Archive for November, 2008
ha! ha!
Entri ini adalah respon kepada entri babi ini.
Sekarang semuanya sudah jelas. Aku sudah dapat tangkap polisi baru yang diatur oleh Wenger.
"Target kita menang dengan team berikut: Liverpool, Chelsea, Man U", kata Mr. Wenger.
"Habes tu team lain bos?" soal Adebayor,
"Mu dengar tak tadi? LIVERPOOL, CHELSEA, MAN U, ada aku sebut ASTON VILLA kat situ?"
"Baik bos!"
------------------
Pipiyapong kasi alasan player tak cukup.
Aku percaya alasan tu. Memang solid. Ye la, separuh dari best eleven tengah nak ambik SPM ye tak?, separuh lagi baru nak habis final exam part one UiTM.
Siapa yang pernah tengok The Day The Earth Stood Still mesti tahu quote "Klaatu Barada Nikto" di mana sampai kiamat pun orang ramai takkan tahu apa maksudnya (kebarangkalian besar la, sebab sampai sekarang tak ada terjemahan tepat ungkapan itu dan ramai orang semakin yakin kiamat sudah hampir dekat, tak kisahlah agama apapun dianutinya).
Hah, macam tu lah ungkapan "Humchaa" dalam My Alien Girlfriend. Ya, aku sudah bikin bakal cult sci-fi film. Tunggu short film seterusnya, aku nak buat pasal alien invasion pulak. Malam ni nak layan Body Snatcher la. Tak pun Soylent Green ke.
"Soylent Green is peole!"
Petikan adegan Klaatu Barada Nikto
Trailer The Day The Earth Stood Still remake tahun 2008
Humchaaa!!!
Video dibawah dipanjangkan oleh Adzakael dalam topik Guerilla Filmaking di Pergh.
Aku dapati tip ini amat berguna untuk orang yang tak sedar diri nak buat shoot video/filem tapi tak ada duit.
Aku panjangkan disini untuk sesiapa yang tidak mengikuti perbincangan di Pergh.
Nota: Nah! Gua sudah update. Amacam?
Ya, aku baru perasan tiada iklan antologi Romlah di sini.
Nah!
Maklumat lanjut di sini: Sindiket Sol-jah
Karya saya bertajuk Romlah Simfoni dalam A Minor.

