Archive for September, 2008
Aku cemburu dengan rakyat Ukraine.
Selain mempunyai sejumlah peluru berpandu nuklear yang banyak, Ukraine juga adalah negara kelahiran aktres super-hot Milla Jovovich dan bekas penyerang prolifik Andrei Shevchenko sebelum dia flush otaknya ke dalam mangkuk tandas (baca: masuk Chelsea).
Aku lebih-lebih cemburu kerana rakyat Ukraine mempunyai Perdana Menteri super-hot-mama,
Yulia Tymoshenko
Kalau tak ada aral melintang, kita akan mempunyai seorang Presiden Ukraine yang super-hot-mama menjelang tahun 2010.
Nak browse facebook, kalau boleh add orang Ukraine.
Kamu sudah tahu siapa yang aku undi kalau dia bertanding lawan Anwar. Pak Lah? non-issue.
Kita hidup untuk membuat pilihan, kata seseorang.
Buka mata, sudah pukul 5:38 pagi.
Waktu Imsak tinggal 2 minit. Nasi putih ada di dapur (baki berbuka tadi), cuma perlu tinggal goreng telur.
Aku bangun melangkah ke arah dapur. Kemudian matematik dalam kepala otak aku kembali berpusing. Kalau masak telur, dah makan masa lebih kurang seminit. Nak makan lagi. Bila masa nak hisap rokok?
Nasi putih tak terusik, telur tak dipecahkan dan asap Sampoerna berkepul-kepul keluar dari mulut sambil tangan memegang satu jag air sambil mata menjeling ke arah jam.
Kalau dalam filem, ini sudah kira theatrical.
Kita hidup untuk membuat pilihan, kata seseorang.
PS: Emma membuat pilihan untuk tidak memilih. Aku sedih kerana aku jatuh hati padanya.
Aiseh, klorok dah habis.
Taf Teh, ada baki klorok?
Sorry, gua tak dengar amaran lu dulu. Biasalah, degil.
Klorok ada?
Akhir-akhir ini ada datang satu semangat yang kuat. Semangat yang semakin lama jadi besar. Semangat untuk berhenti tulis blog.
Sebenarnya, kalau aku kata nak berhenti tulis blog tu, maknanya akan ada lagi entri-entri selepas ini. Kalau nak berhenti blog tak payah beritahu. Tup-tup tak ber-update saja selama setahun (baca: Mat Jan)
Tapi jujurnya, blog ini masih hidup sebab sedikit rasa takut kehilangan "teman" pembaca dan pemberi komen. Sebenarnya itu sahajalah sebab yang ada membuatkan dia masih hidup. Kerna, matlamat blog aku sudah banyak tercapai pun.
Aku blog kerana mahu terkenal (Sudah), aku blog kerana aku sunyi (sudah), aku blog kerana mencari girl-friend (ya, dapat DUA girlfriend sepanjang tempoh itu,
), aku blog kerana mencari kawan baru (Naga, Rimau, Mat Jan...tanpa blog, tiadalah kisah cinta antara kita). aku blog kerana membina kerjaya (Sudah)...
Mungkin pencapaian tidak setinggi Tok Rimau yang jauh lebih berjaya, tapi...
Untuk standard aku, sudah banyak sangat dah.
Dunia blog aku pun sudah melalui banyak fasa transisi, mula-mula entri blog peribadi, kemudian fokus kepada reviu filem, kemudian blog jadi online novel (tak siap), kembali entri reviu filem, kemudian sastera, kemudian akhir-akhir ini cerita lawak tak jadi, letak youtube satu dua...
Peh, bosannya.
Sepertimana aku cakap tadi, blog ini masih terus hanya kerana aku belum mahu hilang pembaca.
Ini bukan entri selamat tinggal. Mungkin esok lusa berjela-jela entri baru. Tapi mungkin juga selepas ini sudah tiada entri baru. Entah. Yang aku tahu, semakin lama semakin membosankan menulis blog.
Kalau aku rajin aku update la...



