ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for September, 2008

Ada orang tegur aku cheesy dengan entry terakhir lalu. Entri cheesy itu membawa aku ke pagi ini di Jalan Ampang. Bak kata William Hayes, "sometimes, conry is exactly what this country (we) needs".

 

Kehadapan saudari Emma,

Maafkan saya.

Saya memang seorang yang teruk.

Maafkan saya sekali lagi

Sekian, terima kasih.

Saya sudah declare.

Semalam. Yippaaa! (*melompat ke atmosfera*)

Sudah lama saya jenguk, tengok, malah hingga terbawa ke mimpi (serius, saya mimpikan dia). Akhirnya saya nekad. 

Lumi, kau sudah menjadi satu partisi (partition, hahahaha!) yang paling penting dalam hidup saya. 

Ada kawan saya yang marah, alang-alang kenapa tak pilih Dee sahaja. Lebih class, kata kawan-kawan. 

Ya, berdampingan dengan Dee memang akan buat saya bangga. Siapa tak bangga kalau tangan memegang Dee. Dengan personaliti seperti itu, marhaein seperti saya boleh memacu hidung hingga ke angkasa.

Tapi realistiknya, saya dan Dee bukan untuk jalin cinta. Lagipun dengan komplikasi yang ada pada Dee, saya tak yakin hatta Dee sendiri pun hendak bersama saya. Ramai yang terkejarkan Dee. Yang lebih bagus dari saya sahaja sudah berderet. Buat apa Dee memandang saya yang tidak reti apa-apa? Apa lagi yang boleh saya buat? Pipi saya belum tersorong-sorong. Hidung, mancunglah kalau ditarik-tarik. 

Orang pertama yang saya sms adalah Naga. Terima kasih kerana mengesyorkan kepada saya. Malah malam tadi Naga sms lagi, kata berbaloi. Naga suka mata Lumi. Leka dibuatnya. Mata Lumi, kalau pun tidak sehebat dewangga ilustrator alam, boleh juga buat lukisan realitas jadi indah, dengan caranya tersendiri.

Lagipun dengan Lumi, yang comel (ya, tidak secantik Dee), saya harus berbangga. Lumi simple. 

Saya sudah tua dan apa yang saya mahukan hanyalah satu kata kunci - simple. 

Nanti saya kenalkan dengan Lumi yang comel.

++++

Perhatikan saya sudah sediakan kategori yang baru, khas untuk Lumi.

:P

"Kau cari lain saja dari berdolak-dalik begitu, dah ada orang lain la tu, kau baik sangat percaya dolak dalih dia buat apa? Malu aku berkawan dengan kau, tak macam jantan" kata tukang nasihat.

Aku dapat blind date. Pertama kali pegi blind date. Deskripsi pun dapat dari sms dari orang kepercayaan aku.

Blind date kena smart. Gosok gigi, shampu rambut, pakai baju terbaru. Hahaha!

Tempat: aaaa, sebuah restoran di Kuala Lumpur. Supper, sepatutnya.

Dari jauh, aku nampak seorang gadis hampir padan dengan deskripsi yang diterima dari sms. Duduk berseorangan sambil membaca menu. Tunggu akulah tu. Tak 100% padan, tapi agakan aku fabrik dan bentuk badan macam sama. 

Terus aku tegur, senyum dan tangan sudah sorong kerusi, minta maaf kerana lewat.

"Err, who are you?" soalnya.

Tak perlu kalian tahu apa yang berlaku seminit, dua minit selepas itu.

Yang kalian perlu tahu, si pandai match-maker ini SILAP BERI LOKASI RESTORAN, YANG PUNYA CAWANGAN BERSELERAK DI KUALA LUMPUR!!!

Bangkai!

++++

Aaaa, Saharil!

Haha, layan juga lagu ni. Teringat masa muda-muda dulu. Aku percaya Mak Su atau Kak Wina (yang menjaga aku semasa kecil) mesti pernah layan hati kaca di tepi radio tatkala mendengar lagu ini semasa kami tinggal di Kampung Kuala Pari dahulu.

Tapi tak boleh lawan lagu Ali Setan la. Lupa pula tajuknya.

++ Klip dari filem Partition, diedit dengan jayanya oleh Atoq. Aku link ke sini tanpa kebenaran beliau. 

Untuk versi asal 80-an sila klik sini: Suara Kekasih (rambut kembang)

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.