CUMA 10 MINIT KE KEY EL SHE SHE
Aku kini tinggal di Setapak.
Banyak kali dengar lawak “Setapak”, terutama bila aku harus menjawab soalan “kau tinggal di mana?”.
Malam tadi ada seseorang yang buat lawak Setapak lagi.
Dalam bentuk teka teki;
“Area mana yang paling dekat dengan KL?” soalnya.
Jawapannya, “Setapak!” (ya, sebab hanya se-tapak sahaja untuk ke KL)
Ya ya, sudah lame. Tapi aku harus beri kredit kepada penyampaiannya. Ini kali pertama lawak Setapak digubah dalam teka teki sedemikian rupa, sekurang-kurangnya yang aku dengar, dan buat aku ketawa.
Ayuh, bermain dengan lame.
Berikan lawak SETAPAK anda yang paling kreatif (TAK SEMESTINYA DALAM BENTUK TEKA TEKI).
Aku akan hadiahkan RM5 kepada lawak yang paling aku suka.
Tarikh tutup penyertaan sehingga entri yang berikutnya.
This entry was posted on Wednesday, August 6th, 2008 at 2:04 am and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




Ike August 7th, 2008 at 2:30 am
Setapak kaki balik rumah