Archive for October, 2008
Mengisahkan seorang jejaka yang mempunyai teman wanita dari angkasa lepas.
Jangan baca komen Mat Jan pada posting ini kerana mengandungi spoiler
Ingat tak entri aku mengenai kucing aku yang tiba-tiba hilang? Video di atas adalah jawapan kepada misteri itu.
Untuk pengetahuan, jaring dawai aku pasang di tingkap bilik aku yang menghadap kaki lima apartmen. Ruang yang membolehkan dia keluar sudah aku tutup. Tapi ada satu bahagian yang terbuka kerana pada hemat aku mustahil Yuki boleh melompat ruang yang amat tinggi itu. Naluri kucingnya takkan membenarkan dia melompat.
Tapi dia ada cara lain untuk melepaskan diri...
Bakhtiar Ahmad menerangkan posisi yang sepatutnya dilakonkan oleh Pipiyapong dalam adegan mencabar ini.
Rehearsal lagak ngeri dalam satu adegan untuk short film ini. Ya, ini adalah filem aksi. Perhatikan heroin kedua untuk filem ini yang akan kekal tidak kelihatan mukanya.
Saya tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh pelakon lelaki dan juga pelakon perempuan.
Siapa perasan ada Gandalf dalam gambar ini? Ya, selain aksi lagak ngeri, filem ini ada adegan magis.
Benda yang leceh dalam hidup sebagai orang tatkala waktu hendak melupakan seseorang, adasaja benda yang datang mengingatkan kembali pada dirinya.
Dalam kes aku, Baklava.
Memori itu tidaklah seindah sebagainya Jack Dawson peluk aweknya di bucu kapal yang bakal tenggelam beberapa jam kemudian.
Tapi ketika makan dan berhuha bersama jantan-jantan di Ampang, tatkala Baklava melintasi mata, serta merta terpancar rupa paras, suara manja dan ketawa riang orang yang hendak dilupakan. Riang ria bersama jantan-jantan ini terpotong sebentar. Aku hilang fokus.
Tapi lepas tu kembali riang ria...
-----------------
Nota:
1. Baklava adalah makanan orang Arab (untuk lebih detail tentang orang Arab mana, sila tanya google).
2. Pertama kali aku makan ketika bersama Roy di Restoran Turki bernama Sarai. Sudah tutup pun.
3. Pilih, nak kat seorang perempuan, kena ambil risiko terluka. Kalau tak mahu terluka, jangan dekatinya. Tapi kalau tak cuba, tak dapat, tapi kalau cuba, hah, nasiblah kalau terluka. Apa ke maxis broadband yang aku bebelkan?
Entri produksi MY ALIEN GIRLFRIEND akan diteruskan nanti.





