ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for November, 2008

Kepada makhluk-makhluk yang post gambar aku dengan aksi yang meragukan (baca: perbuatan memegang surah yasin dan meletakkan di kepala).

Ini yang hendak aku katakan:

BABI!!!

Sekian, terima kasih.

Ingat tak mahu letak entri ini, takut menjadi bahan tersinggung teman-teman yang  suka memakai idea yang menjadi bahan perli aku.

Aku rasa sekor pun tak perasan sarcasm yang aku buat sejurus sebelum rehat MASKARA SHORTIES.

Video Mat Jan berpakaian baju Melayu dan duduk diam di kerusi hampir sepuluh minit.

Ya, aku agak anti dengan filem-filem shot statik tanpa berlaku sebarang kejadian yang membuatkan sesuatu adegan itu "dipanjangkan".

Apa yang aku antikan, kadang-kala ia tak perlu pun. Dan lebih menjadi bahan ketawa, bila si pembikinnya dengan daya bercerita rasional shot tersebut.*

Ya, sudah tentu si pembikinnya akan pertahankan static shot panjang nak mampus itu sebagai "seni".

Ya, lantas aku dicop tidak dapat "membaca" bahasa filemnya.

Cakap sahajalah filem kamu pendek sangat sampai tak tahu nak letak apa lagi lantas "dipanjangkan" shotnya.

Yang kelakar tentang art ialah, kamu boleh kencing dan beri alasan kepada audien tentang kerja kamu. Mereka akan terima sahaja, sebab takut dicop "buta seni".

Aku suka art.

*tapi ada juga adegan yang memerlukan stail sebegitu. Dan ada yang dibuat dengan begitu baik sampai inzal penontonnya.

Ada juga yang tanya kenapa tak update blog.

Rindulah tu gamaknye.

Aku ada blog lain. Di mana entri-entri yang lebih nakal dimuatkan.

Blog ini akan terus kekal dan memuatkan info-info terkini kerjaya aku.

Untuk baca entri-entri nakal aku, sila cari sendiri.

Terima kasih sayang.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.