01 Aug 2008 AKU INI UNTUK SIAPA?
 |  Category: jurnal

Filem pendek aku yang kedua (secara rasminya) selepas Puteri Raja & Katak dan yang pertama (secara teknikalnya). Produksinya terhenti setelah perisian editing video mengalami ketidakstabilan sebanyak dua kali membuatkan bahan yang sikit lagi nak siap rosak begitu sahaja. Aku menyampah lalu pergi menembak Naruto.

Selamat menonton

Puisi: Bahruddin Bekri

Lagu Latar: Piano Sonata No.14 (Moonlight Sonata) oleh Beethoven

Versi skrin besar boleh ditonton di sini: AKU INI UNTUK SIAPA?

*Aku sudah buat posting pada petang semalam. Entah kenapa boleh hilang.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses

  1. Good Job!

  2. wahhh moonlight sonata!! saya suka!
    ceritanya saya suka.
    watak utama saya suka.
    sajak pun saya suka.
    layar cerita pun saya suka!

    errr..
    cuma cadangan?
    cuba buat versi vid kamera pegun.
    gambar tak gerak-gerak.
    dan ada suara latar. narasi (?).
    err.. (lari!)

  3. Ahtok - tq

    Hegira - ini dibikin zaman takde tripod, hehehe,

    tentang narration dan suara latar, saya mahu bikin step by step, sekarang nak belajar perbaiki skil gambar dulu, sound nanti-nantilah.

    Tak mahu buat semua sekaligus.

    InsyaAllah menjelang filem ke 50, bila saya dah konfiden letak sound, masa tu baru pelakon berdialog. Hehehe

  4. wahhh filem ke 50??? bila tu? bulan depan ke??

    semoga sukses!

  5. sebenarnya,
    sajak itu adalah adaptasi kepada filem pendek Naz Annuar,
    sebelum kejadian Naz Annuar menembak Naruto dan hanya sajak itu yang tertinggal,
    jadi dalam kecelaruan itu
    Naz Annuar tampil dengan idea penyelesaian kreatif,
    mengadaptasikan pula sajak itu dalam bentuk filem pendek yang baru

    sekian terima kasih.

    hidup pilem pendek!

Leave a Reply