Okey, begini saja.
Berapa kali kamu nampak atau dengar, seorang tua, okey, katakanlah, seorang pemain bolasepak veteran, di kaca tv mengeluh begini, “pemain zaman sekarang ni kejar duit, tak macam pemain dulu…”
Okey, aku bukan hendak menulis tentang bolasepak. Fokus tentang “Tak macam dulu…”
Orang tua, terutamanya umur 40 ke atas, semacam wajib diserang penyakit, merasakan orang muda zaman sekarang tidak sehebat zaman mereka muda dahulu. Aku tak pasti ia ada kaitan dengan tekanan bahawa mereka menghitung saat mati yang kian dekat atau apa.
Bayangkan begini sahaja, ambil seorang penulis veteran berbual dengan seorang penulis muda; katakan sahaja si penulis veteran itu si ayah dan anaknya adalah penulis muda;
2008
Ayah: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Anak: oooo…
1970
Ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah penulis: oooooo
1943:
Ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah kepada ayah si penulis: oooo…
1902
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah kepada ayah kepada ayah si penulis:oooo…
1889:
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: oooo….
1867:
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: oooo…
1826:
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Oooo…
1798:
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: oooo…
****
Aku kira, menjelang saat aku ditauliahkan gelaran orang tua nanti, aku akan diserang penyakit sama. Merasakan zaman aku lebih best dari zaman penulis muda pada waktu itu.
Aku nampak begini:
Tahun 3098:
Orang tua: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain
Orang muda: oooo
******
Sementara itu;
Ini apakejadahnya ‘posing’ macam ni? Nak kata manja, lipas dalam bilik pun muntah.

*** This is a whisper message for nazri! ***