30 Jul 2008 BUAT CINTA, ATAU TAK ADA APA-APA LANGSUNG - SUMBANGAN ANGIN
 |  Category: jurnal

Budin budaknya baik. Tak suka bermusuh.

Budin budaknya lurus, bukan kerana terencat akal, tapi dek sekolah tak tinggi. Perbendaharaan kata Bahasa Inggeris memang kurang. Budak darjah satu yang baru tahu apa makna Chicken pun rasanya konfiden bila bercakap BI dengan Budin.

Perasan tak iklan New Straits Times di mana pelancong asing bertanya arah dan budak-budak sekolah jadi gabra tak tahu nak menjawabnya? Ha, Budin boleh berlakon menjadi diri sendiri.

Budak-budak pakat nak gaduh. Katanya rumah sana pukul budak rumah sini. Mencuri dema kata. Budak Palapes dah turun. Budak-budak skin pun dah ramai. Rempit-rempit pun dah pakat bersemangat. Setakat nak menggulingkan jajahan kampung barang sehari dua tu dah boleh sangat. Tinggal tak ada bendera saja nak pacakkan.

Budin budak baik tak mahu gaduh. Semua orang suka padanya. Dan dia tak mahu orang lain bergaduh. Dia tak peduli kalau dirinya dipukul sebab tak mahu gaduh.

Dia ambil kanvas besar buat tutup motor vespa kawan. Diambil spray lalu diconteng satu ayat tanda protes.

Kanvas tu direntangkan depan rumah.

Tak lama kemudian budak-budak tak jadi gaduh. Palapes balik tempat dia. Budak skinhead entah ke mana.

Tak pasti sebab apa.

Mungkin mereka nak balik menangis tersedu-sedu dalam kehibaan  dalam bilik masing-masing bila melihatkan kain kanvas Budin yang tertulis “MAKE WAR NOT LOVE”.

Budin dah arwah.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses

  1. 1
    fafarafa  
    Wednesday, 30. July 2008

    Reverse Psychology tu…heheheheh

  2. aduiiii.. buleh tak jangan letak nama sy secara terang-terangan (seperti di sticky)… haha.

  3. Wow! prinsip budin dalam mengatur strategi cukup tersusun! haha!

  4. Excellent blog!!! Have a nice day!!!

Leave a Reply