Di sini…kucing boleh terbang

CLOVERFIELD

cloverfield_theatrical_poster.jpg

Aku ada verdict yang mungkin tidak digemari oleh sesetengah orang. Cloverfield berjaya buat apa yang Blair Witch Project tak dapat buat, sebuah filem pening yang menghiburkan. Pendek kata, aku agak suka dengan ini filim disebalik ramai teman tidak menyukainya. Lantas, tidak hairan, pendapat terbahagi dua, suka atau tidak suka.

Sesiapa yang biasa mengikut perkembangan filem-filem "Coming Soon" sudah sedia maklum teaser Cloverfield dimuat dalam alam siber sejak awal 2007 lagi. Semua pengikut filem tertanya-tanya tatkala sebuah poster tanpa tajuk dengan imej Statue Of Liberty tak ada kepala. Cerita apa ini? Sebuah lagi monster movie? Adakah kita akan saksikan satu lagi filem sial seperti Godzilla? Tidakkah mereka belajar dari kegagalan Godzilla? Malah ada spekulasi mengatakan ia filem Voltron. Tapi peminat-peminat filem sepakat bahawa sebuah lagi Monster Movie bakal berlabuh di pawagam.


J.J Abrams dengan sabar memberi teaser buat komuniti internet. Dia sebarkan sedikit dan sedikit klu filem ini. Malah laman web rasminya hanya dipancarkan dengan beberapa keping gambar manusia bersuka ria di dalam sebuah parti.

Ini kelebihan Cloverfield. Laksana formula Jaws dimana monster yang menyerang itu lebih menakutkan penonton bila tidak ditunjukkan dalam skrin. di mana Godzilla gagal kerana tidak mengikut formula tersebut.

Tapi pembikin Cloverfield tahu mereka mesti menawarkan sesuatu yang lain. Bukan setakat formula di atas sahaja.

clover-01.jpg

Maka datanglah premis umpama Blair witch Project. Kisah sekumpulan orang muda yang berada di dalam parti, di tengah bandar Big Apple tatkala satu gegaran berlaku. Semua terpinga-pinga (dan kalau real life - aku jamin lebih separuh orang putih dalam parti itu mula terbayangkan wajah lelaki Islam, berjanggut sedang menerbangkan pesawat menuju ke New York). Tapi nampaknya kali ini gegaran itu bukan kerja orang Islam atau mana-mana lelaki yang bunyi namanya seperti orang Arab. Sebaliknya seekor raksasa yang amat besar datang mengamuk ibarat seorang perempuan yang baru tahu teman lelakinya menjalinkan hubungan seks dengan perempuan lain.

Lima karakter utama ini terpinga-pinga dan cuba menyelamatkan diri. Mereka tersepit dan sepanjang perjalanan menuju ke tempat selamat, masing-masing berdepan dengan bermacam-macam bahaya.

clover-02.jpg

Cloverfield dibikin dengan satu cara unkonvensional, menggunakan 'hand-held' handycam dari mula sampai habis. Ini mengingatkan aku dengan sebuah filem Sweden yang aku tengok di rumah Finas dalam program tayangan filem Eropah dahulu (sebelum ada rakyat Malaysia yang bertugas sebagai polis moral bertindak menjadi warga Malaysia prihatin dan menutup program tersebut). Maaf aku dah terlupa tajuknya, cerita mengenai seorang tukang kayu dengan anaknya. (Kalau aku salah sila betulkan).

Teknik ini membuatkan ramai manusia (baca: penonton) muntah. Tak kurang yang keluar sebelum filem habis. aku tak salahkan mereka. Memang teknik ini memeningkan. Tapi kenapa perlunya Cloverfield dibikin dengan teknik ini? Kerana kalaulah Cloverfield dibikin dengan teknik rakaman konvensional, aku amat pasti Berardinelli sendiri pun takkan beri filem ini 3 bintang. ia akan jadi seperti Godzilla. aku akan cakap "So, apa yang menariknya?". Ia akan jatuh dalam kategori "Been there, done that". Ia akan jadi begitu klise dan tak ada siapa pun yang akan suka.

Juga kerana raksasanya amat boring. Raksasanya begitu membosankan dan tiada apa yang menarik tentangnya selain dari aku tak tahu dari mana datangnya. Lantas teknik penceritaan POV mangsa menyelamatkan raksasa itu dari dicemuh sebab tak best.

