20 Jun 2008 BILA KUCING BERTERBANGAN
 |  Category: jurnal

Andai kata,

Kucing mendapat sayap,

Terbanglah dia mencari manja,

Berguling-guling di dalam awan,

Berbunyi

Berkawan dengan sang helang,

Berbahagialah,

Mencari singgahsana,

Andai kata,

Kucing mendapat sayap,

Semakin indahkah dunia ini?

Bila kucing menabur air-air cinta,

Mengisi haus dahaga,

Bergesel,

Memberi ketenangan,

Bila Kucing berterbangan,

Membawa senyuman,

Membawa pujuk rayu,

Mengisi kosong yang ada dalam hati,

Bila kucing berterbangan,

Mungkin tiada lagi cerita duka,

Kerana hari-hari yang dilalui,

Hanya cerita ceria,

Cerita ceria,

Andai aku dapat sayap,

Aku terbang bersama-sama kucing

….

….

Nazri M. Annuar

Wangsa Melawati, 20 Jun 2008

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses

  1. 1
    Taf Teh  
    Friday, 20. June 2008

    Ohhhh…. kesian.

    Tapi dalam saifai, boleh ajer cipta watak kucing bersayap ni. Ok, start tulis novel Aku Lelaki Malang Yang Baik Hati Yang Telah Di-dot-dot-dot kali kelima. :roll:

  2. bole x buat cita pasal kucin gay ada sayap? aku ada 3.

  3. alahai sedihnye..
    telah di dot-dot-dot ke huhu..
    aku baru sekali..
    btw, boleh aku pinjam karya ni buat ngorat awek tak?

  4. Taf Teh - ooooo

    Ney - Kat kampung aku pun ada kucing gay.

    Emphbone - Silakan.

Leave a Reply