Archive for August, 2008
AMARAN: DIALOG DIBAWAH TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TINGGI. INGAT, TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TINGGI. DIULANGI, TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU TINGGI. JIKA TIDAK FAHAM, SILA BACA AYAT PERTAMA.
Starbucks, Pavillion, Bukit Bintang.Gadis A, singlet biru nampak 78.93% buah dada. Gadis B, tak pasti jenis pakaian tapi dengan kelurahan 69.95%.
GADIS A
Beb, i rasa, you know, like, macam, mahu buat statutory declaration yang Azman dah curang dengan i.
GADIS B
Ewww, you jangan buat i malu. You pergi angkat sumpah dalam masjid. It is the IN thing sekarang you know. Statutory Declaration sudah passe. Evryone, like, you know, buat sumpah dalam masjid sekarang. Ewww, jangan buat i malu, you mesti ap tu date girl.
######
Kerjaya sebagai lelaki bujang, antara tugas mencabar ialah ketika makan malam.
Hari ini nak ajak siapa untuk makan malam?
KAWAN A (Menetap di Kuala Lumpur)
Aiseh, dia ke Indonesia.
KAWAN B (Menetap di Kuala Lumpur)
Alooo, jom makan...aaa? Kat Permatang Pauh?
KAWAN B (Menetap di Kuala Lumpur)
Helo, jom makan...huh? Kepala hotak kau nak suruh aku ambil kau kat Permatang Pauh.
KAWAN C (Menetap di Kuala Lumpur)
(sms) Aku kat Permatang Pauh
KAWAN D (Menetap di Kuala Lumpur)
Aku teka...kau kat Permatang Pauh kan?.....ya...memang aku ada kuasa psikik.
Malam itu aku melantak mi goreng tak mau taugeh seorang diri.
########
Sayembara Romlah sudah nak ke upacara tarikh tutup. Ada yang belum hantar cerpen mereka. Cakap saja tak guna. Aku sudah siap. Berikut sedikit 'sneek peek' cerpen aku:
Romlah mengangkat M16-nya. Dia menembak bertubi-tubi ke arah robot yang menyerupai polis itu. Robot itu sedikit berganjak akibat momentum tembakan.
"John Connor! Ayuhhh!" jerit Romlah.
(Je Jeng je je jeng...Je jeng Je je Jeng...)
Untuk acara kenangan masa kecil kali ini aku nak membawa pembaca sekalian kepada pengalaman tengok wayang kali pertama. Aku percaya hampir pasti sesiapa yang membaca blog aku pernah menonton wayang. Amir Mukhriz pun suka tonton wayang, takkan la kamu tak pernah tengok wayang, apake perhak sangat.
FIlem pertama yang memecahkan terunaku ialah Batman Returns (1992). Aku tonton bersama abah dan adik-adikku (aku tak ingat berapa orang adik aku yang ikut). Sebelum tengok wayang teruja dia bagai teruna sunti baru kahwin masuk dalam bilik dan melihat isterinya berada di sisi katil dengan baju kurung sambil rambut bersanggul...okey...kita kembali tentang cerita pengalaman tengok wayang tadi...
Satu benda yang aku ingat ialah propaganda mak dan abah aku tentang wayang yang tak ada gangguan iklan. Peh, hati aku berkobar-kobar. Tengok filem tanpa ada gangguan dari promo Salem High Country atau iklan pelancongan Peter Styvesant merupakan satu benda besar dalam hidup aku. Selama ini layan Dunhill Double selalu terkesima dengan perbuatan memotong adegan untuk memberi laluan iklan.
Aku sempat bertanya mak dan abah pernah menonton wayang bersama-sama tak. Aku tak ingat apa jawapan mereka.
Abah aku bawa ke panggung Cathay di Ipoh. Sekarang panggung tu dah tak ada. Berdekatan dengan pasaraya Ocean, yang aku rasa juga sudah tiada.
Masa ini aku baru tahu wayang ada dua kelas. First Class dan normal class. First Class mahal sikit, tiketnya berharga RM5 sementara kelas bawahan tiketnya RM2.50. Masa itu RM5 bermakna makan tengahari untuk seminggu. Tapi sempena meraikan kehilangan terunaku dalam hal ehwal menonton wayang laksana lelaki baru kahwin yang masuk..errr...okey, abah aku membelikan tiket kelas pertama untuk kami. Yeay!
Pintu masuk First Class pun ikut tangga lain. Naik ke atas. Sebelum masuk ada satu ruang seperti lobi yang taklah besar mana, tapi ada sofa dan meja untuk menunggu. Zaman itu, lobi tersebut sudah dikira habis eksklusif.
Pembantu panggung kemudian buka pintu yang dihias dengan tirai hitam. Kami beratur untuk masuk dengan menyerahkan tiket. Zaman itu tiket macam tiket bas yang dijual oleh ulat-ulat puduraya. (kadang kala tak ada tajuk filem pun).
Kami masuk. Aku tak ingat samada free seating atau tak. Tapi kami duduk dan hatiku berdebar-debar laksana teruna yang masuk ke dalam bilik pada malam selepas nikah sambil isteri...maaf, malam Jumaat begini memang selalu tersasul.
