Aku memang berkira-kira nak tulis mengenai filem Dunia Baru.

Seperti yang kamu agak, aku peminat siri TV Dunia Baru. Bagi aku, kalau seberang jauh sana ada OC, ada Beverly Hills nombor-nombor dan bermacam cerita bersiri remaja yang lain, kita patut bangga sebab Dunia Baru adalah sebuah produk yang berkualiti boleh dikatakan hampir hebat juga dengan siri-siri yang aku sebut tadi.
Sudah tentu ia adalah siri TV gedik. The OC pun gedik juga. Memang itulah format untuk teen series. Kalau tak mahu gedik sila tengok rancangan Mengaji bersama Ustaz Zawawi.
Sang Sutradara dalam Dunia Baru adalah Hitler yang juga bertanggungjawab menjayakan 2 musim pertama Dunia Baru. Premis agak lari sedikit sebab majoriti cerita bukan berkisar di kolej Unisel. Tapi kali ini mereka bergerak di jalanraya Malaysia kerana mahu mencari Anizah yang diculik oleh mamat gila bayang. Elyana (comel), Mohd Adif, Tajol, Suzanna dan kawan-kawan bergerak mengejar Anizah dalam pengembaraan yang riang ria ribena.
Dunia Baru boleh aku kira post-modernis sebab menggabungkan banyak unsur. Satu benda yang menarik ialah jarang-jarang pembikin filem sudi membuat Road Movie. Maka layaklah Dunia Baru aku masukkan dalam kategori Road Movie Remaja sama seperti Road Trip, Harold And Kumar Go To White Castle, Y Tu Mama Tambien dan Sideways.
Okey, aku pasti ada yang tembak aku bila Dunia Baru disamakan dengan Sideways.
Adapun, aku menganggap penulis skripnya, Wan Hasliza setaraf dengan Homer (ya, nama Homer Simpson itu diambil dari si dia ini), pencipta Odyssey, moyang kepada segala Road Movie (okey, dia bukan movie, dia puisi).

Perhatikan manusia nombor tiga dari kiri atau nombor dua dari kanan (dari view pembaca, yakni kamu) atau secara khususnya gadis berbaju hijau itu. Dia sungguh comel.
Apa yang aku suka:
- Dialog dan karakter. Aku suka skrip Wan Hasliza. Kalau boleh aku mahu berjumpa dengan dia dan duduk minum teh di kedai dan berborak soal idea dan bagaimana dia menulis. Dia seorang pencerita yang bagus dan kehebatannya membentuk karakter. Sama berbakat seperti Charles Dickens. Sesiapa yang kenal Wan Hasliza sila forward entri ini kepada dia dan hubungi aku.
- Ada beberapa cameo produk placement yang kelakar. Seperti kehadiran krew 999 membuat liputan dan Uncle Seekers sedang buat penggambaran. Sayang dalam adegan 999, pengacara sebenar (Mazidol) tak ada. Kalau si Mazidol yang berada di situ, lebih kelakar.
- Karakter Suzanna paling aku suka. Perempuan yang dalam satu sisi jahat tapi satu sisi baik. Lebih hebat lagi, walau pun jahat, dia masih berkawan dengan budak-budak baik. Inilah kelebihan Dunia Baru bila karakter-karakternya bukan Black And White. Masing-masing ada Grey dalam diri mereka. Ini “membulatkan” proses character-development dan menjadikan cerita lebih enak untuk diikuti.
- Opie (lakonan bakal isteri Elyana comel) menyerlahkan sisi jahatnya. Kehebatan Elyana sebagai gadis comel yang mengisi skrin memang tidak boleh dipertikaikan lagi.
- Lagu Sepohon Kayu versi Punk Rock. Ini satu tempelak kepada polis-polis moral Malaysia. Inilah antara adegan paling kelakar dan paling genius dalam sejarah filem komedi Malaysia sejak beberapa tahun ini. Aku tahu polis-polis moral Malaysia tak senang duduk.
- Aku suka adegan di Setarbak, masa tauke kedai minta bayar, semua tak ada duit nak bayar. Si Suzanna tarik tauke kedai masuk ke dalam dan lepas itu kita tak pernah ditunjukkan bagaimana Suzanna “settlekan” pembayaran. Di sini macam-macam agakan dibuat. Agakan yang lahir berbeza mengikut personaliti dan mind-set si pemikir. Contoh Fadz mengagak si Suzanna kasi Blow Job kerana si Fadz suka dengan elemen seksualiti dalam filem sementara kawan aku Che Wan Sofiatul Shima tidak fikir begitu kerana gaya fikirnya lebih konservatif. Adegan seperti ini juga lari dari norma tipikal penceritaan filem Melayu bila semua benda “mesti dijelaskan” kepada penonton.
- Soundtrack yang menarik. Malah lebih bagus dari banyak filem Indonesia yang sewaktu dengannya.
- Running gag si penculik membawa lari bersama semua saksi. Mula-mula si pekerja Bangla stesen minyak dan kemudian awek dalam rancangan Seeker. Kelakar. Running Gag, jika silap dibikin, boleh memualkan. Aku kira Running Gag dalam Dunia Baru sudah berjaya.
- Elyana comel.
- Adegan pakcik tua kena langgar lepas tu jerit “Tak sakit, tak sakit, tak sakit”.
- Anizah dari mula sampai habis pakai baju musim salji (konon-konon nak try sebab mahu belajar di UK). Jadi kita boleh tengok sepanjang jalan di Malaysia ada awek pakai baju musim salji di negara serba panas ini.
- ELYANA BUAT LAWAK RIBENA! (untuk subteks separa sedar, itu sebenarnya kod “Aku cintakamu Nazri” yang diucapkan di layar perak).

Pehhh, comel gile. Posing yang menceritakan segala-galanya tentang definisi comel.
YANG KURANG:
- Beberapa adegan yang seakan terlalu panjang dan sebenarnya boleh sahaja dipendekkan. Adegan dragging itu membunuh mood dan flow cerita. Contohnya adegan dalam lokap semasa Adif dan rakan-rakan berhalusinasi nampak Maknya, adegan salah seorang geng Citrawarna membawa geng Elyana masuk hutan, adegan semasa Darius mengamuk keretanya kena pecah, adegan semasa di rumah hantu dan beberapa adegan lagi.
- Adegan awal semasa semua geng menerima sms Anizah hilang kurang impak. Pembuatannya agak caca-merba.
- Aku rasa editing ada masalah sedikit.
- Ada beberapa goof yang sekarang aku sudah lupa nak tulis.
- Aku tak pasti bagaimana penyelarasan timeline untuk filem ini dengan siri tv. Semacam lari sahaja.
- Adegan akhir masa menceritakan apa yang jadi pada semua orang itu sudah terlalu lapuk (pada pendapat aku). Balik-balik buat stail macam itu.
AKHIRNYA;
Dunia Baru memberi satu alternatif lain untuk peminat-peminat yang kurang gemar dengan hasil kerja Prof (melalui francais cerita orang Pulau Pinangnya) atau Ahmad Idham (yang tak konsisten). Rata-rata penggemar filem Malaysia sudah pastilah tidak menggemari Dunia Baru kerana paras intelek mereka sudah dirosakkan dengan begitu banyak filem-filem kurang berIQ seperti…ummm…tak boleh sebut sebab nanti dikatakan menghina (kerana di Malaysia, kalau kita kritik sesebuah produk, kita menghina sebab orang Melayu tak suka dikritik).
Dunia Baru mesti kamu tonton kerana ia adalah sebuah road movie yang lebih bagus dari “Dari Jemapoh Ke Manchestee”.
Berbintang-bintang untuk DUNIA BARU.
Gambar-gambar dicilok dari laman web rasmi
[...] Nazri M. Annuar - Bawalah diriku ke pelangi hadhari (awww!) placed an observative post today on DUNIA BARUHere’s a quick excerpt [...]