cerita tentang dunia, yang cuma ada saya…dan kamu.

MY ALIEN GIRLFRIEND - DI STUDIO JALAN HAMPEH

October 16th, 2008 nazri

Bila gambar dah dicuci baru perasan kelibat lembaga berbaju merah. Siapa dia?

MY ALIEN GIRLFRIEND

October 15th, 2008 nazri

Secara rasminya saya mendedahkan tajuk filem pendek yang bakal ditayangkan (kalau laptop aku tak crash masa proses editing) yakni "MY ALIEN GIRLFRIEND".

Maka, posting entri untuk hari-hari mendatang akan dipenuhi dengan kemaskini produksi sehinggalah 1 November nanti. Sementara itu ayuh ke blog MASKARA SHORTIES

Dengan rasminya juga saya mendedahkan hero dan heroin untuk filem pendek ini:

Gadis ini sudah punya boyfriend. Lelaki di sebelah bukan boyfriendnya.

Lelaki ini tidak ada girlfriend, maka sudah tentulah gadis di sebelah ini bukan girlfriendnya.

Humchaaa!!!

GENIUS!

October 14th, 2008 nazri

Sekarang aku tahu kenapa kita patut bangga menjadi warga Malaysia.

1. Tanpa sedar, rakyat Malaysia sebenarnya dilahirkan dengan kuasa mata teleskop untuk membaca perkataan-perkataan pada banner ini.

2. Kuala Lumpur sebagai sebuah tempat yang sentiasa sibuk dan bergerak pantas adalah MITOS.

Buktinya, pemandu kereta yang melalui kawasan ini sempat untuk membaca keseluruhan "JADUAL PROGRAM" sambil memandu kereta.

Orang yang kreatif ialah orang yang buat benda yang manusia lain tidak terfikir nak buat. Aku percaya pengarah seni agensi periklanan yang mengendalikan 'billboard' di sekitar Kuala Lumpur menangis tak henti-henti bila melihat banner ini.

Kalau setakat letak gambar model dan satu dua ayat campur logo jenama, rugi.

Letak gambar produk dengan satu dua "catchy tagline", rugi.

Nah, kita maksimakan dengan letak semua sekali. 

Sungguh tauke agensi periklanan ini tidak terfikir "Buku Aturcara" boleh mengalami evolusi menjadi banner.

 

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!!!