24
Jun

Ohhh Ahhh Cantona!

   Posted by: nazri   in jurnal

Minggu lepas adik aku sms minta beli beras dan Drypers lagi.

Aku pergi ke tempat yang sama dengan pakaian yang sama seperti kejadian hari itu.

Sampai di kaunter bayaran, ada pasangan suami isteri dalam lingkungan pengakhiran 30-an di depan aku. Sang suami tengok aku atas bawah. Mungkin aku tak ada muka sebagai orang yang sudah punya anak kot?

Teka siapa aku jumpa masa terkial-kial membawa beras 10 kg yang ada gambar Jalaluddin Hassan dan Drypers bungkus paling besar?

Ya, awek “ohhh” hari itu. Kalau benda ini berlaku dalam drama, memang tv itu sudah dimaki-maki oleh penonton Malaysia. Fahamlah kenapa drama Melayu banyak adegan yang kita ingat bodoh dan klise, sebab memang ia selalu berlaku.

Kali ini dia berjalan dengan seorang kawan perempuan. Cantik juga. Muka chinese-look.

“Untuk adik dia,” kata kawan aku kepada kawan perempuannya, merujukkepada beras 10 kg dan bungkusan Drypers saiz paling besar tu tanpa sempat aku terangkan. Aku kira Jalaluddin Hassan tengah ketawa besar pada bungkusan beras tu.

“Ohhh…” balas kawan perempuan kawan aku itu.

Aku sekadar angguk. Faham dengan makna tu.

Dan lebih mengharukan, aku dapat dengar, selepas beberapa langkah aku pergi, suara kawan aku berkata, “serius, tu untuk adik dia, dia belum kahwin la.”

“blah la…” balas kawan kepada kawan aku.

‘Blah la?’ sedihnya. ‘Blah la’ tu ayat lain untuk “kau jangan nak tipu aku la”

Aku bergegas pergi ke Seri Kembangan untuk hantar produk-produk tersebut sambil disambut oleh dua ekor budak kecil yang hiper-aktif, yang hobi mereka suka panjat badan aku. Ya, salah seekornya yang tanya aku nak pergi hisap rokok dulu.

Post-skrip: menyesal juga tak tanya perihal kawan kepada kawan aku itu, ya la, masa tu kononnya nak mengamalkan konsep setia.

This entry was posted on Tuesday, June 24th, 2008 at 11:27 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments so far

 1 

> Mungkin aku tak ada muka sebagai orang yang sudah punya anak kot?

kalau penampilan dulu mungkinlah, tapi vovin sekarang sudah kemas dan berambut rapi. hahaha.

June 25th, 2008 at 8:23 am
tokrimau
 2 

At least kau tak beli pampers dewasa. Mesti depa caj beli utk diri sendiri.

June 25th, 2008 at 8:49 am
sinaganaga
 3 

Kasi simpan panjang semula rambut kau tu! Rambut baharu ni macam palat dan tidak Latino langsung!!

June 26th, 2008 at 8:45 am
jigo
 4 

Wa dari dulu dah nak bagitau lu, kesetiaan ni KADANG-KADANG memakan diri. Wa rasa sebelum bernikah ni tak usah nak berkira sangat untuk terlalu bersetia. Ha ha!

Lu bagitau wa, berapa harga kesetiaan lu sekarang?

June 26th, 2008 at 9:59 am
 5 

Tipah tertipu bang…

June 26th, 2008 at 6:24 pm
madulebah
 6 

VOVIN : kau ni sungguh BERTANGGUNGJAWAB.

NAGA : Kalau simpan rambut panjang semula, dah tak match la dengan imej kemeja sekarang ni

June 27th, 2008 at 10:59 am
 7 

Nice blog, i have added it to my favourites, greetings

July 20th, 2008 at 10:50 pm

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment