EGO SEORANG PENULIS
Aku menghadiri majlis sambutan ulangtahun kecil-kecilan di Keramat. Aku hadiahkan kakak tersebut senaskah antologi cerpen. Sukanya bukan kepalang (dia seorang peminat sastera). Dia membelek dan membaca perlahan-lahan di sebelah suaminya, seorang komposer dan orang seni. Terdapat banyak perkataan yang tidak biasa didengar telinga hinggakan kerap juga si suami bertanya kepadaku apa maksudnya (dan aku sendiri ada kalanya tidak pernah mendengar perkataan itu).
Dia lantas bertanya, apakah motivasi seseorang penulis memasukkan perkataan-perkataan yang jarang, atau langsung tidak pernah didengar oleh khalayak umum dalam penulisannya?
Aku menjawab dengan ringkas, "Kerana ego".
Mungkin jawapan aku mendatangkan rasa gelisah atau berontak di kalangan penulis yang suka dengan konsep sedemikian. Aku tidak mengatakan perbuatan mereka itu salah, malah dalam satu segi sebenarnya aku masih berpegang dengan falsafah penulis itu bebas dengan gayanya tersendiri. Kalau seorang penulis itu taksub meletak separuh dari isi cerpennya dengan perkataan yang sudah pupus, itu hak dia.
Tapi aku yakin, gaya itu ada kaitannya dengan ego seorang penulis. Karya, tidak kira apa bentuk (cerpen, novel, puisi) adalah medan dan perkataan di dalamnya adalah peluru dalam perang ego penulis. Makin susah hendak difaham maksud karyanya, maka makin besarlah egonya.
Lantaran penulis, sama seperti orang seni yang lain punya satu sifat yakni merasakan, kamu harus menjadi "yang teristimewa" untuk memahami maksud karyaku.
Terus, si suami bertanyakan soalan susulan, "kalau maksud dalam karya si penulis itu tidak sampai kepada pembaca (lantaran terlalu banyak perkataan yang sudah pupus dalam karyanya), tidakkah itu menjadikan karyanya sia-sia sahaja?"
Aku angguk, "Ya, sudah tentu,"
Dan bila orang sudah tidak memahami karyanya, maka kerjanya sebagai jagoan egois sudah berjaya.
Orang seni, tak kira penulis, penyajak, pelukis dan apa-apa sahaja memang saban hari bertarung dengan ego.
Aku tidak berkata perbuatan ini salah. Teruskan sahaja dengan konsep "seni tidak faham" ini. Tapi akui juga, ia ada kaitan dengan ego insan seni.
------------------------
Nota Kaki:
Merujuk entri seorang penulis lama yang memuji diriku, ya, saya sedang melompat-lompat kesukaan seronok. Hahaha! (sudah tentu seronok kerana pujian dari seorang yang punya selaut pengalaman ke atas diriku yang pengalamannya baru percik-percik embun sesuatu yang amat berharga dan besar. Terima kasih).
May 7th, 2008 at 1:09 pm
heh..ada petik juga itu entri..lu memang jagoan..haha
May 7th, 2008 at 6:17 pm
“kalau maksud dalam karya si penulis itu tidak sampai kepada pembaca (lantaran terlalu banyak perkataan yang sudah pupus dalam karyanya), tidakkah itu menjadikan karyanya sia-sia sahaja?”
Seorang peminat filem summer blockbuster pernah bertanyakan aku soalan serupa ini tentang "filem-filem berat." I guess, as always, people are just afraid with things yang dia tak faham. Sbg komposer patutnya dia sendiri tahu: A great art sepatutnya challenge expectations audiens, not meet 'em. It's not so hard to pick up a kamus and check the words. And even the writing is very Zaen Kasturi-ish, it's not really a gigantic effort to understand the thing fundamentally or at least bits of it, kalau dia betul-betul berminat nak tahu.
Aku ada baca artikel hari tu tentang sikap audiens seni pada era pasca moden ni. And they usually sound exactly like the composer friend. Everything is either FUCKING RIGHT (a great piece) or FUCKING WRONG (a bad piece), and they're losing the ability to appreciate arts yang sort of fall in the middle. It's especially bad when it comes to the work of sastera like cerpen - so what, every cerpen is expected to be difahami bulat-bulat ke? Cerpen adalah satu wahana sastera yang doesn't feel like it was ever intended to be that at all.
Akhir sekali, dia pun kena lihatlah konteks buku tu jugak, if it's a koleksi of "peraduan penulis cerpen remaja 1998," then it's justified la, but kalau a koleksi of "Bukan Mitos Burung Stoik dan Cacing Epikurian," so how?
Aku harap dalam deleted scene, that composer friend tu ada buat uji kaji depan kau dengan kasi anak dia baca dan bagi feedback, "See, anak aku pun tak suka." Man, that would be priceless.
May 8th, 2008 at 10:33 am
It's interesting, semalam aku ada berbual dengan a pengarah drama friend pasal hal ego orang berkarya ni. Dia cakap the biggest egotists dalam dunia pengarahan filem are actually the ones yang buat filem untuk khalayak...
Namely Michael Bay (check out his Transformers' commentary), James Cameron (check out his personal quotes kat IMDB), Johnnie To (check out his interview about going to Hollywood [which dia finally agreed to go for it baru-baru ni]) dan of course, our own Profesor Madya A. Razak Mohaideen (check out Melodi bila filem dia keluar).
Gee, who knew?
May 8th, 2008 at 1:16 pm
4ck
May 8th, 2008 at 1:49 pm
kepada OP . Opie, dickhead tu kan, dia sebenarnya, pada asalnya kutuk ko dengan menulis komen dia seperti ini:
"Aku ada baca artikel hari tu tentang sikap audiens seni pada era pasca moden ni. And they usually sound exactly like the composer friend. Everything is either FUCKING RIGHT (a great piece) or FUCKING WRONG (a bad piece), and they’re losing the ability to appreciate arts yang sort of fall in the middle. It’s especially bad when it comes to the work of sastera like cerpen - so what, every cerpen is expected to be difahami kulat-kulat ke? Cerpen adalah satu wahana sastera yang doesn’t feel like it was ever intended to be that at all."
lepas tu, Nazri perasan, sebab dia tak nak ko marah dichead tu, dia tukat kulat-kulat kepada bulat bulat.
May 8th, 2008 at 2:23 pm
Bwahaha! Fuck you, Bart! Middle finger to you all around!