Aku kini tinggal di Setapak.
Banyak kali dengar lawak “Setapak”, terutama bila aku harus menjawab soalan “kau tinggal di mana?”.
Malam tadi ada seseorang yang buat lawak Setapak lagi.
Dalam bentuk teka teki;
“Area mana yang paling dekat dengan KL?” soalnya.
Jawapannya, “Setapak!” (ya, sebab hanya se-tapak sahaja untuk ke KL)
Ya ya, sudah lame. Tapi aku harus beri kredit kepada penyampaiannya. Ini kali pertama lawak Setapak digubah dalam teka teki sedemikian rupa, sekurang-kurangnya yang aku dengar, dan buat aku ketawa.
Ayuh, bermain dengan lame.
Berikan lawak SETAPAK anda yang paling kreatif (TAK SEMESTINYA DALAM BENTUK TEKA TEKI).
Aku akan hadiahkan RM5 kepada lawak yang paling aku suka.
Tarikh tutup penyertaan sehingga entri yang berikutnya.

Wednesday, 6. August 2008
setapak sulaiman
Thursday, 7. August 2008
Setapak kaki balik rumah
Thursday, 7. August 2008
haha. tak pandai dowh reka cipta teka teki. bab nih kena serah pada pp.
Thursday, 7. August 2008
kalau setapak ada bini, apa nama bini dia?
jawapan: SETAMAK.
(laki = pak. bini = mak.)
Thursday, 7. August 2008
Siapa nama anak Setapak?
Jwpn: Setabak (starbuck)
Thursday, 7. August 2008
Setakat perkataan Setapak tuh tak la pelik..
korang pernah dengar ‘Sempueh?’ ‘Sememeh’?
aaarr.. apela aku ‘meraban’ nih.. hehehe
Thursday, 7. August 2008
salam kenal, tersinggah kat sini masa cari info ttg blook. nak cuba gaks ler:-
patrick star parking kat setapak (star park)
Thursday, 7. August 2008
Kalau ini setapak (sambil melangkah 1 tapak), ini pulak apa (sambil melangkah 10 tapak).
Friday, 8. August 2008
si tapa serta paknya tinggal di setapak.
.
.
.
Ok. Aku memang takde bakat buat lawak.
Saturday, 9. August 2008
miezan - aku tak faham sebenarnya soalan kau.
Kalau kau maksudkan setting whisper ni, ia boleh install plugin.
Saturday, 9. August 2008
ayat power setapak dlm ‘PGL’
-setapak melangkah..
dua langkah ingatan kanda pada dinda..-
Sunday, 10. August 2008
Setapak Setapek Setapik Setapok Setapuk. Bunyi tapak kaki kuda ku kita menghampiri kandangnya.