Bila hidup kita dirombak, ingat untuk membawa benda berharga sekali bersama kita.
Pagi jumaat, seperti pagi jumaat yang lain, aku bangun dari katil empukku, menari sambil burung-burung berkicau, menyanyi dengan iringan vokal tambahan dari bambi, anak kucing dan beberapa haiwan comel yang lain.
Aku hidupkan enjin kereta sambil meneruskan nyanyian dengan jiran-jiran keluar ikut menari dan menyanyi dengan rentak sekata. Irama berkumandang dan akhir sekali satu batalion pancaragam memainkan musik dan melambai-lambai pemergian Kancilku.
Alif Firdaus kata jalan jam sejurus selepas keluar kesas terus ke MRR2. Aku ambil jalan lain, Sayup-sayup aku nampak jalan yang sepatutnya aku guna banjir dengan mesin-mesin pemusnah ozon Bumi. Aku ketawa sekuat hati kerana bajingan-bajingan itu akan terus terperangkap sementara aku boleh menyanyi track nombor dua dalam OST kehidupan Nazri M.A
Aku guna lebuhraya Putrajaya-Bukit Jalil yang akan tembus ke Jalan Tun Razak (dengan tol RM1.50).
Nyanyian lagu latar kehidupan Nazri M.A baru masuk track nombor 4 bila tiba-tiba ia terpadam. Ia berganti dengan orkestra lagu suspen. Bisikan viola laju dengan sekali sekala hentaman cymbal dan gendang besar.
Bisikan viola semakin laju.
aku raba diriku sendiri, sana-sini.
Ah! Sudah!
1 km lagi aku akan bertemu dengan gadis pencekik darah itu.
Segala-galanya kembali jelas. Satu demi satu still photo kehidupanku setengah jam lalu perpancar berulang kali. (Masih dengan bisikan viola suspens).
Jelas dalam gambaran flashback itu, usai mandi, aku mencapai seluar yang tergantung di belakang pintu, hanya kemudian untuk diletakkan kembali di tempat ia tergantung, sebelum aku bergerak ke dlaam almari dan mencapai sehelai seluar yang elok terlipat dan belum digunakan lagi.
Jelas juga gambaran aku keluar dari bilik tanpa sedikit pun mahu mengambil dompet dan segala aneka duit yang bertaburan dalam poket seluar yang tergantung. Yuki mengiau kuat tanda memberi amaran kepadaku. Dia memandang sayu diriku yang keluar dari bilik dan menutup pintu.
Flashback tamat. Orkestra semakin rancak. Kali ini bukan violin sahaja yang menggila, malah trombon, double-bass, serunai dan segala gendang yang ada.
Aku masuk ke ruang parkir tandas 500m sebelum tempat gadis pencekik darah itu. Aku keluar dan menyelongkar segenap ceruk kereta. Usah ditanya tentang poket-poket seluarku itu. Semuanya kosong.
Apa yang aku perlukan hanya 150 sen duit Malaysia.
Satu demi satu sen yang aku jumpa dalam kereta dikumpulkan. Korek sana, korek sini.
45 minit kemudian, aku bertemu dengan gadis pencekik darah yang tersenyum dan menghulurkan tangannya. Aku cium tangannya dan kami bercumbu, err, aku serahkan 150 sen yang berjaya dikumpulkan. Dia terima dengan hati yang terbuka dan palang di depan Kancil diangkat. Aku keluar dengan hati yang lapang.
Aku tidak terus ke pejabat kerana Kancil itu mahu berpatah balik ke Puncak Jalil untuk mengambil dompet.
Kali ini menggunakan jalan yang tidak ditahan oleh gadis pencekik darah lagi.
Bambi tidak kelihatan selepas itu. Mungkin sudah disembelih oleh orang-orang surau untuk dibuat makan.
Tajuk di atas tiada kaitan dengan entri. Saja diletak untuk menampakkan seolah-olah aku ini cool, blog aku lain dari yang lain dan penuh dengan falsafah hidup. Lagipun aku suka Augustus.
12 comments so far
Leave a reply