Kecuali, filem The Host (aku angkat The Host termasuk dalam senarai 10 monster movie terbaik sepanjang zaman). Tetapi J.J Abrams, Matt Reeves dan krewnya bukan orang Korea. Maka mereka tidak akan dapat menghasilkan sebuah cerita sehebat The Host. Hanya orang Korea yang mampu terfikir cerita sebegitu gah. Mereka mesti fikirkan alternatif lain.

Satu keunikan lagi ialah, tipikal monster movie melibatkan karakter utama punya kaitan secara terus dengan monster tersebut. Kita boleh lihat dalam (sekali lagi) Godzilla, di mana si hero cuba nak mencari Godzilla tersebut atau Jaws, di mana hero cuba nak membunuh si jerung malah dalam Eight Legged Freak di mana labah-labah datang menyerang rumah hero.

Tapi dalam Cloverfield, karakter utama cuma nak melarikan diri dari raksasa itu. Raksasa tersebut bukan nak kejar mereka dan kesulitan yang mereka alami (selain dari adegan dalam terowong subway dan ending scene) bukan datang secara langsung dari raksasa tersebut. Beginilah sahaja, ibarat filem Godzilla, kita tak tengok Matthew Broderick sebaliknya kita nak tanya apa jadi pada 'extras' yang bertempiaran lari semasa Matthew Broderick pergi ke arah Godzilla.

clover-03.jpg

Dan aku percaya ramai yang tidak puas hati kerana tidak diberi jawapan tentang latar belakang raksasa ini. Inilah satu lagi keunikan Cloverfield. Tiada ada adegan lelaki pakai kot putih dari makmal menerangkan tepat-tepat ke kepala otak penonton tentang raksasa ini. Semuanya spekulasi. Semuanya ada jawapan yang tersendiri. Peminat-peminat filem Nana Tanjung mungkin kecewa kerana mereka terpaksa berfikir sedikit bila menonton filem begini. Lagilah haru bila mereka tidak diberikan penjelasan di akhir cerita. Memang aku akui lari dari formula filem Melayu.

Sebab kadang-kala, sebuah filem yang bagus bila penamatnya tidak jelas, tidak diberitahu sepenuh. Macam filem Squid And Whale, walaupun sebenarnya macam langit dan bumilah juga kalau aku nak bandingkan Cloverfield dengan Squid and Whale.

Si produser J.J Abrams, yang terkenal dengan siri Alias dan Lost, terus memahatkan namanya sebagai seorang lelaki yang memang suka mindfuck penonton. Macam David Lynch (ada orang tak setuju, tapi bagi aku dua-dua ekor sama sahaja, mindfuck penonton). aku harap J.J Abrams akan keluar idea baru untuk produknya akan datang. Nanti orang akan bosan, asyik kena mindfuck. (Serupa macam Lynch, itu sebab dia tak selalu bikin filem).

Apa pun Cloverfield sebuah filem yang berada di atas pagar. Orang mungkin suka dan mempunyai sebab kenapa dia suka. Orang mungkin tak suka dan percaya dengan pendapatnya. Apa pun, aku sendiri tak pasti bila Malaysia nak ada monster movie-nya sendiri. Apa kata buat cerita kucing raksasa? Aku ada idea, hello Aziz? hello Mamat? hello Bade?

Aku tak nafikan ini sebuah filem pop-corn (itu verdict Fadz). Tapi memang monster movie begitu layaknya. Tetapi yang perlu kita tengok sejauh mana kualiti pop cornnya? Kalau Godzilla adalah karamel pop-corn TGV yang lesu, Cloverfield adalah Salted Pop Corn yang agung dan tunggu 10 tahun lagi, ia akan menjadi klasik.

Nota:
1. Aku setuju dengan Berardinelli, rupa dan gaya Lizzy Caplan sebijik macam Zooey Deschanel.
2. Aku tak memuatkan perbincangan teori monster itu dalam entri. Mungkin (kalau ada masa) dalam entri lain.

4 Responses to “CLOVERFIELD”

  1. The Host super hebat sebab tak ada hero kebal maut. Dan elemen orang-orang tersayang mati dibaham gergasi berudu... Ohhhhhh, Maha fusyen!

  2. Lol @ The Host takde hero kebal maut.

  3. Filem Hollywood selama-lamanya takkan mampu buat ending macam The Host.

    at least filem mega blockbuster diorang.

  4. aku tak tahu kenapa aku prefer The Relic melebihi Cloverfield, haahahahahha, jangan mara ah:p

Leave a Reply