ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for July, 2008

Seri Seri
Sarah bau wangi
Jumpa sini sini
Sarah Seri wangi

Sarah Suka Suka
Ada harga diri
Wangi Seri Seri
Sarah suka Seri

Seri Seri
Sarah mahu cari
Seri sudah lari
Hilang tawa diri

Sarah dapat Duka
Kini dia luka
Ingat apa-apa
Seri suka apa?

Sarah Suka-Suka
Sarah Duka-Duka
Seri pergi mana?
Sarah sudah hampa

Seri Seri
Sarah cuba lari
Hidup atau mati
Ikut kata hati

Sarah Suka-Suka
Jiwa jadi alpa
Jari bilang hari
Sudah tiada ganti

Sarah Duka-Duka
Sarah tidak suka
Sarah buat apa
Sarah seru nama

Seri Seri
Sarah bau wangi
Sana jumpa lagi
Sarah nanti-nanti

SELASA

Hari ini aku terserempak dengan G. Aku tak tahu nak kata apa. G cuma senyum. Tapi aku perasan Y yang berdiri di sebelah G turut memandangku. Aku kira Y cemburu. Mungkin insiden semasa di kedai makan T hari itu membuatkan dia masih berdendam denganku. BIarlah.

Senyuman G mengingatkan aku pada senyuman E. Saling tak tumpah. Aku kira aku harus bersetuju dengan Q. Dulu aku marah Q, kataku, mana sama. Tapi hakikatnya, seolah-olah G adalah jelmaan semula E.

RABU

Aku rungsing. Aku baru dapat panggilan dari D. Kata D dia nampak G berjalan dengan A di V. Aku tahu aku tak seharusnya memikirkan yang bukan-bukan. Tapi bukankah A sudah ada J. Tambah pula dia memasang skandal dengan L. Berapa ramai lelaki yang dia mahukan?

Dalam masa yang sama aku mendapat sms dari B. B masih menangih cintaku. Haruskah aku berterus terang sahaja kepada B bahawa aku sudah tiada hati untuknya? Sekurang-kurangnya selepas tragedi P itu. Lagipun aku rasa Z lebih sesuai dengan B. Mereka ibarat pinang di belah dua.

BACA LAGI:

Read the rest of this entry »

Kalau kira entri ini meresahkan sesetengah kelompok, saya panjatkan maaf.

Kita perhatikan betul-betul, dunia musik kita (Malaysia) sudah kalah teruk dengan musik Indonesia.

Tidak, saya tidak mahu bercerita tentang dunia musik.

Apa yang hendak saya ceritakan masih dunia buku, yang akan ikut jejak seperti dunia musik Malaysia.

Ramai saya kira bersetuju kalau dikatakan karya Ayat-Ayat Cinta kini bersifat 'fenomena', bukan sahaja di negara kelahirannya malah di negara tempat saya berak ini. Mulut birbicara, blog dipapar, gadis-gadis terkinja-kinja dan sana-sini menceritakan soal insaf, soal membangunkan rohani.

Di mana-mana sahaja, ibu jari diangkat tanda bahawa inilah dewa segala karya.

Usai aku ulit, nah, aku akui Ayat-Ayat Cinta memang berdiri dalam kelasnya yang tersendiri.

Tapi kemudian aku terfikir, tanpa rasa mahu membuat polemik, tentang perbandingan Ayat-Ayat Cinta dengan karya saudara Zaid Akhtar seperti Rona Bhosporus atau Salju Sakinah.

Tentang kenapa tidak ramai peminat buku Malaysia memanjat puji-puji menggunung karya Zaid Akhtar seperti mana mereka lakukan terhadap Ayat-Ayat Cinta. Pada hemat diri, Zaid Akhtar tak kurang handalnya. Aku kadang-kala sedikit keliru, adakah Malaysia tidak mempunyai karya-karya yang bagus? Dari apa yang aku nampak, ada beberapa karya Malaysia yang sebenarnya kalau tak menyamai kehandalan Ayat-Ayat Cinta, mungkin lebih baik. Tapi kenapa tidak diangkat? Malu mungkin?

