02 Apr 2008 27 Dresses
 |  Category: jurnal

Filem lakonan awek yang sungguh mantap (Katherine Heighl).

Komen aku; Bolehlah untuk pergi menonton bersama pria/cewek kesayangan.

Hero cerita ini adalah mamat Cyclops (James Marsden), yang kebetulan kerjanya adalah penulis dan kebetulan juga ada adegan dia menyanyi dengan sumbang sambil menukar lirik lagu yang berkumandang seperti yang pernah aku buat… ahak.

Tapi ada satu quote yang betul-betul tikam gua tepat di bahagian kiri sebelah atas hati gua;

Dituturkan oleh minah body mantap tu kepada mamat Cyclops itu dalam adegan bertengkar pada waktu ending;

“You are cynical, cranky and impossible!”

Lepas tu bla bla dan akhirnya smooch smooch.

Cynical, crancky and impossible.

Tapi ye la kan, itu filem, bukan real life. Kalau real life takkan jadi ending macam tu.

Kalau filem adalah real life, dah lama aku berpeluang menyepak Yoda atas kebodohannya. Jedi Master power tahap karma yang boleh detect Jedi-Jedi lain mampus kena bunuh dengan Clone Army tapi tak boleh nak detect yang Palpatine tu sebenarnya orang jahat atau gelodak dark side Anakin?

Serius aku cakap, Mace windu, Obi Wan, mak bapak angkat Luke Skywalker dan semua yang mampus akibat galactic war tu kena salahkan Yoda atas kesilapannya.

Cynical, Cranky and impossible. Aku.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses

  1. Alahai VOVIN, itulah dia realiti bagi couple yang dah nikah! CC aku cakap macam itu. Kalau abang dia marah dia peluk kuat-kuat dan cium. Terus ok. Ustaz Tajweed aku, Imam Masjid Putra, aku pun cakap macam itu. Orang panas baran ini itu aje ubatnya, since tak dia takut nak bebini dua, dia bagi penghulu selawat untuk aku baca sebelum matahari terbit.

  2. hohoho, cute..! :grin:

  3. hahhaa..
    aku pun mahu seperti itu juga huhu..

  4. Fadz - yang mana cute? Huhu

    Bone - Boleh, ambil saja

  5. 5
    Nazim Masnawi  
    Thursday, 17. April 2008

    Cynical, Cranky and impossible.”

    Yasmin Ahmad surely a big fan of yours, man.

Leave a Reply