ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for September, 2008

canta per me ne addio
quel dolce suono
de' passati giorni
mi sempre rammenta

la vita dell'amore
dilette del cor mio
o felice, tu anima mia
canta addagio...

tempra la cetra e canta
il inno di morte
a noi si schiude il ciel
volano al raggio

la vita dell'amore
dilette del cor mio
o felice, tu anima mia
canta addio...

Terjemahan:

Sing for me farewell
that sweet sound
of the past days
it always remember me

the life of the love
beloveds of my heart
oh happy, you my soul
sing slowly...

strenghten your lyre and sing
the hymn of death
the sky opens to us
they fly to the ray

the life of the love
beloveds of my heart
oh happy, you my soul
sing farewell...

Sebelum aku pergi kepada kisah hari ini, molek kiranya aku kaitkan dengan kisah yang berlaku pada zaman aku kecil dan masih tinggal serumah dengan adik-adik. 

Ketika itu kami punya 2 ekor kucing (ini sebelum era dinasti Che Putih dan jauh sebelum dinasti Gegey). Seekor bernama Fox dan seekor bernama Dana (teka dari mana puncanya nama itu? Ingat, masa itu X-Files adalah wajib).

Suatu malam, ketika adik-adik pulang dari mengaji, mereka masuk dan memberitahu aku tentang ternampak Dana terbaring di tepi jalan berhampiran kedai roti canai (yang buka pada waktu pagi) seberang parit dari rumah kami. Hati masing-masing menjana risau. Dana sudah dilanggar keretakah? Aku bingkas keluar dan melihat tubuh seekor kucing seakan Dana dari jauh. Aku masuk memberitahu ibu. Kami keluar dan...voila! Kucing itu sudah tiada!

Hati kami diserang pelik. Memang kalau disuruh bersumpah, kami akan bersumpah mengatakan ada nampak Dana terbaring di situ. Tinggal lagi tak ada sesiapa yang meliwat sahaja, mungkin. Kami berselerak di sekitar rumah dan ternampak Dana di atas kereta abah sedang mandi (menjilat bulunya). Kami ambil dan kami peluk dengan penuh rasa sayang. Kami rasakan yang terbaring tadi bukan Dana. Malah tiada kesan luka langsung ditubuhnya. Walaupun memang jelas kami nampak kucing yang terbaring di tepi jalan laksana dilanggar kereta tadi.

Kami beri Dana makan dan anggap perkara tadi mungkin mainan halusinasi berjemaah sahaja. 

Selepas insiden malam itu, Dana tidak muncul-muncul lagi.

Timbul teori dari adik bahawa memang Dana yang terbaring tadi, sudah mati dan yang berada di atas kereta itu adalah Dana yang mahu mengucapkan selamat tinggal kepada kami adik beradik yang menjaganya sekian lama.

Setiap kali kami bercerita tentang Dana, hatiku sedikit tersentuh, sedikit terasa mungkin, jika mungkin magisnya ada disitu.

Itu yang aku rasa berlaku selepas berbuka semalam.

Yuki sudah hilang sejak beberapa minggu. Aku sudah putus harap. Malam aku jadi sepi tanpa kasih sayang wanita yang suka kucing dan kucing.

Namun ketika ambang berbuka puasa, aku melangkah tangga ke pintu rumah, Yuki muncul dan menggesel kepala di kakiku. Hatiku berbunga. Tapi tak ku tunjuk padanya. Aku biarkan dia masuk. Berikan dia Iams dan aku bergegas ke dapur untuk masak nasi dan lauk berbuka. 

Aku terpandang Yuki beristirehat di depan pintu rumah.

Dan itulah kali terakhir aku nampak dia malam tadi.

Selesai makan, merokok dan melayan Ustaz Zamri berkelakar di TV9, aku baring dan nyaris tertidur. Aku bangun dan merasakan sesuatu tidak kena. Di mana Yuki? 

Aku cari segenap ceruk rumah. Di dalam gobok, di bawah katil, di dalam tandas, dia tiada!

