09 Jul 2008 HALKUMMU MASIH ADA
 |  Category: jurnal

Okey, begini saja.

Berapa kali kamu nampak atau dengar, seorang tua, okey, katakanlah, seorang pemain bolasepak veteran, di kaca tv mengeluh begini, “pemain zaman sekarang ni kejar duit, tak macam pemain dulu…”

Okey, aku bukan hendak menulis tentang bolasepak. Fokus tentang “Tak macam dulu…”

Orang tua, terutamanya umur 40 ke atas, semacam wajib diserang penyakit, merasakan orang muda zaman sekarang tidak sehebat zaman mereka muda dahulu. Aku tak pasti ia ada kaitan dengan tekanan bahawa mereka menghitung saat mati yang kian dekat atau apa.

Bayangkan begini sahaja, ambil seorang penulis veteran berbual dengan seorang penulis muda; katakan sahaja si penulis veteran itu si ayah dan anaknya adalah penulis muda;

2008

Ayah: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Anak: oooo…

1970

Ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah penulis: oooooo

1943:

Ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah kepada ayah si penulis: oooo…

1902

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah kepada ayah kepada ayah si penulis:oooo…

1889:

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: oooo….

1867:

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: oooo…

1826:

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Oooo…

1798:

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah kepada ayah si penulis: oooo…

****

Aku kira, menjelang saat aku ditauliahkan gelaran orang tua nanti, aku akan diserang penyakit sama. Merasakan zaman aku lebih best dari zaman penulis muda pada waktu itu.

Aku nampak begini:

Tahun 3098:

Orang tua: Penulis zaman sekarang ni senang, tak macam penulis dulu. Tapi sekarang ramai penulis kejar duit, penulis dulu semangatnya lain

Orang muda: oooo

******

Sementara itu;

Ini apakejadahnya ‘posing’ macam ni? Nak kata manja, lipas dalam bilik pun muntah.

pipi

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

13 Responses

  1. hahaha..ye laa.gua tukar laa..!! tak boleh tengok kemajuan sikit..hahaha..

  2. benda ni terpakai dlm semua benda rasanya, baik politik(paling obvious - baca memoir bekas pmimpin), baik hiburan etc..

    P/s tp rock 80/90an mmg the best ha ha..

  3. Tapi aku kira kalau atuk-nenek aku bangun dari kubur mereka akan cakap benda yang sama. Penulis zaman kita, zaman korang sama saja, sampai zaman bila-bila pun, takhta hatinya sentiasa jadi perebutan antara Mulhin dan Syaitan.

  4. bak kata pak samad (paraphrasing, lol), penulis kan makan batu ngan pasir. tak payah kasik duit.

  5. PP - Wah, terus tukar.

    Spyz - Sama la macam orang tua kata Thundercats kartun paling best.

    Saharil - penulis makan hati dan sumpah seranah

    Ahtok - ya

  6. ala.. tadi baru dengan lecture dr suhaimi, dia ckp, mak bapak sekarang tak sama macam mak bapak dulu.. huhu.

  7. kau kena laserrr ker bro?

  8. p/s: yeahhh! dah ada 2 ‘bintang’ tepi nama gua!… dah bulih redeem petiais kan?

  9. ada ke penulis kat m’sia yg kaya raya?

  10. *saja nak testing avatar.. err.. terima kasih ;-)

  11. 11
    ayobkelubi  
    Monday, 14. July 2008

    hahaha,patutlah aku tgk pp terus tukau gambo tu..lu dah tabuh dulu…ahahaha

  12. tapi penulis dulu lagi berani dari penulis sekarang kan??

    oooo…

Leave a Reply