SELASA
Hari ini aku terserempak dengan G. Aku tak tahu nak kata apa. G cuma senyum. Tapi aku perasan Y yang berdiri di sebelah G turut memandangku. Aku kira Y cemburu. Mungkin insiden semasa di kedai makan T hari itu membuatkan dia masih berdendam denganku. BIarlah.
Senyuman G mengingatkan aku pada senyuman E. Saling tak tumpah. Aku kira aku harus bersetuju dengan Q. Dulu aku marah Q, kataku, mana sama. Tapi hakikatnya, seolah-olah G adalah jelmaan semula E.
RABU
Aku rungsing. Aku baru dapat panggilan dari D. Kata D dia nampak G berjalan dengan A di V. Aku tahu aku tak seharusnya memikirkan yang bukan-bukan. Tapi bukankah A sudah ada J. Tambah pula dia memasang skandal dengan L. Berapa ramai lelaki yang dia mahukan?
Dalam masa yang sama aku mendapat sms dari B. B masih menangih cintaku. Haruskah aku berterus terang sahaja kepada B bahawa aku sudah tiada hati untuknya? Sekurang-kurangnya selepas tragedi P itu. Lagipun aku rasa Z lebih sesuai dengan B. Mereka ibarat pinang di belah dua.
BACA LAGI:
KHAMIS
G menelefonku. Hatiku berbunga riang. Dia menjelaskan A hanya kawan biasa. Lagipun A sekadar mengajak keluar kerana mahu menceritakan masalahnya dengan J. Berita terbaru aku dengar, F pula sudah mula hendak mencucuk jarum untuk mendapatkan A. Dasar perempuan sundal. Aku harap H pun tak termakan dengan pujuk rayu A. Aku kasihankan H. Hatinya masih belum pulih selepas dihancurkan oleh W.
G mengajaku tengok wayang hari sabtu ini. Tapi bagaimana sedangkan aku sudah menerima ajakan C. Ah, aku boleh saja batalkan. C memang nak mempergunakan aku, rapat dengan aku untuk mendapatkan Q. Bila difikirkan kelakar juga. C tak pernah putus asa untuk memenangi hati Q. Aku harap Q sedar ada lelaki setulus C di depan matanya. Lebih baik dari U yang tak habis-habis nak mengikis duit Q.
JUMAAT
C marah-marah. Aku cuma geleng kepala. Aku tebus kesalahan aku dengan memberitahu apa yang Q suka. C sudah tak marah-marah. Hari ni cikgu X bad mood. Entah apa yang membuatkan jiwa cikgu F kacau. Aku memang menyampah dengan cikgu F. Perasan cun. Q pun kata begitu.
SABTU
G ambil aku dengan motor K. Dari dulu aku minat motor K. G kelihatan sungguh seksi dengan motor K. Kami ke KLCC. Cadang nak tengok cerita O. Tapi dah habis. G ajak aku jalan-jalan di taman. Entah macam mana sialnya aku terserempak dengan Y. Y berjalan dengan U. Mereka dah couple balik ke? Y buat-buat cool. Tapi aku tahu perasaan hatinya.
G tarik aku pergi. Dia seperti perasan yang Y sudah lain macam. Kadang kala aku pelik juga. Mereka kawan rapat. Aku kagum dengan ketabahan G. Y pernah merampas S dari G. Tapi G buat tenang saja. Tapi sebenarnya aku tahu dalang disebalik tragedi itu adalah A. A memang berhati busuk. Kemudian dia kenakan R. Konon R yang menjadi punca perpisahan G dan S. Padahal S dan R memang baik sejak kecil. Tapi aku puas bila A ditampar oleh M. M begitu marahkan A kerana mengenakan adiknya. Padan muka. Aku dan B menjadi saksi kejadian.
Tapi A memang tak pernah serik agaknya, Contoh terbaru J yang dirampasnya dari I. Perempuan sundal tu memang nak kena. Aku harus berhati-hati. Dia mesti dengki melihat aku dengan G. Aku takkan biarkan dia membuat helah. Kalau F nak terkena, biarkan dia. F pun satu, dia kenal dengan J, seharusnya dia tahu apa yang berlaku pada J. Mungkin F tak kisah. Q pula tak habis-habis nak maki F.
G memandangku. Aku dapat merasakan nyawa E di dalam tubuh G. Aku rindukan E. Tapi itu kisah lampau. B dan D tak habis-habis menasihatkanku agar melupakan E. Tapi bagaimana harus aku lupakan E? B pun macam bagus. Dia tak pernah mahu melupakanku. Lebih baik dia menerima Z. Z tak seperti A. Malah Z jauh lebih cantik dari U. Aku katakan kepada B lebih baik cepat kerana J juga sedang masuk line. Walaupun W pun cuba untuk mencuri hati J. W pun satu, bukankah dia adik B? Kenapa dia tidak menolong?
G memandangku. dengan penuh kasih.
Apakah dapat aku paut cintanya?

Monday, 21. July 2008
Ini adalah siri kedua dalam homage diari budak perempuan masa aku sekolah.
Selain dari penggunaan “DIA”, huruf-huruf juga memainkan peranan dalam menyusun perjalanan kisah hidup seorang budak perempuan.
Monday, 21. July 2008
Adakah budak perempuan sekolah ko tu terkena kenan Dato’ K, dato’ S..hahaha
Monday, 21. July 2008
ABC satu!
Monday, 21. July 2008
alamak.. aku konpius ler.. haha.
Monday, 21. July 2008
ASL pleaseeeeee…
Monday, 21. July 2008
ni kelas algebra ke? banyak benor matematik berhuruf…
Monday, 21. July 2008
woo.. aku kompius sapa suka sapa.. ahahaha.. baca jer lah..
Monday, 21. July 2008
Skema yang sama digunakan dalam surat luahan perasaan atau kaunseling pembaca dalam paper hari ahad.
Monday, 21. July 2008
WTF!!
Entry V kali ini bikin N pening lah!!
Monday, 21. July 2008
Mohon usahakan Ana raffali ke Maskara. Aku jatuh cinta. Dgn seninya.
Monday, 21. July 2008
atau jatuh cinta dgn wajahnya
Monday, 21. July 2008
jatuh cinta dengan kedua-duanya sekali
Tuesday, 22. July 2008
Ya, upacara pemujaan Ana Rafali bermula. Teruskan
Tuesday, 22. July 2008
Ana Rafali (bukan nama sebenar) sangat cute. Aku suka AR.
Tuesday, 22. July 2008
bukan ke kau suka bimbo je?
Thursday, 24. July 2008
ya! setuju amat! ana! ana!
dan jgn lupa si yuna juga! bawa jugak!
kuasa wanita di malam maskara!! huhu..