Aku jadi kaget. Mana mungkin dia bijak membuka pintu rumah. Mustahil. Mana mungkin juga dia terjun melalui tingkap yang tertutup. Otak aku deras cuba memikirkan logik. Aku berpuasa maka tiada logika otak aku dipenuhi ganja, syabu dan sebagainya. Aku cukup yakin yang menggesel kakiku tadi adalah Yuki. Aku tambah yakin kerana tanganku mengangkatnya memeriksa jika ada sebarang luka.

Tidak mungkin Iams itu telah mengecilkan tubuhnya. 

Adakah hal Yuki sama seperti Dana? Mahu mengucapkan selamat tinggal kepadaku?

Aku harap tidak kerana bagaimana hendak aku khabarkan kepada ibuku? Kebetulan juga pada siangnya, aku sudah berhubung dengan ibu bercerita tentang Yuki yang sudah hilang. Ibu menjadi sebak. Mungkin tidak sesebak ketika dia menghubungi aku melaporkan tentang nenek Yuki, Gegey yang ditemui mati di rumah. 

Aku sukakan magis, tapi magis ini bukan kegemaranku. Aku lebi suka kalau magis itu datang dari seorang gadis yang memelukku sambil belon-belon berterbangan dengan banyak dan kami terapung di udara sambil awan berubah bentuk "hati" dan warna langit bertukar biru, merah dan kuning. Tidak lupa gadis itu mengucapkan "ayuh, kita hidup bersama". 

Aku masih bingung. 

Yuki, jangan ucap selamat tinggal lagi.

Adik aku call, kata, "tak jadi ke Putrajaya,"

Hujan lebat menggila, aku terdampar di kesesakan lalulintas. "aaa, kenapa? dah on the way ni"

"Nak runding"

"Runding apa ke nye? Dah on the way ni."

"Hari ni tak jadi,"

"Aaaa? Tak jadi angkat meja lah ni?"

"Tak,"

Nak patah balik macam mana ni? Patah balik pun tersadai di kesesakan lalu lintas. Sudahlah nak hisap rokok tak boleh (puasa).

La la la la la la

+++++++++++++

Dalam jarak 2 jam lagi masuk 17 September. Apa cerita?  Belum sampai Putrajaya dah berbelit-belit kisahnya? Akakakaka?

Dua video menarik

Selepas aku kehilangan seorang wanita yang paling sempurna dalam hidup aku dari segi konsep menyayangi kucing, kini aku kehilangan kucing aku sendiri. Dua yang paling aku sayang telah pergi. Peh! Kalau buat puisi boleh lawan Illiad And Odyssey tu.

Kemudian, aku kehilangan seluruh nombor telefon kerana nokia aku mengalami kerosakan dan aku menghantarnya ke pusat servis. Katanya boleh dapat balik senarai nombor itu. Bagaimanapun, aku percaya memori-meori indah dalam telefon itu takkan dapat dikembalikan. 

Tapi aku minta jasa kawan-kawan untuk menghubungi aku, memberitahu nombor mereka.

Kalau aku menjawab sms dengan soalan "siapa ni?", janganlah terasa hati, buruk benar perangai kamu. Asyik-asyik nak terasa hati, manja benor kamu ni weih.

Itulah sahaja yang mampu aku minta. Nak harap kembalinya yang lain-lain, entahlah.

******

Aku tak suka dengan pelaksanaan ISA. Kalaupun aku tidak bersetuju dengan Teresa Kok dalam banyak isu, aku tetap tak bersetuju dengan aspek pelaksanaan ISA. Malah ada ramai blogger yang turut tidak bersetuju dengan banyak isu yang dibangkitkan oleh ahli parlimen itu, tapi aku tetap tak setuju dengan pelaksanaan ISA.

Kalaulah kita tak suka si dia, berbeda pendapat, tapi adakah perbedaan itu menghalang kita dari menghalang si dia dari dirogol? contohnya. Adakah bila dirogol, kita harus berkata, "padan muka!" walhal ia isu berasingan?

Aku banyak tak setuju dengan ahli parlimen itu, tapi selepas solat, aku panjatkan doa juga memohon keselamatan dia. 

******

Maaf, mungkin kurang stabil kerana hilang kucing dan wanita yang sayangkan kucing.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.