kelab EPL.
Read the rest of this entry »
Posted in jurnal | 4 Comments »