GUNTING DAN URUT

“Okey, gua belanja lu tengok wayang sebagai ubat,” kata Mat Jan.

Aku angguk. “Tapi sebelum tu aku nak pergi gunting rambut,”

Mat Jan angguk. Mesti cepat sebab hendak pergi ambil Cikgu, dia hendak hantar baju ke dobi.

Kami ke kedai yang pernah Mat Jan pergi, Masuk dalam kedai gunting rambut, duduk, auntie layan aku,

“Mau potong macam mana?”

“Pendek”

“Pendek mana?”

“Pendek ni,” aku tunjuk satu paras.

“Macam ni ka?” auntie tu tunjuk gambar Takeshi Kaneshiro. aku sudah perasan. membayangkan wajah aku sehensem itu. Mat Jan duduk di sofa depan pintu tak tahu apa-apa. Dia sedang layan sms dengan cikgu kot.

Potong, potong, potong,

“Mau cuci ka?”

“Boleh jugak”

“Pakai shampoo apa?”

“Sunsilk” jawab aku,

Auntie tu gelak, “Bukan, you mau pakai shampoo apa untuk cuci, dryhair ka, dandruff ka…”

“Oooo, apa-apa pun boleh” Salah intrepretasilah ni. Dia merujuk kepada jenis syampu di kedainya, bukannya brand yang aku pakai di rumah. apakejadahnya dia nak tahu aku pakaia syampu brand apa ye tak?

Shampoo, shampoo, shampoo,

Lepas tu dia cuci tangan

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Belakang aku ditepuk, diuli secukup rasa. Aku masih duduk buat-buat tak tahu. Biasalah, benda kali pertama memang buat aku blur sikit.

“Kasi bukak butang atas,” arah auntie. aku bukak. Dia seluk tangan aku urut bahu aku. Dikeluar tangan dan urut lengan aku. Sekali lagi;

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Pap!

aku layan baca URTV, tengok gambar Noryn Aziz.

Cuci, cuci, Cuci,

Settle, rambut aku sudah bersih. Duduk balik ke kerusi, sementara tunggu rambut kering,

Pap! Pap! Pap! Pap! Pap! Belakang aku diurut lagi.

Blow rambut aku, sikat, Voila! Siap.

Pap! Pap! Pap! Pap! Urut lagi. Siap urut telinga.

Settle, bayar dan aku melangkah keluar.

Aku pandang Mat Jan, “Tadi tu kita masuk kedai gunting rambut ke rumah urut?”

“Entah, dulu aku gunting je, takde cuci rambut, lepas ni aku nak cuci rambut sekalilah,” jawab Mat Jan.

Kami bergerak ambil Cikgu dan menonton 27 Dress di The Curve.

FIN

This entry was posted on Tuesday, April 1st, 2008 at 12:31 am and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “GUNTING DAN URUT”

azzam supardi April 1st, 2008 at 10:19 am

Ha ha. Perasan membawa berkat.

Taf Teh April 1st, 2008 at 12:39 pm

*** This is a whisper message for nazri! ***

neeziee April 1st, 2008 at 5:12 pm

selain auntie tu, ada pilihan lain tak?

diela April 1st, 2008 at 5:35 pm

haha.. pengalaman pertama memang begitu..

nazri April 2nd, 2008 at 11:02 am

Azzam - Sekali sekala perasan,

Taf Teh - :cry:

Neeziee - Ada yang lebih muda sikit, tapi…

Diela - Huhu

bayan April 2nd, 2008 at 1:30 pm

adakah pelanggan yang hensem sahaja yang dilayan sebegitu?
Pelanggan yang comel tapi tak hensem?

Nazim Masnawi April 2nd, 2008 at 3:04 pm

*** This is a whisper message for nazri! ***

nazri April 2nd, 2008 at 7:50 pm

Bayan - entah, kena tanya pelanggan comel

Nazim - Khir Rahman tiru aku.

Princess Liyana April 5th, 2008 at 11:30 am

:smile: Sekali-sekala perasan diri seperti Takeshi Kaneshiro pe salahnya. Positive2=)

Leave a Reply