Kemudian suasana jadi gelap. Yay! Hatiku bersorak. Wayang sudah hendak mula. Aku sudah berkira-kira melihat BATMAN dengan skrin besar.
KEMASKINI:
Ada video parodi untuk hasil seni melampau di bawah.
Dihasilkan oleh Alifstyle studio.
Klik sini: Cartoonrama
Nota: borak-borak dengan teman, pembikin seni Malaysia rata-rata masih belum suka dengan konsep parodi.
ENTRI ASAL:
Filem ini adalah sebuah eksperimental dari dua pengarah, Naz Annuar dan MJ Kasimov.
Perlambangan tangan ini bermaksud pertembungan antara idea existentialist dan idea sosialis konservatif tatkala mereka berada di dalam sebuah kedai menjual pakaian wanita. Gerakan berpusing itu menandakan gelodak rasa kanak-kanak berumur 8 tahun berkulit putih yang tinggal di Setiawangsa yang tidak tahu kemahuannya sama ada dia hendak menjadi cikgu atau pun peguam. Hitam putih dipilih sebagai satu metafora tentang hidup manusia yang bermula dari subuh hinggalah Isyak. Tapak tangan terbuka menandakan manusia yang telah melepaskan pegangan hidupnya untuk menjadi seekor burung merpati yang ingin terbang mencari roti. Secara keseluruhannya, filem ini dibikin tanpa suara sebagai protes terhadap pencemaran alam sekitar. Satu tempelak yang menyindir budaya sms di kalangan muda mudi disamping memberi komentar sosial terhadap masyarakat yang sudah lupa asal usul mereka. Terserlah, mesej filem ini adalah memupuk budaya mencintai ilmu pengetahuan dan peranan ibubapa sebagai orang tua kita.
Inilah filem seni.
Maklumat lanjut: MASKARA SHORTIES
MPH AUTHORS MONTH: NAZRI M. ANNUAR
Sesi aku tamat petang tadi. Ini beberapa kesimpulan;
1. Pengalaman berharga. Jika esok lusa aku jadi legenda, aku sudah boleh kata "masa saya muda-muda dulu susah, event 3,4 kerat saja yang datang, itu pun member" di hadapan 10,000 peminat fanatik, di dalam stadium. (Sebenarnya aku rasa diri aku agak bertuah berbanding penulis fiksyen sains dua minggu lepas, sekurang-kurangnya aku tak rasa sepi sangat)
2. Sebenarnya satu hikmah kerana jika aku menjadi penulis tua nanti, bila berhadapan dengan penulis muda yang mahu mengundur terlalu awal, aku sudah boleh tempelak mereka dengan kata, "Cehhh! Pak Cik masa awal-awal nak bertapak dulu lagi teruk, tak ada orang datang pun!"
3. Fiksyen Sains dan Fantasi di Malaysia masih jauh untuk membina peminat tersendiri. Maka fikirlah banyak kali barangsiapa yang menulis genre ini UNTUK POPULAR. Terutamanya yang masih baru, perjalanan masih jauh dan jangan patah semangat.
4. Penulis perlu inisiatif sendiri jika mahu acaranya 'happening' (bak kata budak zaman sekarang).
5. Memberi azam tersendiri untuk aku menulis lebih banyak novel Sains-Fiksyen. Di Malaysia, penulis perlu prolifik untuk membina pengikutnya tersendiri.
6. Perlu ada komuniti novel Fiksyen Sains dan Fantasi, semacam kelab peminat untuk menggerakkan genre ini.
7. Kalau pihak MPH bijak, mereka juga boleh buat post-mortem kenapa acara sebegini seolah gagal, bukan sekadar nak melengkapkan jadual acara.
8. Kedatangan penonton sebenarnya memeranjatkan juga bila difikirkan faktor aku sudah bersedia dengan kemungkinan TIDAK ADA ORANG YANG DATANG LANGSUNG.
9. Bergerak secara solo bukan pilihan aku buat masa ini. Tunggulah bila sudah ada tapak baru boleh bergerak solo.
10. Memberi semangat untuk aku menulis karya "menang anugerah" sebagai mencipta reputasi (pernah dibincangkan dengan Serunai Fakir).
PENUTUP:
Apapun pengalaman ini amat berharga. Di sebalik kurang sambutan, aku dan Mat Jan 'berseronok' di atas pentas. Beberapa penulis ternama sekarang pernah bercerita pengalaman yang hampir serupa ketika aku berbual dengan mereka. Makanya sahlah aku akan menjadi penulis ternama suatu hari nanti walaupun sekarang sebenarnya aku sudah mempunyai nama.
Terima kasih kepada pihak MPH untuk ruang acara, terima kasih kepada pihak PTS dan editornya Mat Jan yang bersusah payah menguruskan aku, terima kasih kepada Zafer yang menjadi jurugambar denga bayaran yang begitu murah dari harga sebenarnya (doakan saya kaya dengan menulis suatu hari nanti, InsyaAllah), terima kasih kepada Ain Maisarah dan suami yang sudi tunggu selepas acara mereka usai dan terima kasih kepada teman-teman yang datang. Esok lusa bila aku popular kamu takkan dapat duduk di kerusi itu lagi, jadi hargailah saat-saat keemasan itu.
Hola!


