Saya mula menulis blog sekitar tahun 2002.
Saya mula menulis fiksyen (dan non-fiksyen) sekitar tahun 1993 lagi.
Masuk tahun 2008, saya kira blog sudah menjadi satu kepentingan, termasuk di kalangan penulis warga baru dan lama. Kita mempunyai blog penulis muda meningkat naik seperti Saudari Nasriah mewakili golongan muda dan sasterawan seperti Marsli N.O mewakili golongan tidak muda. (sekadar menyebut beberapa nama).
Adakah mereka patut dipanggil blogger?
Saya rasa tidak. Lebih mulia jika mereka dipanggil ‘penulis’ atau ’sasterawan’
Kadang-kala kekeliruan (yang bukan saya sahaja alami) datang dari pembaca bila tidak tahu meletakkan saya sebagai blogger atau penulis?
Ini juga terjadi ketika saya mengendalikan MASKARA bila ada wartawan dan juga sesetengah pemilik blog yang menyifatkan majlis tersebut sebagai Malam Blogger beraksi. Saya sedikit terasa bebannya kerana majlis tersebut sebenarnya bukan begitu sifatnya. Kebetulan manusia yang beraksi dalam majlis tersebut, majoriti mempunyai blog, tetapi majlis itu tidak layak dipanggil majlis untuk blogger. Mereka yang beraksi di dalamnya punya cabang seni tersendiri dan pengiktirafan yang sewajarnya patut diambil kira.
Saya ambil contoh sahabat penulis, Nazmi Yaakub. Barangkali ramai yang selalu menjenguk blog beliau di kawat.blogspot.com. Nah, bagi saya beliau lebih layak dipanggil seorang penulis, bukan blogger, walaupun ya, beliau aktif dengan menulis artikel dan membangunkan blog sendiri. Kerana panggilan ‘penulis’ itu lebih memuliakan dirinya dari segi hieraki pangkat.
Untuk saya (saya tak tahu orang lain), terkenal sebagai blogger adalah satu bonus, di mana saya mungkin bangga pada hari pengiktirafan itu tetapi sudah lupa pada keesokan harinya.
Tapi terkenal sebagai seorang penulis adalah perjuangan saya, yang akan saya ceritakan kepada anak cucu sampai mati. Ia adalah jiwa saya. Jika ditakdirkan blog sudah tiada pun, saya akan terus menulis dan bercerita.
Saya adalah seorang penulis dan blog hanyalah alat untuk menyampaikan tulisan saya.
Tinta;
Nazri M. Annuar
Wangsa Melawati, Jun 2008

Monday, 30. June 2008
ah. setuju. sangat setuju. kerana zaman ini, perkara kadang-kadang segera sangat menjadi ‘obsolete’.
Tuesday, 1. July 2008
beb, terkesan dengan komen kau.
teruskan perjuangan.
aku pun boleh jadi penulis kah?
Wednesday, 2. July 2008
Blogger, asalnya istilah yang dirujuk kepada laman untuk membuat blog dan kemudian menjadi satu istilah yang dipadankan dengan orang yang menulis blog. Benar kata saudara, kini blog jadi medan tampilkan karya. dan penulis tetap penulis.
Thursday, 3. July 2008
bagi aku yg buta it ni blok hanya sekadar batu blok atau pun..”eh rumah ko kat blok apa ha?”
Tuesday, 8. July 2008
Bila Tuan Vovin mahu menghantar karya sains fiksyen? Jiwa penulis sudah ada tuuu…
Tuesday, 8. July 2008
Akan saya usahakan, InsyaAllah
Thursday, 10. July 2008
aku pun nak claim sebenarnya aku adalah ‘pengulas filem’ yg menggunakan blog sbg medium.. sewajarnya aku dipanggil ‘pengulas filem berwawasan yg mempunyai blog lalu dipanggil blogger hiburan’.. err! panjang sgt kot erk?..
p/s: aku tau kau adalah ‘penulis’ coz kau dah ada BUKU yg diterbitkan secara komersial.. ofkos layak dipanggil ‘penulis’.. btw, bro ‘blogger’ pun tak dah semcm ‘title’ yg boleh dibanggakan kalau blog kita mmg dikenali sbg ‘blog khusus utk sesuatu subjek’.. apa2 lah.. aku respek kau sbg vovin ‘blogger’ a.k.a. Nazri ‘penulis’.. errr! poning pala den!