Archive for December, 2008
Salam takziah buat Sinaganaga yang telah kehilangan bonda tercinta.
Buat pembaca sekalian, dapatlah kiranya berlapang masa seketika untuk memberi ruang sedekah Al-Fatihah dan doa.
Al-Fatihah
Kugiran seterusnya yang mengisi antara tempat teratas dalam hal ehwal halwa telinga aku juga berasal dari Sweden yang menggelarkan diri mereka ABBA. Aku rasa hampir semua lagu-lagu mereka sedap-sedap belaka. Lahir dalam era budak muda gilakan disko, Abba banyak mempengaruhi pemuzik-pemuzik selepas itu. Tak kisahlah apa genre pun (termasuk Black Metal bilamana Therion sendiri pernah rakam lagu cover Abba).
Malah ketika era gemilang Abba, kugiran ini boleh dikatakan eskport terbesar negara Sweden selepas Ikea. Sehingga kini, album mereka masih terjual dalam purata 2 ke 3 juta unit walaupun Abba sudah lama tidak aktif (perpecahan mereka tidak pernah diumumkan secara rasmi)
Aku berkenalan dengan Abba dalam era yang sama aku kenal Roxette. Kira Abba menjadi keseimbangan. Bila ada masa-masa aku naik muntah layan jerit-jerit Max Cavalera atau Kurt Cobain, aku tukar ke Abba. Takkan nak sepanjang masa layan heavy metal.
Berikut 3 lagu yang paling aku suka:
SUMMERNIGHT CITY
GIMME GIMME GIMME (MAN AFTER MIDNIGHT)
S.O.S
Aku akan membuat entri tentang kugiran/ahli musik kegemaran aku.
Sebelum aku pergi jauh dengan genre yang paling aku minat (Black Metal/gothic/heavy metal), sesi akan dimulakan dengan genre yang lebih perlahan dan melankolik, sesuai dengan status aku sebagai mamat melankolik.
Aku mulakan dengan sebuah kugiran pop dari Sweden bernama Roxette. Gila best. Aku mula layan sejak tingkatan dua sehingga sekarang. Selain Inflames dan Abba, Roxette adalah ahli musik Sweden yang menempa nama jauh keluar negara sendiri.
Berikut klip video 3 lagu yang menduduki tahta paling tinggi dalam peringkat rotasi yang menerja gegendang telinga Nazri.
DANGEROUS (Hah! Awek-awek yang aku minat memang semua bahaya)
HOW DO YOU DO
LISTEN TO YOUR HEART
Selamat hari lahir ke.... buat Jesse.
-----
Buat Tok Rimau, apa yang tok saksikan di kedai keling itu hanya suku, Tehehe...





