BAHGIA
Saya sudah declare.
Semalam. Yippaaa! (*melompat ke atmosfera*)
Sudah lama saya jenguk, tengok, malah hingga terbawa ke mimpi (serius, saya mimpikan dia). Akhirnya saya nekad.
Lumi, kau sudah menjadi satu partisi (partition, hahahaha!) yang paling penting dalam hidup saya.
Ada kawan saya yang marah, alang-alang kenapa tak pilih Dee sahaja. Lebih class, kata kawan-kawan.
Ya, berdampingan dengan Dee memang akan buat saya bangga. Siapa tak bangga kalau tangan memegang Dee. Dengan personaliti seperti itu, marhaein seperti saya boleh memacu hidung hingga ke angkasa.
Tapi realistiknya, saya dan Dee bukan untuk jalin cinta. Lagipun dengan komplikasi yang ada pada Dee, saya tak yakin hatta Dee sendiri pun hendak bersama saya. Ramai yang terkejarkan Dee. Yang lebih bagus dari saya sahaja sudah berderet. Buat apa Dee memandang saya yang tidak reti apa-apa? Apa lagi yang boleh saya buat? Pipi saya belum tersorong-sorong. Hidung, mancunglah kalau ditarik-tarik.
Orang pertama yang saya sms adalah Naga. Terima kasih kerana mengesyorkan kepada saya. Malah malam tadi Naga sms lagi, kata berbaloi. Naga suka mata Lumi. Leka dibuatnya. Mata Lumi, kalau pun tidak sehebat dewangga ilustrator alam, boleh juga buat lukisan realitas jadi indah, dengan caranya tersendiri.
Lagipun dengan Lumi, yang comel (ya, tidak secantik Dee), saya harus berbangga. Lumi simple.
Saya sudah tua dan apa yang saya mahukan hanyalah satu kata kunci - simple.
Nanti saya kenalkan dengan Lumi yang comel.
++++
Perhatikan saya sudah sediakan kategori yang baru, khas untuk Lumi.
September 24th, 2008 at 1:45 am
dating kat low yatt?
September 24th, 2008 at 1:46 am
wahhh! Lumi?.. mcm munyik katun jepun jer?.. tapi sweet sgt mcm Sumi jelly tak?
September 24th, 2008 at 5:20 am
Mata Lumi biru ke hijau? Hehe.
September 24th, 2008 at 9:09 am
bagus lah.
September 24th, 2008 at 11:42 am
Lumi?? Dee?? Apakah itu?
salam kunjung
September 24th, 2008 at 3:01 pm
Hidup Lumi!!!!! Ha ha. Hoi, dah daftar ke belum? Kita pergi sama2 nanti weh (selepas kau daftar dan ambil pass).
September 25th, 2008 at 1:02 am
Kangaq - ya
Ajami - chinese look
Atiqah - dia bukan kucing
lil - salam
ayob - ya
Naga - dah daftar. Nak bawa Lumi kesayanganku.
September 25th, 2008 at 12:37 pm
lumi tuu camera kah?
September 26th, 2008 at 12:20 pm
Gembira lihat ko gembira
September 26th, 2008 at 3:14 pm
kau tahukan? im goin to kelantan this october, so better bagitau wats happening with KKR.. pls bagitau abg Fuad.. kesian dia.. dah siap menangis dah org tua tu.. nak raya ni, jgn naya org..
September 28th, 2008 at 10:34 am
tahniah..
anda tidak gay..
hahah..
lumidee?
October 7th, 2008 at 4:19 pm
aku rasa camera / camcoder .
Lumi = lumix?
D = nikon D***
Yang pasti, ia bukan seorang gadis yang bisa dibawa masuk ke kamar tidur.
October 10th, 2008 at 1:36 pm
Setelah di risikkan ke Pakcik Google, barulah jelas siapa sebenarnya si Lumi itu.
Untuk mereka yang ingin mengetahui misteri si Lumi bolehlah berkunjung ke sini:
http://spruceridgestudios.blogspot.com/2008/04/lumis-big-day.html