ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for August, 2008

Bertemu dengan Naga untuk memberi tripod, di mana berlaku salah faham (yang akan kuceritakan pada hari lain).

Duduk di kedai mamak bercerita itu ini.

Kemudian aku terbuka cerita memori semasa di asrama MRSM Gerik dahulu.

Pada penghujung tingkatan 3, seperti kebiasaan tradisi akhir tahun, ini adalah waktu mengambil gambar kenangan.

Zaman itu manusia belum gila DSLR, aku fikir. Aku cuma guna kamera berfilem. Janji objek yang aku mahu jelas di dalam gambar, soal apature, kompisisi, penata cahaya, konstrast, speed semua itu langsung aku tak ambil kisah.

Satu gulung filem habis digunakan. Hari ini hari jumaat dan esok boleh outing ke bandar Gerik sekangkang kera untuk mencuci gambar.

Malam itu, seperti malam-malam yang lain aku berhuha di bilik orang lain tentang pelbagai topik termasuk topik Zaidatul Mazni, yang ketika itu, menjadi pujaan hatiku. Penat berhuha barulah pulang ke bilik sendiri. Ketika inilah seorang kawan datang dengan wajah yang bercerita 'aku-ada-berita-buruk-harap-kau-bersabar'.

Dia tunjuk gulungan filem milik aku. Sudah terkeluar dari bekasnya.

Nak jadi cerita, ada seorang kawan yang, ya, tolol (pada ketika itu) datang ke bilik aku, berbual dengan teman bilik sedas dua sambil tangannya mencapai bekas filem itu. Tanpa rasa was-was dia terus menarik gulungan filem, yang belum dicuci itu, sepanjang-panjang yang boleh sambil bertanya;

"Kenapaaaa tak nampak gambaq punnnn?"

Malam itu aku mengamuk.

Setapak, sejurus sebelum waktu kereta kuda Cinderella jadi pumpkin.

.

*Nada Dering*

LELAKI COMEL MALAYA

Hello?

GADIS ENTAH SIAPA

Eleeeeee...

LELAKI COMEL MALAYA

Aaaaa?

GADIS ENTAH SIAPA

Banyak bukit konon, orang tahu jugak.

LELAKI COMEL MALAYA

Aaaa? Sapa ni?

GADIS ENTAH SIAPA

Sayalah, nak ikan tak?

LELAKI COMEL MALAYA

Sapa ni? Salah nomborlah.

GADIS ENTAH SIAPA

Apa? Kenapa?

LELAKI COMEL MALAYA

Manalah saya tahu kenapa awak salah nombor!

GADIS ENTAH SIAPA

Ikan ke?

LELAKI COMEL MALAYA

Salah nombor!

*Tooot Tooot Toot*

.

Aku tak tidur lena. Bukan kerana memikirkan siapa gerangan gadis yang tersalah dail itu. Aku memikirkan, kalau dia berjaya mendail nombor yang betul, apa butir perbualan mereka agaknya yang melibatkan perihal kuantiti kawasan tanah tinggi dan tawaran hidupan laut yang menjadi makanan kegemaran manusia.

Aku gagal mentafsir.

Barangsiapa yang telah menonton The Dark Knight, maka hendaknya mungkin dia menyukai video spoof di bawah; (Okey, mungkin ramai sudah tengok, untuk yang belum tengok la)

Video di atas.

"are you speaking 'bat'...?"

"i dont even know if that a question or declare of statement..."

Seminggu dua ini beberapa pengunjung laman web seksi ini merasakan diri mereka seperti berada dalamĀ  twilight zone. Tak kurang juga merasakan seperti sedang naik mesin masa.

Jangan risau. Anda cuma menjadi mangsa ujikasi rahsia mesin masa yang dijalankan secara rahsia oleh beberapa ahli sains negara yang dirahsiakan.

Realitinya, Dunia Vovin ikut dalam operasi pemindahan server oleh saudara Mistikmind. Ini mengakibatkan ada pengunjung yang tidak dapat membaca update atau tiba-tiba update berubah-rubah.

Namun mengikut laporan dari Mistik, segala operasi pemindahan itu telah dilaksanakan dengan penuh gemilang.

Namun jika ada masalah seperti;

1. Gagal membaca entri terbaru,

2. Tak boleh nak komen,

3. Komen tak keluar

4. Masalah berkaitan,

Sila emel aku untuk dikenalpasti kawasan yang masih berjangkit dengan epidemik ini.

Terima kasih daun keladi.

NOTA: MAKSU, anda masih belum memberi nombor akaun anda.

MPH LOCAL AUTHORS MONTH: NAZRI M. ANNUAR

TEMPAT: MPH MIDVALLEY (Sebelah Secret Recipe)

TARIKH: 17 Ogos 2008 (AHAD INI)

MASA: 5 petang

Sesi ramah mesra, bincang buku dan tandatangan autograf penulis OPERA ANGKASA, Nazri M. Annuar.

Khabar angin mengatakan ada persembahan kucing terbang, mungkin sahaja.

-----

Book talk and autograph signing during the 'meet and greet' sesion with NAZRI M. ANNUAR, author of OPERA ANGKASA.

Rumor has it that there will be a flying cats show...

Info tambahan di Facebook: sini

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.