Sekarang aku tahu kenapa kita patut bangga menjadi warga Malaysia.
1. Tanpa sedar, rakyat Malaysia sebenarnya dilahirkan dengan kuasa mata teleskop untuk membaca perkataan-perkataan pada banner ini.
2. Kuala Lumpur sebagai sebuah tempat yang sentiasa sibuk dan bergerak pantas adalah MITOS.
Buktinya, pemandu kereta yang melalui kawasan ini sempat untuk membaca keseluruhan "JADUAL PROGRAM" sambil memandu kereta.
Orang yang kreatif ialah orang yang buat benda yang manusia lain tidak terfikir nak buat. Aku percaya pengarah seni agensi periklanan yang mengendalikan 'billboard' di sekitar Kuala Lumpur menangis tak henti-henti bila melihat banner ini.
Kalau setakat letak gambar model dan satu dua ayat campur logo jenama, rugi.
Letak gambar produk dengan satu dua "catchy tagline", rugi.
Nah, kita maksimakan dengan letak semua sekali.
Sungguh tauke agensi periklanan ini tidak terfikir "Buku Aturcara" boleh mengalami evolusi menjadi banner.

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia!!!


wtf ?
Pegawai2 kerajaan mmg ramai yang bodoh..
aku tahu itu.
Tuan Nizam (tumpang ya Tuan Vovin),
Perkataan "bodoh" itu agak keterlaluan. Lebih baik kalau ayat itu berbentuk seperti, "Pegawai2 kerajaan kebanyakannya bodoh," maksudnya tidak semua bodoh. Risau kalau-kalau bodoh itu terbalik kepada diri sendiri. Berhati-hatilah.
Kalau dalam teori pengiklanan, Bulan Bahasa dan Sastera Negara itu sudah cukup capai syarat mesej bagi sebuah banner, lima perkataan tak lebih sebabnya orang memandu. Kalau mahu mantap, tambah laman web di situ.
Buku Aturcara majlis pada banner. Hmm mungkin ini untuk orang yang lalu lalang dan ketika lampu merah.
Tahniah DBP, sekurang-kurangnya dalam kesesakan di tepi bangunan DBP, adalah satu-dua tarikh dalam fikiran pemandu untuk difikirkan pergi.
Kata P.Ramlee dalam Tiga Abdul, "Ini namanya Ekonomi!"
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com
tu lah korang tak tahu trick banner nih. untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. pasti semua nya akan bawak kereta slow. dan untuk elakkan kebosanan bila ada traffic jam. isy. bijak sungguh mereka ini.
Tuan Anuar Mansor,
maaf jika kedengaran keterlaluan perkataan bodoh itu.
Tapi saya percaya, bahawa kelancangan lebih memberikan kesan. Sedangkan lemah lembut, berlapis dan beradab 'sangat' dah tak memberi kesan lansung pada hari ini.
Istilah ramai juga dikira selepas lebih dari 3 atau masalh nak mengira dengan tepat. Ramai juga tidak bermaksud semuanya.
Bayangkanlah, kes banner itu.. untuk menaikkannya pun memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang (tapi aku percaya lebih). Mungkin 5 atau 6 orang. Yang pasti, tukang mengarahnya mungkin 2 jika tidak 1. (krisis redundant order).
Apakah daripada yang selebihnya itu tiada sorang pun mampu berfikir dan berkata dengan jujur dan punyai 'telur' :
"Tuan!, saya rasa sukar orang nak membaca teks yang sebesar ini pada kedudukan setinggi ini!. Ianya adalah 'kebodohan' yang sedang kita lakukan!.
Saya juga yakin, ramai orang tidak berminat lansung nak tahu banner itu tentang apa.. dan pastinya ramai yang berkata dari dalam kereta mereka:
"Sapalah bodoh sangat gantung banner tulis besar itu di tempat setinggi itu?".
- sedangkan bangunan DBP itu sepatutnya punyai ramai orang yang bijak-bijak belaka.
Ah.. Nah... mungkin ia seni..
(err ye ke DBP punya bangunan - atau macam.. aku tak berapa sure plak. sori.. )
Lebih kurang mcm letak B/g dgn font sama kalerr...
Atau guna tulisan org buta utk 'si celik'
Oooo.......
Itu mmg genius campur save bajet. Maklumlah, sekarang kena berjimat cermat.
Apalah korang! Cuba buka besar2 otak tu. Sebenarnya, tujuan asal DBP sudah berjaya.
Mereka sengaja buat begitu supaya ada bloggers buat topik fasal banner mereka. Sekaligus, dapat publisiti dan mesej BULAN BAHASA dan SASTERA NEGARA mudah tersebar di internet.
Sekarang mereka harapkan topik ini tersebar di email pula. Ya, inilah tujuan asal mereka.
Ha ha ha ha ha ha
salam..
wow! sememangnya kreatif..
tujuannya bukan apa.. hendak menggalakkan orang ramai datang ke DBP.. berhimpun dan bersama-sama membaca..
hohoho..
minyak mahal lagi. manade orang nak drive pegi DBP.. tambah2 untuk baca buku.. lebih baik pergi ke Mid Valley kata mereka. :p
Fuck, dalam dunia filem je hero buruk camtu boleh dapat awek cun macam gitu! Fuck! Penipu, penipu! Filem penipu!