AKU DAN PAMPERS
Adik aku yang tinggal di Serdang sms: Mintak tolong beli drypers dan brs.
Drypers tu aku tahulah, jenama lampin pakai buang.
Brs tu apa?
Adik aku sms balik: beras.
oooo...
Malam selepas kerja aku bergegas ke Giant Wangsa Melawati untuk membeli Drypers saiz XL pakej paling besar dan beras 10 kg.
Kamu akan nampak seorang lelaki berambut panjang dengan beg laptop di bahu kanan, beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya) hendak ke kereta keluar dari pintu Giant Wangsa Melawati.
Ada seorang perempuan yang agak cantik, kawan kepada kawan* tiba-tiba terserempak dengan aku yang membawa beg laptop di bahu kanan, beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya) hendak ke kereta keluar dari pintu Giant Wangsa Melawati.
Kami bertegur sapa.
Dia tanya tentang beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya).
"Untuk adik, dia pesan untuk anak-anak dia," jawab aku.
"Ohhh"
Perlu aku jelaskan Ohhh ini datang dengan nada sederhana perlahan, seperti perempuan menyebut "whatever". Aku amat percaya dalam hatinya dia berkata, "lelaki miang, masih tak nak mengaku" atau "penipu" atau "Kantoi dah berkahwin" atau "taktik lelaki buas" apa sahajalah makna "ohh" tersebut.
Kami bertukar salam dan aku bergerak melaksanakan rancangan aku yang tergendala sambil terkial-kial membawa beg laptop di bahu kanan, beras 10 kg di ketiak kiri dan satu beg besar Drypers (lampin pakai buang bayi) saiz XL (ada 60 lampin kesemuanya).
Ohhh?
*Dia berada dalam kasta ketiga kawan-kawan aku. Kasta pertama kawan-kawan rapat yang tahu mungkin 70% tentang diriku atau lebih, kasta kedua mungkin tahu 50% atau lebih tentang diriku dan kasta ketiga mungkin sekali 30% atau lebih tentang diriku. Makna kata, dia tak tahu samaada aku bercakap bohong tentang diriku yang bujang atau tidak.
Ohh?
March 11th, 2008 at 6:26 pm
hahah
tergelak aku bace sambil membayangkan situasi begitu.
March 11th, 2008 at 8:23 pm
Ish... aku terharu. Biasala, hero akan mendapat malang bila berbuat baik (teori filem komedi romatis). Hahahaha!
March 11th, 2008 at 9:55 pm
jalan cerita ko lari dari tipikal drama komedi, atau filem kelako, selalu orang buat terbeli tuala wanita la atau lelaki lari dari kawasan coli la
tapi di zaman ini kalau pompuan cakap ohhh (sambil mata memandang nakal), kau punya reputasi besar, perempuan sekarang suka suami orang.
March 12th, 2008 at 9:41 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***
March 12th, 2008 at 9:43 pm
Ala.. tertanda kotak 'Mesej kat Aku saja' plak.
March 13th, 2008 at 3:34 pm
aku ingat "brs" tu silap eja "bra".
March 14th, 2008 at 3:00 pm
Puas aku cari link untuk tinggalkan komen tu! Brengsek!!!
March 14th, 2008 at 3:01 pm
Oh!
March 14th, 2008 at 5:07 pm
hahahaha, kalau ohh nada macam tu mmg dia pk yg tak molek2 shj....hahaha
March 17th, 2008 at 1:54 am
ah sudah la ko vovin.
dah kawen tak nak mengaku pulak..
"dasar lelaki!"
hahaha
March 23rd, 2008 at 6:03 pm
OOh..kak Lily di ketegori mana ek? Salam kenal buat kali kedua. Di Perjumpaan GJ lalu,kamu terlalu glamer ahak!!
March 23rd, 2008 at 9:54 pm
k.e.l.a.k.a.r
hehehe
June 24th, 2008 at 11:27 pm
[...] Aku pergi ke tempat yang sama dengan pakaian yang sama seperti kejadian hari itu. [...]