22
Jun

BILA KUCING BERTERBANGAN 2

   Posted by: nazri   in jurnal

Sabtu minggu lepas lain sedikit. Sebab sabtu minggu lepas tak macam sabtu yang lain. (Macam pengulangan saja).

Selalunya hujung minggu ada saja benda nak dibuat. Tidak pada hujung minggu ni gamaknya.

Sepanjang hari, telefon sepi (bak kata Tok Rimau).

Aku diam di depan PC. Tiba-tiba aku nampak Yuki menari-nari di depanku. Aku lihat barisan sepuluh ekor kucing terbang masuk menerusi tingkap rumahku bergerak mengeliling rumah. Macam-macam warna. Ada warna putih, warna oren, warna oren-putih, ada warna kelabu tapi di kakinya ada sedikit putih, macam stokin. Mereka bergerak membentuk bulatan sebelum melayang dari arah kiri ke arah kanan. Masing-masing tak ada kepak. Tapi boleh terbang. Seperti Superman. Ada seekor rusa ikut masuk. Dia tidak terbang, sebaliknya melompat dari tingkat bawah ke tingkat atas.

Tiba-tiba Vivaldi keluar dari PC aku, dia tanya, “Hang boring ka?” Aku angguk. Dia angkut satu orkestra masuk dalam ruang tamu. Niat hati nak mainkan aku lagu. Tapi aku kata aku sudah ada mp3 player. Bukan Ipod, sebab aku tak cukup duit nak beli Ipod.

Kucing-kucing masih berterbangan. Rusa tu aku tak tahu pergi mana. Tapi aku ada tercium bau ganja. Aku syak dia layan dengan Yuki. Sebab aku tak nampak Yuki pun.

BACA SELANJUTNYA:

****

Tiba-tiba nada dering R2D2 meraung dari telefonku. tanda ada sms masuk. Akhirnya! Akhirnya ada orang sms aku.

Iwan sms, ajak beraktiviti, itupun selepas dapat gaji. aku jadi hampa.

Telefon kembali sepi.

****

Haih! Kucing-kucing terbang tadi pergi mana?

Aku nampak kelibat Yuki tengah flush sesuatu dari dalam tandas. Tu nak hapuskan bahan bukti la tu. Takut kantoi dia hisap ganja. Rusa tadi aku tak tahu pergi mana. Dah masuk kampung la gamaknya tu.

Tiba-tiba Mandy Moore keluar dari bilik. Dia tanya mana toilet. Aku cakap toilet depan mata dia. Tapi dia tak faham sebab aku cakap Bahasa melayu. Aku tunjuk toilet depan matanya. Dia tersengih. Dia kata Selma Blair yang minta tanya. Selma Blair nak berak. Dia cakap dalam Bahasa Inggeris. Diorang pergi belasah biskut bawah katil aku. Aku pun sebenarnya baru tahu ada biskut di bawah katil aku.

Aku nampak Vivaldi pun ada. Satu orkestra dalam bilik aku sedang belasah biskut bawah katil aku. Aku tak jadi nak masuk dalam bilik. tak muat pun. Nak jalan pun susah.

Kucing-kucing terbang tu datang balik. Aku terlupa nak tutup tingkap. Patutlah boleh masuk balik. Seekor terkena kipas, terputus dua. Yang lain-lain okey sahaja. Terus terbang. Siap terbang gaya telentang. Yang aku marahkan bukan apa, salah seekor tu boleh pancut air kencing ke PC aku. Nasib baik tak rosak. Dia terpancut atas buku Gaya Dewan. Aku sendiri tak pasti buku siapa sebab aku tak ada buku Gaya Dewan.

“Buku Saya,” kata Vivaldi.

Aku cuba capai keyboard PC, tapi ada seekor anak lembu tidur di atasnya. tak jadi nak menaip. Biarlah dia tidur di situ. Aku boleh buat benda lain. Aku cuba capai Yuki, tapi Yuki taknak. Dia sibuk mengajar Vivaldi tatabahasa.

Anak lembu yang aku fikir tidur atas keyboard tu, rupanya bukan tidur. Dia dah mampus.

****

Akhirnya R2D2 kembali meraung pada pukul 1244 tengah malam. Sms kedua hari ini. Harap-harapnya dari kaum hawa.

Dari Spyz rupanya;

“Kungfu Panda 9/10. 1/10 lg sbb pendek. 1hr 5min n too simple.”

Chaih! Tak tanya pun!

Dan telefon terus sepi.

“Mike kena biasakan diri dengan kesepian le nampak gayanye weih” kata Vivaldi di sebelah aku (bunyi orang Perak).

Aku kasi sedas penampar pada Vivaldi. Aku masuk tidur.

This entry was posted on Sunday, June 22nd, 2008 at 11:26 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 comments so far

 1 

hi!
entri ini sgt menyedihkan… :sad:
tapi, kucing2 yg bersayap sgt cute :smile:

June 23rd, 2008 at 11:09 am
 2 

hahah aku suka aku suka ini entri..
aku minat kucing tapi yang terbang punya aku belum nampak lg

June 23rd, 2008 at 11:41 am
ayobkelubi
 3 

hehehe,ini betul bosan tahap dewata raya peringkat ke 15 jurus membelah bumi terbelah tiga belas untuk dibahagikan kepada dewa-dewi gunung olimpus ni.

June 23rd, 2008 at 1:12 pm
jigo
 4 

Layan ganja sebelum tidur amat-amat tidak digalakkan, apatah lagi kalau sedang kesunyian. He he!

June 24th, 2008 at 11:56 am
 5 

kesiannya kamu… bosan tahap dewa ni… haha!

June 24th, 2008 at 3:25 pm
sinaganaga
 6 

Mana Kulat2? Hanim? Ilyana? Oh, mereka ada di bawah katul aku rupanya. Sorry, lupa.

June 26th, 2008 at 8:41 am
sinaganaga
 7 

katil. bukan katul.

June 26th, 2008 at 4:54 pm
nazri
 8 

Ira - Ya, cute

Emp - Kau cuba pandang dengan mata hati kau, akakakakaka

Yob, Jigo, Diela, Naga - Ya

June 26th, 2008 at 5:28 pm

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment