Dalam masa kurang dari 20 minit lagi makan selesailah hari pertama aku berpuasa untuk tahun ini. Ambil peluang dari pembatalan sesi berbuka puasa bersama Emma untuk duduk di rumah dan mengemaskini blog.
Antara perkara menarik tentang dunia ramadhan aku;
1. Aku mendapati, sejak tahun lepas lagi, laman web waktu berbuka puasa JAKIM tidak “Kuala Lumpur Friendly”. Mana la aku nak tahu waktu di PUTRAJAYA itu juga merujuk kepada waktu di kawasan Kuala Lumpur yang lain.
2. Berlapar, haus dan mengelakkan dari memandang gadis-gadis aku boleh hadapi dengan riang. Ada satu benda yang betul-betul menguji hidup aku dalam bulan Ramadhan yakni - TAK BOLEH HISAP ROKOK.
3. Buffet Ramadhan sungguh merugikan untuk aku. Habit aku sejak dulu - aku berbuka dengan air yang bapak banyak dan makan benda seperti murtabak, kuih, roti atau makanan sewaktu dengannya. Cukup. Menjelang pukul 10 ke atas, baru aku bantai makanan yang berat-berat. Maka konsep berbuka puasa buffet di restoran-restoran itu cukup merugikan kerana apa yang aku makan sudah semestinya tidak menyamai dengan apa yang aku bayar. Selalunya BUffet berbuka aku hadir atas mengambil hati teman-teman yang mengajak.
4. Hikmah bulan Ramadhan - Kita boleh jumpa murtabak RM2 tiap-tiap hari dan di mana sahaja.
5. Masa budak-budak dahulu mak akan beri RM1/sehari kalau berjaya puasa sampai ke waktu berbuka.
6. Bulan Ramadhan (ketika aku bekerja di Art Square) adalah bulan yang mewah kerana pada waktu inilah banyak majlis berbuka puasa bersama artis diadakan. Aku ikut menempel rakan wartawan hiburan.
7. Majlis berbuka artis-artis ini selalunya menjemput rumah anak yatim atau ibu-ibu tungal. Ada majlis yang aku tengok anak yatim diletakkan di meja yang terasing dan ada juga majlis yang bercampur dengan artis-artis. Bagi aku, sepanjang majlis sebegitu yang pernah aku pergi, Maznah Zulkifli, selain cantik bagai dewi kayangan, dia juga artis yang paling melayan baik anak yatim. Dia pergi ambil makanan untuk anak yatim, layan anak yatim di mejanya, berbual, tanya apa tak cukup dan sanggup biarkan mereka makan dahulu sebelum dia pergi mengambil makanannya sendiri. Artis lain ada yang layan juga anak yatim ni, tapi tak sehebat Maznah Zulkifli ini.
8, Bulan Ramadhan juga aku suka kerana waktu inilah peluang bertemu dengan kawan-kawan yang jarang aku jumpa. Selalunya aku akan jumpa dalam acara berbuka puasa bersama kawan-kawan sekolah, kawan-kawan bekas opis lama dan sebagainya.
9. Aku suka tengok rancangan Sejarah Islam yang begitu banyak disiarkan sebelum waktu berbuka puasa.
10. Drama RUMAH KEDAI adalah satu nostalgia.
11. Orang Melayu mengambil alasan “puasa” untuk tidak produktif.
Okey, sudah sampai waktu untuk berbuka, Tata.
Klik Baca seterusnya di bawah untuk nota tentang Art For Grab:
ART FOR GRAB/ ANNEXE CM/AHAD
- Aku lupa acara ini sehinggalah Alina sms.
- Sampai di Annexe, nampak seorang blogger terkenal ahli keluarga mpr (dia dah terkenal, tak payah sebut nama dia kan?) sedang berada di depan pintu dewan tingkat tengah. Ada acara apa entah. Aku dan blogger terkenal ahli keluarga mpr naik tingkat atas untuk acara Art For Grab.
- Amir Muhammad tegur blogger terkenal ahli keluarga mpr. Aku tengok-tengok barang.
- Awek baju putih pakai button punya mata paling cantik yang pernah aku tengok. Aku suruh Alina kirim salam. Alina taknak.
- Bernice Chauly baca sajak Neruda. Aku suka Neruda.
- Lepak dengan Ise di tepi tangga. Berbual tentang hati dan perasaan. Amir Muhammad muncul dan senyum. Aku ingat dia tegur Ise sebab Ise lebih terkenal dari aku. Tapi Ise kata Amir Muhammad tak kenal dia. Takkan Amir Muhammad tegur aku sebab aku tak terkenal langsung. Aku dan Ise pandang belakang, kalau-kalau ada orang di belakang kami. Yang ada cuma Fire Extinguisher. Takkan dia tegur Fire Extinguisher tu?
- Orang yang aku kenal dan dia juga kenal aku dan kami bertukar hai: Azwan Ismail, Hafiz ‘aku bukan pelacur’, Liyana Yusof, Nikmat Hashim, Sultan Muzaffar, Shahril Nizam, Muhammad Sabtu.
- Aku beli satu sahaja barang. DVD shortfilm.
- Dapat kalendar Nik Aziz dari booth Gerak Budaya. Aku tengok-tengok juga kalau ada kalendar Nurul Izzah. Macam tak ada.
- Namanya Art For Grab, tapi ada juga barang yang aku rasa tak jatuh dalam kategori ‘Art’
- Setelah bosan, melepak dengan Ise di Pondan Indah.

Monday, 1. September 2008
selamat dah puasa hari ni…
Tuesday, 2. September 2008
Aku pergi hari ahad juga. Jumpa Ise juga. (Dan rasa macam nampak Alina berambut pendek sedikit juga). Tapi tak jumpa kau pun????
Tuesday, 2. September 2008
Weh! Blog ko masuk ‘dari blog ke blog’ sinar harian hari nih.
Tuesday, 2. September 2008
weh, sapa letak weh?
Tuesday, 2. September 2008
selamat berpuasa kat suma makhluk beragama islam kat dunia dan selamat menyambut hari raya yg akan menjelma….
Wednesday, 3. September 2008
selamat berposa..!
Wednesday, 3. September 2008
abg naga: dah terjumpa, kenapa tak tegur? saya ni rabun. tak nampak orang.
Wednesday, 3. September 2008
nazri. bukan taknak kirim salam. tapi eh, apsal kena jadi agen orang tengah?? huhu. lagipon, awek pakai button yang mana eh?? yang jual kad raya tu eh? nak nombor tepon?
Wednesday, 3. September 2008
Hegira - saya main-main sajalah. Jangan percaya dengan apa yang saya kata