Lantas, kesimpulan yang mungkin datang dari sifat prejudis ialah orang Malaysia memang tidak suka hendak memuji-muji barang keluaran tempatan. Ramai lebih suka memuji karya Indonesia (musik, filem, buku dan sebagainya) dalam pada aku tak menafikan hasil seni Indonesia memang bagus-bagus.

Lantas, bukan puji-puji ke atas karya Indonesia yang mengecewakan aku. Barang bagus sudah layak mendapat pujian.

Yang aku kecewakan sangat orang Malaysia tidak mempunyai satu sifat yang dimiliki oleh orang Indonesia. Yakni bangga dengan khazanah negara mereka.

Orang Indonesia amat bangga dengan hasil kerja anak tempatan mereka. Mereka sombong depan orang lain dengan mengatakan hasil kerja anak tempatan mereka bagus. Sebenarnya ini adalah salah satu sebab kenapa begitu banyak karya yang bagus-bagus dihasilkan dan diangkat sehingga ke negara seberang. Tambah-tambah pula orang-orang negara seberang itu malu dengan diri sendiri, lagilah senang kerja mereka.

Tapi orang Malaysia tak begitu. Orang Malaysia tidak pernah mahu sombong dengan mengatakan "kami ada Zaid Akhtar yang juga sehebat Ayat-Ayat Cinta,". Orang Malaysia tidak pernah mahu mendabik dada depan orang Indonesia mengatakan "kami juga handal!".

Hasilnya, kita akan jadi sepertimana dunia musik, walau sebagus mana karya musik orang Malaysia, banjiran hasil seni Indonesia juga yang diangkat, kerana apa? Kerana lumrah orang kita, malu dengan barang yang labelnya "buatan Malaysia".

Apa pun, ini bukan entri untuk membangkit perang. Cuma mahu berkongsi rasa, cuma melahirkan harap.  Dalam sopan bangsa kita bila merendah diri, tapi hendaknya tahu juga nak berbangga dengan apa yang kita ada bila berdepan dengan orang Indonesia.

Nota: Ikut selera peribadi, aku jauh lebih menyukai karya Zaid Akhtar berbanding Faisal Tehranii. ini catatan tentang selera peribadi, fanatik FT tak perlu hantar hate-mail. Kecuali kalau ingin berkenalan dan mengajak makan malam.

Emma, cinta saya belum hilang walaupun awan gelap sudah datang menutup matahari dan puncak KLCC.

Ada sebuah negeri, di mana pasukan risiknya begitu hebat,

Mereka mengenalpasti marabahaya yang datang dengan membaca blog, lantas mengerah segala tenaga pasukan keselamatan yang ada untuk menangkis marabahaya yang dikatakan datang itu dari...blog.

Drama semakin kompleks dan semakin dungu.

******

Debat

Aku suka

Harap lebih ramai ahli sarkis tokoh politik yang berani naik ke pentas.

Aku suka walaupun sebenarnya debat itu tidaklah memberi faedah banyak pun kerana;

A- Penyokong BN/pembenci Anwar takkan kata Anwar betul walaupun hujah itu hujah dewa segala konkrit,

dan

B- Penyokong Anwar/Pembenci BN takkan kata BN betul walaupun hujah itu hujah dewa segala konkrit.

Orang yang fanatik menyokong pun sarkis, orang yang fanatik membenci pun sarkis juga. Tak kisah dari mana arah pun.

I love you Emma

Mukasurat Pertama;

NAMA: Nazri B. Mohd Annuar

NAMA PANGGILAN: Boy

TARIKH LAHIR: Rahsia

HOBI: Mendengar radio

CITA-CITA: Guru

MAKANAN KEGEMARAN: Yang Halal

MINUMAN KEGEMARAN: Yang Halal

ORANG YANG DISUKAI: Tasha, Lili, Jamiah

ORANG YANG DIBENCI: Syaitan

KENANGAN MANIS: Pergi Sunway Lagoon

KENANGAN PAHIT: Dilanggar motor

LELAKI PEREMPUAN IDAMAN: Yang Caring

MOTTO: Bukan susah nak senang, bukan senang nak susah. Bukan Susah nak susah, bukan senang nak senang.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.