Benda yang leceh dalam hidup sebagai orang tatkala waktu hendak melupakan seseorang, adasaja benda yang datang mengingatkan kembali pada dirinya.
Dalam kes aku, Baklava.
Memori itu tidaklah seindah sebagainya Jack Dawson peluk aweknya di bucu kapal yang bakal tenggelam beberapa jam kemudian.
Tapi ketika makan dan berhuha bersama jantan-jantan di Ampang, tatkala Baklava melintasi mata, serta merta terpancar rupa paras, suara manja dan ketawa riang orang yang hendak dilupakan. Riang ria bersama jantan-jantan ini terpotong sebentar. Aku hilang fokus.
Tapi lepas tu kembali riang ria...
-----------------
Nota:
1. Baklava adalah makanan orang Arab (untuk lebih detail tentang orang Arab mana, sila tanya google).
2. Pertama kali aku makan ketika bersama Roy di Restoran Turki bernama Sarai. Sudah tutup pun.
3. Pilih, nak kat seorang perempuan, kena ambil risiko terluka. Kalau tak mahu terluka, jangan dekatinya. Tapi kalau tak cuba, tak dapat, tapi kalau cuba, hah, nasiblah kalau terluka. Apa ke maxis broadband yang aku bebelkan?
Entri produksi MY ALIEN GIRLFRIEND akan diteruskan nanti.

cam best jer baklava tuh.
tapi mana nak cari hah?
'berhuha' tu apa?
bakhlava adalah antara fav. snek masa aku belajar dulu.. dengan pistachio tumbuk ditabur.. ferrrr